25 December 2012

The First Time We Talked To Each Other

Assalamualaikum :)

Continue...

It was 10.30 am in the morning. My boss and I already in the office, waiting for my boss's client to come. We were both hungry. So, my boss asked me to buy our breakfast at the nearest restaurant, of course, at our second-kitchen restaurant. I walked into the restaurant, grab a polystyrene container and dig in the mouth-watering fried noodles. I always love to eat fried noodles since I was a kid but I love this delicious fried noodles of our second-kitchen restaurant more. It's nyummy. :)

And, I saw you there, helping your mother, I guess, make roti canai for customers. It is quite a busy Thursday morning. Many people came to this restaurant. No doubt. The foods were too delicious. Enough said. Still wearing the same blue-black cap, covering your straight black hairs. I never saw you with your cap removes. 

I asked the chubby, friendly sis at the counter about my order yesterday whether I can take it before 6 pm. Suddenly she called you and let you answer that question, with both of your hands were fulled. Holding several plates of roti canai for customers. 

That was the first time we talked to each other.

To be continued...

Wassalam
With love,
Jenn.

18 December 2012

Aunty Monsoon Is Coming To Town

Assalamualaikum :)

I am currently living in Kuala Terengganu, studying at Universiti Malaysia Terengganu. A third year student of Marine Biology.

Check it ouwutttt!!!! Aunty Monsoon Is Coming To Town, uollss!!
*gaya Dian in Istanbul Aku Datang*

Bila monsun Timur Laut datang, hujan kat Kuala Terengganu ni will never ever ever going to stop. Sejuk mak nok. Aku suka giler sejuk sejuk begini. Macam feeling feeling oversea uolls. According to Angah Jafri's (my classmate) hypothesis, bila sejuk cepat lapar. Memang pun. Aku tak sejuk pun suka lapar. Maka dengan itu, diet saya dan rakan rakan pun musnah. Cuaca pulak ala ala winter nak masuk Christmas bersalju salju, maka tak leh nak keluar jogging ke beriadah ke together gether with our little jiran (anak jiran). Hanya mampu buat marathon movie je.

"Well, Jenn. How's life?", tanyaku pada diriku sendiri.

Hidup alhamdulillah syukur ok ok saje. Even minggu lepas adalah minggu yang hectic, saya dan rakan rakan mampu menempuhnya dengan penuh cekal dan tabah. Ada banyak sangat presentation. Presentation yang paling penting, Final Year Project Progress Presentation. Peh! Aku ada satu penyakit yang aneh. Bila Q&A je aku blur. Suka tak faham soalan yang panel of reviewers bagi. Sigh. Tapi takpe. Dah lepas pun.

And haritu, housemate iolls si Cik Ery bawak durian lemak manis berbondong bondong dari dusun family beliau. Macam durian runtuh. Sedap gila kott. Dah lame tak makan durian banyak banyak macam tu. Aku and housemate housemate yang lain dengan bahagianya melahap 2 bijik durian dalam masa 20 minit je. Waktu tu baru je baik demam. Nasib baik tak demam balik. Rambutan and dokong pun ade.

And my final exam is around the corner. Start dari 30hb December 2012 to 14 January 2013. And lepas tu ada orang tu nak turn 22 dah. Kena pasang target dari sekarang. Sebelum ni dah pasang tapi kena pasang lagi baru la semangat tu sentiasa membara bara uolls. Hihi.

Okay la. Saje nak menaip. Rindu nak bercerita. Till then, semoga hidup anda sentiasa diselubungi kebahagiaan. Aamiin. :)

Wassalam
With love,
Jenn

10 December 2012

The First Time I Saw You

Assalamualaikum :)

I sat there, waiting for someone to take my order. Then, you came. That was the first time I saw you. Last year I think. I don't remember the exact time. My first impression is you are like a person with no feeling. No smile on your face. With blue-black cap on your head, covers the straight black hairs. Skinny. Cool. Quite attractive person. Small. I thought you are younger than me. I ate my meal and continue my work. I am a part-time worker at that time. At a pet shop, located not far from this restaurant. At the beginning, I don't really cares about your existence in this world.

Approximately a year passed by. At every semester break I always working as a part-timer at the same pet shop. And, that same restaurant has became our second kitchen. My bosses as well. The foods are delicious. No doubt. At that time, I just realized that you are the cook. I just realized. I don't spy on you. I never knew your name though.

