Blog Hits

August 3, 2012

I Love This Ulam

Assalamualaikum =)

Salam 15 Ramadhan.

Petang tadi aku berperang kat dapur. Berperang dengan hati sendiri yang tahan sabar dengan suhu kepanasan melampau dalam rumah kampung aku. "=_=" Peluh menitis kalah athlete Olimpik London yang bermaskotkan makhluk bermata satu (oh scary!). Kesahnya, mama ai suroh buat sambal belacan, boleh cicah dengan ulam raja, ulam peberet ai sepanjang zaman. Dah lame gak tak makan macam kambing ni.


Tu dia! Bapak ai kutip macam nak jamu satu kampung. Mama ai punya tangan yg tanam ni.

Maka, bertukuk tukuk (tukuk is tumbuk dalam bahasa Sarawak) la hamba kat dapur buat sambal belacan. Fully supervised by mama ai sebab dah lame tak turun dapur. Almaklumlah, selama ni makan main tunjuk je terus dapat. Hiokhiok. Dah lupa macam mana cara nak masak air.

SIap dah sambal belcan hamba

Sebelum tu, ai carik anak lesung tak jumpa. Haih~ Dugaan betol. Almaklumlah dah lama tak balik Borneo Island tanah tumpah darah ai ni. Mama ai carik baru jumpa kahkah. :D Mama ai kan superwoman. Boleh melihat benda tersembunyi. Heee~ Tukuk punye tukuk tak lama lepas sambal belacan ai siap tiba tiba kat tangan rasa pedas pedas. Sapa tukuk cili dialah merasa pedasnye. Pedas kott macam kena gigit nyamuk pun ada.

Kenapa ai suka Ulam Raja? Sebab rasa dia macam limau. Sedapp la. Besides, bila selonggokan ulam raja yang bapak ai kutip tu tak habis and mula layu, boleh hiris kicik kicik masok dalam nasi goreng or cucur/jemput jemput/and whatever-you-called-something-bertepung-you-goreng-goreng. Maka terjadilah Nasi Goreng Ulam Raja and Cucur Ulam Raja. Sedapp lagi berkhasiat I tell you.

Dah dua hari kat Kuching, aku ni boleh diibaratkan seperti kera sumbang. Tak keluar rumah, tak tengok tv, tak baca paper, tak tengok Olimpik London (sebab ada unsur Freemason ai tatott la kena jampi, oh scary!). Boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan dalam bilik berbelogwalking rajin pulak pepagi. Maka, berkawanlah ai dengan kucing kucing kat rumah parents ai ni. 14 ekor uolls. Mampu?

Dion forever handsome

Sejak dikembirikan/dimandulkan/disunatkan makin gemok la anak bujang ai yang sekor ni. Dah setahun kita tak jumpe kan, Dion? Dari Ramadhan yang lepas ke Ramadhan tahun ni baru kita jumpa. =')

p/s: Hantarla kucing kucing korang pergi mandulkan kat klinik vet yang doctor doctor nya bertauliah/berdaftar. Tak rugi nyer. InsyaAllah makin sehat la kucing anda ni. Tak perlu la jadik breeder kucing secara tak sedar. Kucing belum dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus lagi.


Mael Lambong

Ni lagi sekor anak bujang ai. Dah besar panjang rupanya. Tapi tak sunat lagi. Bersiap sedialah kau Mael Lambong! Lagi seminggu doctor doctor ko balek sini.

Kucing kucing lain tak berapa nak camwhore. Aku snap je blur, snap je blur. Almaklumlah kucing kampung. Mane la reti sangat nak posing posing depan camera ni haa. Yang diorang tahu main kejar kejar je ngan anak ayam mama ai. Ayam ayam mama ai tu hari hari bising. Tak tau la kenapa. Tak lame lagi nak jadi rendang tu.

