31 August 2012

Biskut Raya of The Year

Assalamualaikum =)

Salam 13 Syawal 1433H...

Disebabkan keboringan keseorangan di rumah (family ai semua ada kat semenanjung Malaysia tanah air ku sana sebab sebahagian daripada mereka nak pi anta adik ai to Jeli, Kelantan register 1st semester at UMK) *kahkahkah lagi jaoh dari ai padan muka! :D* and yang lain lain memang kerja kat sane aku je lagi still stranded here doing nothing, waiting for tomorrow insyaAllah am gonna fly to KL jyeah so aku pun nak share pic satu biskut raya yang unik. Cer baca ayat intro ni secara hafazan. Kompem tak lepas napas.

Biskut Raya of the Year jatoh kepada Biskut Dolphin

Comel dop? Walaupun rasa dia biasa je tapi ianya comel. As a student of Marine Biology, I tend to be attracted to cute stuff like this. Tapi kecomelan si biskut dolphin ni tak mampu melawan kesedapan rasa asli Cornflakes Madu, biskut raya kegemaran ai sepanjang zaman tiada tandingan. My siblings' favourite too. Pernah terjadi satu ketika di mana aku and my siblings tanpa segan silu bak gadis/lelaki Melayu terakhir menghabiskan satu balang biskut berisi Cornflakes Madu kat satu rumah ni. HAHA :D Sape suroh sedapp sangat. Dah dia suroh makan, ai makan la. Siap topup lagi and habis lagi and tobat tuan rumah tak nak topup dah lepas tu. Ngehgeh. Sape suroh sembang kencang sangat? Jadi, pemuda pemudi pun makan la ape yang terhidang atas coffee table nak hilangkan bosan.

Oh? Takde gamba Cornflakes Madu yg sedapp. Sebab waktu tu nafsu makan lebih tinggi dari napsu nak photography bagai. But, sape tak kenal Cornflakes Madu? Huh? Huh? Lagi popular dari Almond London. *flip tudung*

Oh and today is our Malaysia 55th Independence Day!!! Alhamdulillah! Congrates Malaysia. :D

I do really love Malaysia. Yes, I did. Indeed.

And don't forget another meaningful day, that is Malaysia Day (16 September) where Sabah and Sarawak join Malaysia. That's why I love Malaysia. Very the majmuk. Kalo takde Sabah and Sarawak jadik Tanah Melayu jerrr. Yeke pun? 0,o'

Kibarkan Jalur Gemilang

Yes yes. Kibarkan Jalur Gemilang, jangan dibuang di dalam longkang ^^

And tomorrow tomorrow tomorrow am gonna fly tooooo KL, transit in Bangi, and the day after tomorrow am gonna fly back to Terengganu. Semestinya pejam tak celik celik pun masa itu memang sangat cepat berlalu. Kann? Ok la tu, aku pun dah bosan duk rumah ni. Tertonggeng salah, duduk lurus pun salah. It's like waiting for nothing.

Actually rakan rakan, sepatutnya dah plan dengan Supervisor FYP and sorang member tittew nak pi Redang a week before sem 5 start, belajar kaedah kaedah FYP ni but but buttttt... manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala galanya. Tak dapat pergi pulakkk. Gone? Tiket dah beli. Then, terpaksa la ai bertapa 7 hari 7 malam kat rumah sewa ai sampai la sem baru start on 9 September. Betapa indahnya bertapa bersama jurnal jurnal and buku buku that I should read during holiday but tak baca pun hew hew malas.



Oh Redang, bilakah akan dapat ku nikmati keindahan yang telah Allah ciptakan untuk mu?

Frust la jugak. T_T sobs.

peace to the world LIVE from gurun

Ok lah bye bye.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

29 August 2012

Selamat Pengantin Baru (5 Syawal 1433H)

Assalamualaikum =)

Mira & Khairul


This is my second sister yang baru je selamat nikah on 23rd August 2012 yang lalu.
SELAMAT PENGANTIN BARU, Kak Mira! :D




Adinda always mendoakan kebahagiaan dunia akhirat untuk kekanda berdua =')

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

27 August 2012

Salam Syawal 1433H

Assalamualaikum :)

Salam 9 Syawal 1433H

Setelah sekian lama barulah si Jenn dapat online pakai laptop. hehek :D So how's raya? Raya Jenn tahun ni banyaaaaaaak meriah! Alhamdulillah. But cannot story sekarang. Later later ai story.





Till then, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Semoga Allah swt menerima ibadah dan taubat mu juga ibadah dan taubat ku. Aamiin =)

Wassalam.
Sincerely,
Jenn

7 August 2012

"Saya Join Blog List Aidilfitri Qaleysha!" by Puan Qaleshya Umaira

Assalamualaikum =)

Salam 18 Ramadhan!

Aku bukanlah seorang blogger tegar, entry pun takdela cool mane, kadang kadang adelah sikit ilmu yang aku share dalam entry, nak kata lawak mungkin jugak, aku tak suka gossip mahupun gossipers, sporting? 0,o' gulp! entahla. Tapi aku suka post pasal cerita cerita aku. And yang paling anehnya, aku suka update belog bila aku stress.