And the story begin in the month of Ramadhan 1433H, the month with full of bless. Your name was suddenly make my ears wide open when it passed by my ear drums (over kau!) I never thought that something like this would happen. It came so suddenly. Your age was suddenly became something that I am eager to know. Then, I heard story about you from the ones that I trusted. I never heard the bad side of you. But, no one in this world is perfect except for our Prophet Muhammad SAW. 

To Be Continued...

Wassalam
With love,
Jenn
p/s: If and only if you read this... 

19 November 2012

Entry Bertajuk Stress

Assalamualaikum *lets pray for GAZA*

Entah kenape rase stress sangat lenim. Rase serabut. Nak buat assignment pun takde mood. Padahal week ni macam busy kott. Assignment banyak. Meeting nak buat group assignment pun banyak. FYP pulok. Bukan week ni je week week seterusnya pun busy jugak. And rumah sewa aku ni pulak panas membahang benor rase nye. Global warming mungkin. Tapi bila dok luar rumah sedap je angin sepoi sepoi bahasa menampar pipiku. Aku baru je balik Ganu 3 hari lepas. Baru 3 hari uolls, aku dah rasa stress.

And, balik je dari cuti midsem aku dapat tahu yg MokTam si kucing hitam yang suka datang rumah sewa aku ni bunting pelamin. I bet aa anak anak dia semua hitam macam dia. kah kah *iklan*

Ke aku yang sengaja menstresskan diri sendiri padahal tak perlu pun nak stress stress pun. =..=

Saje nak cerita kat sini. Nanti lagi sepuluh tahun boleh baca balik. Kenangan apa. Tu pun kalau dunia ni tak kiamat lagi. Tanda tanda kecil dah lengkap semua.

Babai lah pun.

Wassalam.
Not really sincere,
Jenn.

16 November 2012

Perihal Itu: Only In Terengganu

Assalamualaikum :)

Kat Kuala Terengganu tempat iolls belajar ni ada satu bukit. Bukit comel di tengah bandar. Namanya Bukit Besar. Dekat Bukit Besar tu tersergam indah benda alah ni.

Only in Terengganu :)

Orang Ganu or student UMT mahupun UniSZA jangan tipu kate tak pernah nampok ni. Uolls kan suka mengkayakan tokei Mydin dan juga Giant. Berat nanang la kalo tak nampak. Sebelah je kot.

Makanya nak cerita yang aku dah berjaya menunaikan hasrat sendiri nak daki bukit ni tercapai juga akhirnya. Tapi sempat daki separuh je sebab dah nak masok waktu maghrib. See. Lampu pun dah terpasang. Tak berani nak naik sampai atas sebab takut nanti ada yang ikut balik. Hihi.

But on one fine day, aku ngan member aku berazam nak daki sampai atas. Pergi pagi baru best. Sangat membakar kalori uolls. Sure mantop body kalo tiap minggu naik bukit curam ni. Hhmm. Ini barulah dikatakan badan cergas minda cerdas.

And ada satu lagi tempat. Mula-mula kitorang ingat ini Bukit Besar rupenye silap.

Taman Panorama

Yang ni kitorang berjaya daki sampai atas. Taman Panorama ni menarik jugak la sebab ada playground, view cantik and tak berapa nak curam sangat.


Titik permulaan

On the way nak naik ada menara uolls

cantik kan?

cantik kan? :)

cantik kan? :D

cantik kan? \(^^)/

"what a fascinating view", bisik hati kecil ku.

Subhanallah.

Oh and aku baru sampai Ganu pagi tadi lepas seminggu cuti mid sem. Cuti ni dapat mandi sungai, berjalan jalan, kerja part time and ehem ehem dapat bawak balik the frozen roti puri untuk member di sini yang tertanya tanya akan rupa paras dan rasanya. Hhhmmm. Cuti yang bermakna. :D Alhamdulillah.

Till then, bye bye.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

12 November 2012

5 November 2012

Harta Kesayangans :)

Assalamualaikum :)

Setiap orang mempunyai harta kesayangan. Tidak dikira dibeli sendiri atau dihadiahkan oleh keluarga dan juga rakan-rakan taulan. 

*bajet macam nak buat karangan. SPM 2008 dah lame berlalu pergi, Jenn*

harta kesayangan

Ada diantara harta ini terkandung sentimental value yang tersendiri.

Pandadun

Orang yang bagi Panda ni suka benda comel comel acenggini. Ade satu hari tu singgah bilik dia. Tengok atas meja dia penuh dengan patung comel comel. Dia cakap dia gi borong kat Pesta Konvo (kalau tak silap akulah). Then, aku pun bergurau la dengan dia. 'Nak satu!!!!' sambil tersengih macam kerang busuk. Lepas tu dia pun bagila aku si Panda tu. Sebenarnye si Panda ni ade name dah. Tapi aku dah tak ingat nama tu. So, aku pun panggil la dia Pandadun. Masa second year dulu, waktu pening pening buat report kerja lapangan, waktu stress sorang sorang buat slide presentation kerja lapangan (heavy metals), Pandadun la yang teman aku. Suke main cak cak belakang lappy. Tapi bila aku tak perlukan dia, aku tendang tepi je. Kahkah. Takdela, elok je aku letak dia kat tepi katil. Pandadun comel kan? Walaupun tak reti senyum and suke buat muke selenge.

Kucing Purple

Kucing ni big sis aku yang bagi. Comel kan? Katenye client dia yang jual. So dia bagi adik adik dia sorang satu. Aku pilih warna purple sebab aku suka purple! :D Lepas tu ade loceng kat leher dia. Aku memang suke bunyi halus loceng ni even malam malam dengar macam seram je kan. Sepatutnya kucing purple ni letaknya tergantung kat handphone. Oleh kerana aku ni ganas sangat, maka terputuslah talinya. Dah la putus dekat station minyak. Nasib baik la ternampak dia terjelopok dekat sangat dengan tayar kereta. Sobs. Kalau aku tak nampak dah kena lenyek dengan kereta belakang. Bila tengok kucing purple ni mesti teringat kat kakak, lepas tu teringat kat Farouq, Hamzah, Raudhah. Lepas tu teringat kat kakmira, abang, abang chik and adik. Lepas tu teringat kat mama and bapak. Lepas tu teringat nak balik sekarang jugak!

Kucing merah putih

Yang ni aku beli sendiri. Tapi guna duit ayah aku. Hehe. Beli banyak banyak as a souvenir untuk kawan kawan khas datangnye dari Kuching sebab balik Kuching tak bawak kek lapis untuk diorang. (bajet lari wey lari). Tapi, kucing ni limited edition. Aku bagi kat orang yang aku nampak dulu je. Tak berniat nak menganaktirikan sesiapa. Yang ni aku tak bagi kat diorang sebab ade tebik kat sebelah. Tak comei nak bagi kat orang. So, aku pun simpanlah. Jadilah dia buddies si Pandadun and Kucing merah putih tu.


Kucing oren

Yang ni harta yang paling aku sayaaaaaanggg sangat! Siyes tak tipu. Orang yang bagi ni always ceria dan menceriakan. Kucing oren ni datang jaoh dari Langkawi. Waktu tu ade field trip pegi Langkawi. Dalam bas, tiba tiba orang yang bagi ni campak something berbalut surat khabar kat aku. "Piqa, sambuttt!!" Aku pun rasa aneh sangat haih aku campak balik kat dia. Haha. Punyelah suspicious waktu tu. Tapi bila bukak rupanye ade kucing oren yang comel ni. Comel kan? Kucing oren ni tak bergaul sangat dengan yang 3 ekoq kat atas ni. Duduknya dalam almari jadi tempat aku sangkut getah rambut aku, bracelet aku. Special tak special si Kucing oren ini pada aku?

*****************************************************************************

As the conclusion, bila orang buat baik kat kau Piqa, silalah ingat kebaikan yang orang tu buat. Orang tua tua kata, jangan jadi orang yang tak mengenang budi.

Whatever happen, aku tetap akan simpan kucing oren tu sampai bila bila. :')

Wassalam
Sincerely,
Jenn

29 October 2012

Goodies From Hawa

Assalamualaikum :)




Entah kenapa tiba tiba nak upload 'Goodies from Hawa from Penang' ni. Baru je habis baca satu ketoi nota Marine Biodiversity & Conservation. Ada test minggu ni.

Ambik angin jap uolls. Breathe iiiiinnnnnnnn! Gah!!!~

:D

Ok, mari berambus!

Wassalam.
SIncerely,
Jenn.

22 October 2012

Girls Day Out

Assalamualaikum =)

Seminggu yang lepas, diri ini busy dengan proposal writing untuk final year project. Tanggal 18hb October 2012 bersamaan hari Khamis, proposal writing tu pun selamat sampai ke Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin of Universiti Malaysia Terengganu. lol ayat kau kan Jenn macam nak buat karangan SPM dulu kala. Dah terlunas satu tanggungjawab bagi kami kami bebudak Marine Biology 3rd year ni. Alhamdulillah syukur. ^^,

Haaa.. bila dah lepas satu tanggungjawab, me and le houzemate pun plan nak pegi ber'steambot' kat Pulau Duyung. Memandangkan semua pun teringin nak makan, we'olls pun pergi malam tu jugak!

ngesep uolls ngesep

happy kan muka memasing?

tau dak maksud 'ngesep' tu ape? pergi carik sendiri.

sebelum dihumban

selepas terhumban

Harga pakej 6 orang RM30. Pulau Duyung tak jauh dari UMT pun. Uolls jangan ingat nama dia Pulau terus uolls assume dia Pulau jauh ke tengah. Pulau ni uolls nak berenang dari jeti pun boleh sampai. Tapi naik kereta lagi cepat sampai. Pendek kate uolls, kalau sewa kereta dari kedai kedai sewa berdekatan UMT, tak sampai 20 minit pun dah sampai uolls.

Tom yam dia sedap. Udang and sotong dia segar dari ladang. Daging and ayam empuks uolls. Kalau makan baca Bismillah, insyaAllah kenyang. To make it short, berbaloi la jugak. We'olls tambah nasi sepinggan sorang. Rasanya kalau tak tambah nasi and tak baca Bismillah mesti tak cukup punya. Hehe...

muka kenyang. terima kasih.

futsal uolls futsal

Ni pulak cerita keesokan harinya, futsal sempena Sukan Jabatan. Iolls tak reti main pun. Iolls tolong member balut and hantar hamper kat tempat ni je. Seronok tengok diorang main. Seronok tengok je la. Ada yang main macam gimnastik irama, ada yang macam breakdance. Waktu bergambar ni hujan. Sejuk uolls.

Speaking of hujan, sekarang ni dah masuk musim sejuk kat Ganu Tittew ni. Sane sini lopak air. Iolls suka sejuk sejuk acenggini. Terasa bagai study kat oversea. Oversea uolls! Kalau iolls memang la consider study kat oversea. Iolls orang Sarawak. Iolls pergi sini naik flight uolls. Bukan kayuh sampan ke, duduk atas rakit hanyut sampai Pantai Tok Jembal ke ape ke. 49 tahun Sarawak maju dalam Malaysia alhamdulillah. 

Uolls ado? ---> psiko gila minah ni

Ayat nak sarcastic kann? Tak payahla Jenn. Tak payah. Sarcastic macam mana pun ayat kau diorang takkan paham punye. They'olls memang suka acenggitu kan. Suka nak bergossip gossip ni. Iolls anti betol orang yang suka sott sett sott sett ni. Anti uolls anti.

Sebelum banyak lagi negative vibes aku muntahkan kat sini, baik aku berambus.

Wassalam
Sincerely, 
Jenn

15 October 2012

Surat Layang Merah Jambu

Assalamualaikum :)

Kalau orang tanya kelas subjek mana yang paling boring untuk sem 5, ni dah semetinya aku jawab kelas Asas Keusahawanan. Boring gila kott! =..= rasa macam nak selalu kembangkuncupkan hidung je bila masuk kelas tu. Taktau la kenapa boring sangat. Lecturer ajar kan main semangat siap ketuk ketuk meja. Aku siap boleh tidor lena kat belakang. kuikuikui :D Nak nak lagi waktu kelas dia memang waktu tidor aku.

Selain daripada menjadi Sleeping Beauty time kelas, aku juga mengasah bakat terpendam dalam mengarang ayat puitis *blah la kau Jenn!*

surat layang merah jambu kepada dot dot dot

Hhhhmmm... Memang susah nak train diri supaya bersungguh sungguh buat sesuatu yang kita tak suka. T_T

Aku tak boleh nak concentrate dalam kelas. Ade je benda melagha yang aku buat. Kalo stress sikit je kompem kepala start berdenyut. Sometimes, aku terfikir, aku dah tak macam aku zaman sekolah and matrix dulu. Gigih sangat. Masuk U jadik macam harromm.

Tapi, takpelah kann. Inilah hidup katenye.

Aku dah tak sabar nak berambus dari UMT ni. Habis U je nanti aku nak pergi belajar seni kulinari. Aku nak belajar buat kek comel comel, buat roti yang sedap gilos, nak belajar masak western food, Arabic food, Japanese food, Malay food especially!

Dah puas membebel. Selamat malam. Adios!

Wassalam.
Sincerely, 
Jenn.

9 October 2012

Milo Goncang

Assalamualaikum =)

milo goncang & gitar member

I'm currently in the 'hectic life time zone'

Maka si pe'release' stress mesti harus ada wajib sentiasa disisi. Selain daripada duduk berteleku di atas sejadah menadah kedua dua telapak tangan dan memohon dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat juga meminta agar diberikan ketenangan hati, minda, emosi dan akal dari Yang Maha Kuasa, MILO GONCANG dan GITAR MEMBER always menjadi ubat penenang hati.

Sekarang busy dengan proposal final year project, writing and presentation sekali. Terasa sangat tekanan hidup. Pimples pun bercamping kat muka T_T

But, that's what we called LIFE. Hidup terasa kosong kalau takde dugaan & cabaran, kann?

Ok lah, nak continue buat literature review and betulkan presentation slide and lab report parasite. *imma busy woman lulz* 

si gigih yg sdg sibuk meneropong lukisan parasite org lain

Wassalam
Sincerely,
Jenn

5 October 2012

Tak Habis Fikir

Assalamualaikum =)

Actually, i have a test tomorrow. Asas Keusahawanan. Sejak dari maghrib tadi aku gigih baca notes dia yang sangat 'ceria' ni. hewhew tinggal 1 topik je lagi.

And aku tak habis fikir lagi macam mana 5 peeps can play one guitar? 0,o'

*ceh! ingatkan tak habis fikir pasal test*

Satu group musician yang diberi nama 'Walk Off The Earth'

Cer usha cover diorang ni....


Awesome gilo kot! Aku baru perasan akan kehadiran mereka di atas bumi ni.

Tengok sekali je aku dah addicted.

Cer try test usha lagu diorang ni pulak


Kenapa entah diorang ni buat lagu comel sangat?

Terus jadik my revision playlist sepanjang membaca notes Asas Keusahawanan yang 'ceria' ni. Hhhmm..

Ok la, Bye.

p/s: aku taip entry ni malam tadi. dah publish tapi tak keluar rupenye... =/ 

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

1 October 2012

EOP Class? It's Time To Lukis Lukis

Assalamualaikum

EOP is stand for English for Occupational Purposes.
Me is currently taking this subject for this semester, unfortunately.. =..= *kasi kembang siket hidung*

Waktu kelas tadi tetiba homesick. Jenn is missing her family especially her nephews and niece. She is unable to smile. Unable to give 100% attention to the lecture. *selama ni penah ke 100%?* Unable to actively take part when the lecturer asking question as he is talking to the moon. LOL. Macam lah selama ni menjawab sangat dalam kelas. *ai jawab dalam hati je. tu pun jawapan menyimpang*

Unable to disturb her friends beside her. Unable to think. Unable to calm herself.

Jenn is only able to drew this during that 2-hours class. Because ai don't like 'kelas malam'. Ai iz exhausted.

Because i'm hungry

Sekarang dah kenyang Alhamdulillah, thank you Allah.
Kbai.
Wassalam.
Sincerely,
Jenn

27 September 2012

That Fascinating Scenery 2

Assalamualaikum =)

Weekend lepas, me and Le Houzemate pakat pergi mandi pantai. Dekat je ngan UMT. Ini kerana kitorang bosan dah dok rumah. Otak seakan tepu menghadap assignment dari pagi.

Time kitorang sampai tu dah agak lewat gak la. Air pun surut and bau hanyiaq. <--*hewhew ai speaking London*

Aku tak join diorang mandi waktu tu and sempatla snap 'that fascinating scenery 2' ni

twilight :D

Ciptaan Allah. So beautiful isn't it?

******************************************************************************

Sometimes, i feel like this....

"me is too small. nobody hears me"

But, the truth is...

"rahmat Allah itu luas.. tak kemana dunia dikejar"

And, I'm glad when I realized that I'm surrounded by good people. Yang jadi catalyst untuk aku berubah jadi orang yang lebih baik dari semalam. Thank you, Allah! Feel blessed. May Allah bless uolls... =')

"Apa lagi yang nak dikejar? Tak cukup dengan apa yang ada?"

hhmmm.. hidup bukan untuk impress others, right? never mind la... butakan telinga, pekakkan mata. Lapangkan dada. Sucikan hati. Buat muka takde perasaan yang macam kau selalu buat tu, Jenn. Muka kau kan memang takde perasaan pun. Kann? Kau happy tapi orang tak nampak macam kau happy. Kau tak happy orang kata muka kau takde perasaan. Ai iz sad! sobs. T_T Kerana gagal meng'express' the feeling melalui mimik muka. Gah! Dah la orang cakap muka ai garang. Muka serius tak emboh senyum.

garang sangat ke?

Masa kecik kecik dulu, di kala penculikan kanak kanak menjadi topik hangat 1Malaysia katenye, I have been told that do not talk to strangers. So, sampai sekarang, aku masih lagi berpegang pada kata kata itu. Semua orang aku rasa jahat. Gagaga. Itulah hasil pepatah dulu dulu yang mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Maka, lahirlah insan yang tak peramah and pendiam macam aku. And kenapa entah aku buat ayat bahasa baku seperti ini?

Nak buat cemana kan. Terimalah aku apa adanya. Me is not perfect, unpredictable, sometimes macam tak appreciate kebaikan yang orang lain buat untuk aku. But, trust me. I'm appreciate it but doesn't know how to express it. Only Allah can repay it.

Till then,

Wassalam
It  come truly from the deep of my heart,
Jenn.

22 September 2012

That Fascinating Scenery

Assalamualaikum =)

Ok, aku pening sikit tengok blogspot interface yang baru ni =..=' everything seems so strange.. weuweu

Haritu, aku ngan 4 orang classmates aku menjelajah bandar Kuala Terengganu carik peta Terengganu untuk FYP. Tempat yang kitorang nak pegi ni adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia kat Wisma Persekutuan. We have no idea where is that place. Berbekalkan seorang anak jati Terengganu, Kelantan, Perak, Penang and Sarawak, at last, tengahari tu dapat jugak carik tempat tu setelah pusing bangunan wisma tu 2 kali carik parking. =_='

Sampai sampai je dah pukul 1. Waktu rehat. Then, kami kami ni pegi la solat dulu...

And.. dekat lift tu ade tingkap besar yang membolehkan kita menengok scene yang cantik macam ni...

fascinating scenery

Nampak tak laut hujung sana? Ni kat tingkat 9 Wisma Persekutuan. Dari tingkap ni nak main flying fox pun syok! :D

Oh and satu benda nak bagitau. Pekerja pekerja kat sini bila sampai waktu solat diorang solat berjemaah tau. Aku tak pernah lagi tengok tempat lain macam ni. (maksud aku, ofis ofis kerajaan kat tempat lain) Surau dia luas and selesa. Bagus kann?

Till then,

Wassalam
Sincerely,
Jenn

19 September 2012

Si Anak Penyu Terbiar

Assalamualaikum =)

Yesterday, all my tr0uble seems so far away.... *The Beatles*
Hehe.. happy sudah.. :D

Sepanjang 21 tahun 8 bulan and 2 hari diizinkan Allah hidup di atas bumi ni, semalam la 1st time aku dapat pegang si anak penyu yang comels belaka.


Lihatlah betapa kiyutnya mereka

Ada lagi...

Besar punye!

Diorang ni sebenarnya terbiar. Ada orang tinggalkan kat Hatcheri UMT tak bagi makan. Kesiann.. Nasib baik ada hamba-hamba Allah yang baik hati dengan ikhlas nak jaga and bagi makan kat diorang ni. Diorang cakap nanti nak lepas ke laut.

Don't worry, lil friends.. Allah will always be with you =')

Till then,

Wassalam
Sincerely,
Jenn

17 September 2012

No Spirit.. Not At All

Assalamualaikum

I'm unhappy.
No heart to smile smile.
*direct translation. oh my English!*





Rindu..

sobs T_T

Tak sabar nak habiskan 2 semester yang tinggal and LI and graduate and lepas tu boleh buat whatever I like and I want to do.

O Allah, please give me strength... ='(

Wassalam.
Sincerely,
Jenn

14 September 2012

Love Aloe Vera Scent Pretty Much!

Assalamualaikum =)

Actually, tengah rehat jap dari buat assignment. Gigih kann? 1st week dah ada assignment. Normal kalau buat assignment sure bosan punya. Lain la kalo tengok movie hihi. Then, tiba tiba tangan rasa kering so aku pun apply la lotion sikit kasi moisturize forever and everrrsss... Lepas apply lotion jemari jemari dok bersusun kat hidung sebab bau dia sedap gilo.



Yup! I love it! I love it!

That one scent which makes me feel calmer...

Sebenarnya tak minat pun lotion. Pakai setakat nak kasi kulit lembab je. Untuk orang yang kurang berdisiplin macam aku takde derr nak pakai hari hari. Leceh, tahu?


sumber: mokcik gelgel

And even to drink them.. for me, the taste of aloe vera is really nyamss and refreshing..



Pandadun loves it too... :D

Oh and meet my new buddies...

treng teng teng

peh! gamba nak epic.

The Red Kittitun & Purrpel



...and they will live happily ever after...

**********************************************************************

Haish~ selalu sangat membelogging sejak balik Ganu Tittew ni. Nak kata stress tak pun.

Till we meet again

Wassalam.
Sicnerely,
Jenn

11 September 2012

Baby Avengers

Assalamualaikum =)

source from facebook

Haish! Kenapalah diorang ni buat cerita comels sangat?

Wassalam.

p/s: Thor paling comels kan? :D
Sincerely,
Jenn

10 September 2012

Le Houzemate

Assalamualaikum =)

Let me introduce to you my housemate...

2nd day of Semester 5

Bella...Azie
Hawa J...Cik Ery...and Jenn

kunun mula mula je rajin berbaju kurung

Together we survive and success.
InsyaAllah ^^,

p/s: bulu kening ai tebal bak shin chan kann kann? =_='

Till then...

Wassalam.
Sincerely,
Jenn

8 September 2012

Ada Yang Rindu?

Assalamualaikum =)

What a nice sprinkles day in Terengganu! Pheww~ I dah sampai Ganu Tittew. Poyo je cakap kat previous entry nak duduk bertapa seminggu kat rumah sewa tapi tak pun lulz. :D

Time flies really fast. Kejap je dah 2 bulan. I'm back to campus life. Okeh! Lepas ni dah tak boleh main main. Kena seriyes. Banyak komitmen derr final year ni. So, all the best to all final year student who read this.

si Pandadun yg merindukan aku


Tengok! Tengok! Ada yang rindu... Dari tadi duk menyendeng tepi laptop aku.

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

31 August 2012

Biskut Raya of The Year

Assalamualaikum =)

Salam 13 Syawal 1433H...

Disebabkan keboringan keseorangan di rumah (family ai semua ada kat semenanjung Malaysia tanah air ku sana sebab sebahagian daripada mereka nak pi anta adik ai to Jeli, Kelantan register 1st semester at UMK) *kahkahkah lagi jaoh dari ai padan muka! :D* and yang lain lain memang kerja kat sane aku je lagi still stranded here doing nothing, waiting for tomorrow insyaAllah am gonna fly to KL jyeah so aku pun nak share pic satu biskut raya yang unik. Cer baca ayat intro ni secara hafazan. Kompem tak lepas napas.

Biskut Raya of the Year jatoh kepada Biskut Dolphin

Comel dop? Walaupun rasa dia biasa je tapi ianya comel. As a student of Marine Biology, I tend to be attracted to cute stuff like this. Tapi kecomelan si biskut dolphin ni tak mampu melawan kesedapan rasa asli Cornflakes Madu, biskut raya kegemaran ai sepanjang zaman tiada tandingan. My siblings' favourite too. Pernah terjadi satu ketika di mana aku and my siblings tanpa segan silu bak gadis/lelaki Melayu terakhir menghabiskan satu balang biskut berisi Cornflakes Madu kat satu rumah ni. HAHA :D Sape suroh sedapp sangat. Dah dia suroh makan, ai makan la. Siap topup lagi and habis lagi and tobat tuan rumah tak nak topup dah lepas tu. Ngehgeh. Sape suroh sembang kencang sangat? Jadi, pemuda pemudi pun makan la ape yang terhidang atas coffee table nak hilangkan bosan.

Oh? Takde gamba Cornflakes Madu yg sedapp. Sebab waktu tu nafsu makan lebih tinggi dari napsu nak photography bagai. But, sape tak kenal Cornflakes Madu? Huh? Huh? Lagi popular dari Almond London. *flip tudung*

Oh and today is our Malaysia 55th Independence Day!!! Alhamdulillah! Congrates Malaysia. :D

I do really love Malaysia. Yes, I did. Indeed.

