Blog Hits

May 18, 2012

Setiap Coretan 1000 Makna :D

Assalamualaikum =)

Hai, nama aku Jenn. Otak aku penat! =..= Semalam ade test, hari ni ade test, esok pun ade test. Saje nak conteng conteng kat sini. Nak jugak cakap yang aku tengah penat otak. Stress?? Stress tu takde la terasa sangat. Dah immune dengan stress. Boleh jadik jaga dekat airport tower. Hiok hiok. Otak je yang tengah penat sekarang. Sambil aku ketuk ketuk keyboard ni, sambil aku study untuk esok punye test. Test 2: Planktonology. Memang, aku saje je curik masa yang tinggal berapa jam lagi nak test (kul 9 pagi esok) update belog. Memang aku suke nak buang buang masa cam tu je. Memang, memang aku suka pun buang masa. Memang, semakin banyak stress, lagi suka nak go melagha. Memang. Memang aku suka pun.

At least, bila dah tua-tua nanti, cucu cicit beribu riban (InsyaAllah, kalau takdir umor panjang), daripada dudok sesaje hingga hujung nyawa, boleh la aku godek godek belog aku ni. Baca balik ape yang aku tulis waktu muda mudi dulu. Story the mory suka duka aku. Pastu, gelak sorang sorang, senyum sorang sorang mengenangkan betapa childish nya aku bila facing ngan problems yang sekecik Aeromonas sp. (wah! bioteknologi marin kau! :D wahaha!). Memang aku suka nak express feeling feeling aku dekat sini, 1000 makna katenye. (time now - 2:07 am)

Hectic April
Gamba nak epic! Hahah :D

Super hectic May

Memang, aku suke je nak snap gamba pastu upload kat sini. Jadik bukti betapa bermaknanya hari hari aku. Setiap hari terisi dengan perkara-perkara berpekdah. (time now: 2:39 am, tengah ber'cooling mask', lol. betapa sejuknye muka saye kala ini. :D) *motif ade maggie kari kat situ? 0,o

the three musketeers
Teringat satu hari tu, ade lab. Lab Menunggu. Haha :D Takdelah, lab analisis water sample yang kitorang ambik minggu lepas. Waiting is killing inside softly. So, bermain dengan henpon canggih cik Hawa adelah perlu. The coklet one is Nisa, the blue one is Angah, the tengah tengah one is Jenn.

Teratai bloom in UMT
Aku suka Tasik Teratai ni. Once dia bloom, peh, rase macam nak berbaringan kat atas tasik ni. Huhuk :D Tapi bile sumer mati, tak payah nak imagine rupe tasik ni. Disaster! (time now: 3:11 am, gigih baca nota).

Sampai sini saje. Bye =)

p/s: time now: 5:41 am. yawn~ yawn~ yawn~   (=o=)' Sakit pinggang la duk study lama lama. Ni yang rase macam nak menari ni.

No comments:

Followers