Sedar tak sedar dah 15 Ramadhan kan. Ada orang post kat fb tadi bulan cantik malam ni. Ciptaan Allah semua cantik cantik. Heee~

Tiba masa Jenn mengundur diri. Semoga kita diizinkan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Hidayah perlu dicari, bukan tunggu sampai seru. InsyaAllah.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn

30 comments:

cik ery said...

wow.sedapnye ulam tu mak jemah.mne lg 13 ekoq kucen?ai nk tgk!hihihio

ra|nbOw said...

oh dear, org srwk eh? Akak pernah duk dkt kuching lama jgk. Thee. Sekolah st.mary dulu... Bestnya makan ulam bebanyak cmtu! :)

Jenn Syafiqa said...

cik ery:

nanti2 aku citer psl dyorg.. aku x berjaye lg nak snap gmba statik dyorg. sumenye blur. hhaha :D

Jenn Syafiqa said...

rainbow:

yup. kite org kuching. boleh ckp swak la ni? hehe

Abe Mirul said...

Pergh! Abe terliur tengok sambal tu. Tambah2 dengan ulam raja. Kalau pekena dengan ayam penyek ni. Lagi masyuk!

Meleleh air liur.. Haha.

Jenn Syafiqa said...

Abe Mirul:

kann.. drooling~ :D

athirah said...

rezki kirim salam pada dion. dye cakap hensem sangat jantan ni! grrrr~ nasib baik rezki dah mandul . hahahha ;D

ina said...

Kat umah mak kite ade banyak pokok ulam ni..hehehe...salam perkenalan...Salam ramadhan..:)

Jenn Syafiqa said...

athirah:

haha :D Dion kate dia kirim salam balik. Dion teringin nak tgk sapekah gerangan Rezki tu.

Jenn Syafiqa said...

ina:

salam ramadhan and salam perkenalan sis :D thank you dtg cni...

Qieera said...

Waa dia suka ulam. haha tapi saya tak berapa suka :) tapi takpe. papepun DION awak memang handsomeeee! hehehe

Qieera said...

waaa dia suka ulam lah. hehe btway DION handsomeeee :)

Jenn Syafiqa said...

Qieera:

handsome kann. haha :D betambah hensem lepas mandulkan

wawa said...

hai..thanks singgah blog sy td. byk betul meow kat blog awk. cute :)

Jenn Syafiqa said...

wawa:

thanx gak sbb follow balek.

Errah said...

errah suka ni ulam raja..mmg tnam dkt rumah siap jual lg..hehe

Jenn Syafiqa said...

errah:

sedap kann :D

Reenzky said...

Banyaknya kucing:) Follow u back dik! xoxo

Jenn Syafiqa said...

Reenzky:

banyak sgtt! :D thanx sis~

wawa said...

anyway..saya tag awak utk join segmen ni. jom la join skali.

http://wawa-wonderworld.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-join-blog-list-aidilfitri.html

Nasuha said...

sedapnya klu mkn ulm dngn smbl blcn.

Jenn Syafiqa said...

mmg sedapp :D

hafiz hafizol said...

sy suka lagi ulam pucuk ketereh awak.. hehe.. cicoh budu..

Jenn Syafiqa said...

ouh? o,o'

baru 1st time dgr ulam ni. nt try :D

rozaimie alimin said...

SaLam jeNn =) salam ramadhan =)
Thanks daTang blOg sYe =)..
Sye daa folLow awk , kalau tk kberatan ..
FolLow miNe bAck okey =) again ..thanks =)

Jenn Syafiqa said...

rozaimie alimin:

salam ramadhan too.. ok, i will hit ur blog =)

Panggil Aku Han said...

i love this ulam to...and sambal belacan...waaa...rindu dkt mak...

comel kucing nk pinjm boley...huhu. ^_^

Jenn Syafiqa said...

sedapp kann? :D pinjam la... haha

wanie-raina said...

wanie tak makan ulam~ haha
comell kuceng tuh! nice!
gmbar awak tuh kat matriks kan? same mcm bilik mtriks wanie dlu :D

Jenn Syafiqa said...

wanie-rania:

yup, kat matrix perak dulu. same ke? rindu matrix life~

Followers