And don't forget another meaningful day, that is Malaysia Day (16 September) where Sabah and Sarawak join Malaysia. That's why I love Malaysia. Very the majmuk. Kalo takde Sabah and Sarawak jadik Tanah Melayu jerrr. Yeke pun? 0,o'

Kibarkan Jalur Gemilang

Yes yes. Kibarkan Jalur Gemilang, jangan dibuang di dalam longkang ^^

And tomorrow tomorrow tomorrow am gonna fly tooooo KL, transit in Bangi, and the day after tomorrow am gonna fly back to Terengganu. Semestinya pejam tak celik celik pun masa itu memang sangat cepat berlalu. Kann? Ok la tu, aku pun dah bosan duk rumah ni. Tertonggeng salah, duduk lurus pun salah. It's like waiting for nothing.

Actually rakan rakan, sepatutnya dah plan dengan Supervisor FYP and sorang member tittew nak pi Redang a week before sem 5 start, belajar kaedah kaedah FYP ni but but buttttt... manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala galanya. Tak dapat pergi pulakkk. Gone? Tiket dah beli. Then, terpaksa la ai bertapa 7 hari 7 malam kat rumah sewa ai sampai la sem baru start on 9 September. Betapa indahnya bertapa bersama jurnal jurnal and buku buku that I should read during holiday but tak baca pun hew hew malas.



Oh Redang, bilakah akan dapat ku nikmati keindahan yang telah Allah ciptakan untuk mu?

Frust la jugak. T_T sobs.

peace to the world LIVE from gurun

Ok lah bye bye.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

29 August 2012

Selamat Pengantin Baru (5 Syawal 1433H)

Assalamualaikum =)

Mira & Khairul


This is my second sister yang baru je selamat nikah on 23rd August 2012 yang lalu.
SELAMAT PENGANTIN BARU, Kak Mira! :D




Adinda always mendoakan kebahagiaan dunia akhirat untuk kekanda berdua =')

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

27 August 2012

Salam Syawal 1433H

Assalamualaikum :)

Salam 9 Syawal 1433H

Setelah sekian lama barulah si Jenn dapat online pakai laptop. hehek :D So how's raya? Raya Jenn tahun ni banyaaaaaaak meriah! Alhamdulillah. But cannot story sekarang. Later later ai story.





Till then, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Semoga Allah swt menerima ibadah dan taubat mu juga ibadah dan taubat ku. Aamiin =)

Wassalam.
Sincerely,
Jenn

7 August 2012

"Saya Join Blog List Aidilfitri Qaleysha!" by Puan Qaleshya Umaira

Assalamualaikum =)

Salam 18 Ramadhan!

Aku bukanlah seorang blogger tegar, entry pun takdela cool mane, kadang kadang adelah sikit ilmu yang aku share dalam entry, nak kata lawak mungkin jugak, aku tak suka gossip mahupun gossipers, sporting? 0,o' gulp! entahla. Tapi aku suka post pasal cerita cerita aku. And yang paling anehnya, aku suka update belog bila aku stress.

Cer tengok kat Story Memory aku, months yang paling banyak entry adalah months yang paling hectic. Tapi, hectic hectic macam mana pun, alhamdulillah, aku suka hidup aku. Aku taknak jadi orang lain. Aku nak jadi diri sendiri. Bak kata Maybelline, kerana dirimu begitu berharga. So, why we choose to be like others? And why we need to try hard to impress others? We live not to impress others, am I right?

Aku telah ditag oleh rakan blogger baru, Cik Wawa (thank you, :*) untuk join segmen seorang blogger ni.



Disebabkan hadiah dia comel (love bracelet katenye ^^,) maka aku pun join segmen ni. Beliau nak carik blogger blogger yang boleh di masukkan dalam beloglist beliau. Kalau anda rasa belog anda BEST, makanya join la segmen dia.

Dalam syarat syarat segmen dia suruh tag 2 orang, oleh kerana dalam dilemma tak tahu nak pilih 2 insan terpilih tu, aku rasa aku nak tag semua orang yang baca post ni. Sila la join! Sila la join! Sila la join! :D

Nak tau lebih lanjut, klik banner hijau kat ats nu. Ok, that's all! Selamat mengejoin! (^^)

Wassalam
Sincerely,
Jenn