Blog Hits

February 18, 2012

The Chronicles of Cuti

Assalamualaikum :)

Di pengakhiran semester 3 yang lepas, tahap kemerengan otak meningkat kepada 80%. Semua ni gara gara written report kerja lapangan yang 'sempit' tuh. After 4 weeks of holiday, I think my tahap 'kemerengan otak' sudah pun kembali pada level yang tak membahayakan. Meskipun berlakunya sedikit peningkatan tahap kemerengan disebabkan gred result untuk kerja lapangan terlalu rendah namun overall pointer aku meningkat, malah better than the last two semester. Alhamdulillah Thank You Allah! (^^).

Tak sia sia aku tak tido malam buat report. Tak sia sia aku study dengan penuh bersemangat untuk test. Tak sia sia aku study dengan pacuan semangat yang superb tinggi untuk final. Tak sia sia aku naik basikal pergi kelas. Err? Takde kaitan.

Except for gred yg super rendah untuk kerja lapangan. Sia sia je masa aku luangkan (baik aku hantar ape aje yang ade and blah begitu sahaja) sebab aku buat dengan penuh tidak semangat sebab aku tak reti nak siapkan report dengan complete and perfect nya macam orang lain buat dalam masa super singkat sebab otak aku ade lembs sikit and banyaknye sebab. Padan muka kau piqa! Thumbs up! Lepas ni buat lagi ye... (sentap)

So, waktu cuti adalah waktu yang afdal untuk mengurangkan percent kemerengan otakku. Oleh sebab fulus dalam bank sudah kontang makanya aku kerja part-time kat satu Pet Shoppe ni. So, hari hari aku cuci cage cage anak anak bulus (kucing alias cat).

Noname tapi aku panggil beliau Chi
Setelah itu, aku pun jatuh cinta pandang pertama dekat Chi. Chi ni name sempena citer kartun Jepun. Berkisarkan pasal sekor stray kitten yang dibela oleh satu famili ni. Comel sangat cerita ni. Pergila usha Chi's Sweet Home kat Youtube. Sumpah tak boring.

Hari hari aku picit picit pipi dia. Hari hari aku gigit gigit cuping telinga dia. Hari hari aku tarik tarik ekor dia. Hari hari aku peluk peluk dia ketat ketat. Hari hari aku dok sembang ngan dia kalo ade masa terluang. Hari hari aku main sorok sorok ngan dia. Oleh itu, tahap kemerengan otak pun menurun.

Hamzah dan Farouq
Oh ya! Ini my second part-time job. Baby sitter. Jangan tertipu dengan muka innocent Hamzah sebab dia diam diam ubi berisi. Hamzah serupa gengster Sibu. Aku dan Farouq menjadi mangsa buli dia. Maaf atas keseksian Hamzah sebab dia baru lepas berak dan mandi. Tengokla baldi picnic kat atas kepala dia tu!

Hari hari suroh aku pasang citer Thomas & Friends. Hari hari Dora The Explorer. Haih~ Namun aku ikutkan jua sebab aku pun layan citer citer katun diorang ni. kehkeh

Apa pandang pandang bro?

Farouq agak sentimental orangnya

Dan mereka suka sangat berebut benda alah ni

Ustaz Hamzah Don

Dan Hamzah Tajima

Tengokla. Dalam bakul shopping pun boleh

Makan

Makan

Makan

Dan tido
Even diorang ni nakal nauzubillah sehingga menyerlahkan karakter singa betina aku namun aku tetap sayang sampai mati kat diorang. Tak sabar nak tunggu 'telus'nya anak buah yang sorang lagi. Moga puan kakak and baby selamat hendaknya. Amiiin.

Masa 4 minggu untuk membetulkan balik otak yang mereng dah pun sampai ke penghujungnya. So, we celebrate it. Eceh~ macamlah celebrate untuk kau. Padahal ade tetamu tetamu khas yang datang.

Farouq suka minum chocolate shake Red Card Cafe

Tetamu tetamu khas yang dimaksudkan. My cuzzie Fatin and Mak Ngah

Encik Ayah Hamzah, Hamzah and Puan Kakak

From left: Not yet available, married and taken. >,<


Creme Bruschetta: Sume mahukannya


Ni barulah dikatekan air gelas besaq! Lagi besaq dari purse QQ Cat comel aku. Blackberry Grande

Lengis!
Tau tak lengis tu ape? Pinggan bersih dan licin dalam bahasa Sarawak


Balik dari mengisi 'tangki', kitorang ternampak anak anak bulus ni orang buang dekat tepi kedai. WITHOUT MOM. I repeat WITHOUT MOM! Sapekah yang tega membuang anak bulus secomel ini? Sape? Sape? Malaysian ni memang suka budaya buang membuang ke? So, cik kakak yang taken tadi kasihan lalu membawa mereka pulang kerana dia sanggup menjaganya sebab dia kata dia nak yang warna gelap tuh. Macam kucing Bengal katenye. Dalam satu jam je dua2 dah dapat nama. Yang oren itu Caca, yang Bengal itu Benji. Comel bukan?

Hehe so, as a conclusion. Tahap kemerengan otak kini menurun ke tahap yang dijamin selamat. Plus, haritu Puan Kakak bawak pergi tengok midnight movie kat Alamanda Putrajaya. Movienya --> Chronicle. Best la jugak. 3 bintang la aku kasik.


Tapi tang sedihnya aku tak dapat nak bawak Encik Snail. sobs sobs sobs sobs sobs sobs sobs sobs. Runtun hati. Engkau terlalu besar Encik Snail. Cuti semester depan kita jumpe lagi. Semoga engkau tak jadi mangsa buli Hamzah ye. Take care!

Hah! Bercakap pasal semester baru. Engkau tahu tak aku kat mane ni? Aku kat bilik tengah ngadap lappy sambil layan youtube dari pagi tadi sebab jakun bila baru dapat tahu hostel aku dah ade wifi. Weeee~ Tak sia sia bayar yuran mahal tahu? Sekarang tiada lagi persoalan. Terima kasih UMT and MPP nye... (^^)v thumbs up!!

Ok, that's all chronicle. K'Bye!

Wassalam.

6 comments:

haslinda said...

Eiiii... comelnya hamzah tajima.
rasa nak cubit2 je pp dia... :)

syafiqahatta said...

hahah! dia memang comel! slalu kena gigit. nganganga ^^

athirah said...

cantiknye hamzah tajima.mcam mixed jepun

syafiqahatta said...

hahah! jepon la sgt ^^

cik ery said...

panjang sangat lah entry cik piqa.hehe.tak tahu nak komen yg mne ney.


first, hamzah n farouk sgt comelesss.
second, air kebende tu nmpk sedap benor.
third, chronicle best? ari tu ak tgk journey to the mysterious island. sumpah ang kne tgk!hikhikhik


sekian sahaja komen drpd sy.wsslm ;D

syafiqahatta said...

haha ^^ wallah!~ wajib amek dr ko movie tu!!

aku pon xtau nama air tu...hohoh..tp sm jns ngan blended2 gitu la...

Followers