Cer tengok kat Story Memory aku, months yang paling banyak entry adalah months yang paling hectic. Tapi, hectic hectic macam mana pun, alhamdulillah, aku suka hidup aku. Aku taknak jadi orang lain. Aku nak jadi diri sendiri. Bak kata Maybelline, kerana dirimu begitu berharga. So, why we choose to be like others? And why we need to try hard to impress others? We live not to impress others, am I right?

Aku telah ditag oleh rakan blogger baru, Cik Wawa (thank you, :*) untuk join segmen seorang blogger ni.



Disebabkan hadiah dia comel (love bracelet katenye ^^,) maka aku pun join segmen ni. Beliau nak carik blogger blogger yang boleh di masukkan dalam beloglist beliau. Kalau anda rasa belog anda BEST, makanya join la segmen dia.

Dalam syarat syarat segmen dia suruh tag 2 orang, oleh kerana dalam dilemma tak tahu nak pilih 2 insan terpilih tu, aku rasa aku nak tag semua orang yang baca post ni. Sila la join! Sila la join! Sila la join! :D

Nak tau lebih lanjut, klik banner hijau kat ats nu. Ok, that's all! Selamat mengejoin! (^^)

Wassalam
Sincerely,
Jenn

3 August 2012

I Love This Ulam

Assalamualaikum =)

Salam 15 Ramadhan.

Petang tadi aku berperang kat dapur. Berperang dengan hati sendiri yang tahan sabar dengan suhu kepanasan melampau dalam rumah kampung aku. "=_=" Peluh menitis kalah athlete Olimpik London yang bermaskotkan makhluk bermata satu (oh scary!). Kesahnya, mama ai suroh buat sambal belacan, boleh cicah dengan ulam raja, ulam peberet ai sepanjang zaman. Dah lame gak tak makan macam kambing ni.


Tu dia! Bapak ai kutip macam nak jamu satu kampung. Mama ai punya tangan yg tanam ni.

Maka, bertukuk tukuk (tukuk is tumbuk dalam bahasa Sarawak) la hamba kat dapur buat sambal belacan. Fully supervised by mama ai sebab dah lame tak turun dapur. Almaklumlah, selama ni makan main tunjuk je terus dapat. Hiokhiok. Dah lupa macam mana cara nak masak air.

SIap dah sambal belcan hamba

Sebelum tu, ai carik anak lesung tak jumpa. Haih~ Dugaan betol. Almaklumlah dah lama tak balik Borneo Island tanah tumpah darah ai ni. Mama ai carik baru jumpa kahkah. :D Mama ai kan superwoman. Boleh melihat benda tersembunyi. Heee~ Tukuk punye tukuk tak lama lepas sambal belacan ai siap tiba tiba kat tangan rasa pedas pedas. Sapa tukuk cili dialah merasa pedasnye. Pedas kott macam kena gigit nyamuk pun ada.

Kenapa ai suka Ulam Raja? Sebab rasa dia macam limau. Sedapp la. Besides, bila selonggokan ulam raja yang bapak ai kutip tu tak habis and mula layu, boleh hiris kicik kicik masok dalam nasi goreng or cucur/jemput jemput/and whatever-you-called-something-bertepung-you-goreng-goreng. Maka terjadilah Nasi Goreng Ulam Raja and Cucur Ulam Raja. Sedapp lagi berkhasiat I tell you.

Dah dua hari kat Kuching, aku ni boleh diibaratkan seperti kera sumbang. Tak keluar rumah, tak tengok tv, tak baca paper, tak tengok Olimpik London (sebab ada unsur Freemason ai tatott la kena jampi, oh scary!). Boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan dalam bilik berbelogwalking rajin pulak pepagi. Maka, berkawanlah ai dengan kucing kucing kat rumah parents ai ni. 14 ekor uolls. Mampu?

Dion forever handsome

Sejak dikembirikan/dimandulkan/disunatkan makin gemok la anak bujang ai yang sekor ni. Dah setahun kita tak jumpe kan, Dion? Dari Ramadhan yang lepas ke Ramadhan tahun ni baru kita jumpa. =')

p/s: Hantarla kucing kucing korang pergi mandulkan kat klinik vet yang doctor doctor nya bertauliah/berdaftar. Tak rugi nyer. InsyaAllah makin sehat la kucing anda ni. Tak perlu la jadik breeder kucing secara tak sedar. Kucing belum dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus lagi.


Mael Lambong

Ni lagi sekor anak bujang ai. Dah besar panjang rupanya. Tapi tak sunat lagi. Bersiap sedialah kau Mael Lambong! Lagi seminggu doctor doctor ko balek sini.

Kucing kucing lain tak berapa nak camwhore. Aku snap je blur, snap je blur. Almaklumlah kucing kampung. Mane la reti sangat nak posing posing depan camera ni haa. Yang diorang tahu main kejar kejar je ngan anak ayam mama ai. Ayam ayam mama ai tu hari hari bising. Tak tau la kenapa. Tak lame lagi nak jadi rendang tu.

Sedar tak sedar dah 15 Ramadhan kan. Ada orang post kat fb tadi bulan cantik malam ni. Ciptaan Allah semua cantik cantik. Heee~

Tiba masa Jenn mengundur diri. Semoga kita diizinkan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Hidayah perlu dicari, bukan tunggu sampai seru. InsyaAllah.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn