29 October 2012

Goodies From Hawa

Assalamualaikum :)




Entah kenapa tiba tiba nak upload 'Goodies from Hawa from Penang' ni. Baru je habis baca satu ketoi nota Marine Biodiversity & Conservation. Ada test minggu ni.

Ambik angin jap uolls. Breathe iiiiinnnnnnnn! Gah!!!~

:D

Ok, mari berambus!

Wassalam.
SIncerely,
Jenn.

22 October 2012

Girls Day Out

Assalamualaikum =)

Seminggu yang lepas, diri ini busy dengan proposal writing untuk final year project. Tanggal 18hb October 2012 bersamaan hari Khamis, proposal writing tu pun selamat sampai ke Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin of Universiti Malaysia Terengganu. lol ayat kau kan Jenn macam nak buat karangan SPM dulu kala. Dah terlunas satu tanggungjawab bagi kami kami bebudak Marine Biology 3rd year ni. Alhamdulillah syukur. ^^,

Haaa.. bila dah lepas satu tanggungjawab, me and le houzemate pun plan nak pegi ber'steambot' kat Pulau Duyung. Memandangkan semua pun teringin nak makan, we'olls pun pergi malam tu jugak!

ngesep uolls ngesep

happy kan muka memasing?

tau dak maksud 'ngesep' tu ape? pergi carik sendiri.

sebelum dihumban

selepas terhumban

Harga pakej 6 orang RM30. Pulau Duyung tak jauh dari UMT pun. Uolls jangan ingat nama dia Pulau terus uolls assume dia Pulau jauh ke tengah. Pulau ni uolls nak berenang dari jeti pun boleh sampai. Tapi naik kereta lagi cepat sampai. Pendek kate uolls, kalau sewa kereta dari kedai kedai sewa berdekatan UMT, tak sampai 20 minit pun dah sampai uolls.

Tom yam dia sedap. Udang and sotong dia segar dari ladang. Daging and ayam empuks uolls. Kalau makan baca Bismillah, insyaAllah kenyang. To make it short, berbaloi la jugak. We'olls tambah nasi sepinggan sorang. Rasanya kalau tak tambah nasi and tak baca Bismillah mesti tak cukup punya. Hehe...

muka kenyang. terima kasih.

futsal uolls futsal

Ni pulak cerita keesokan harinya, futsal sempena Sukan Jabatan. Iolls tak reti main pun. Iolls tolong member balut and hantar hamper kat tempat ni je. Seronok tengok diorang main. Seronok tengok je la. Ada yang main macam gimnastik irama, ada yang macam breakdance. Waktu bergambar ni hujan. Sejuk uolls.

Speaking of hujan, sekarang ni dah masuk musim sejuk kat Ganu Tittew ni. Sane sini lopak air. Iolls suka sejuk sejuk acenggini. Terasa bagai study kat oversea. Oversea uolls! Kalau iolls memang la consider study kat oversea. Iolls orang Sarawak. Iolls pergi sini naik flight uolls. Bukan kayuh sampan ke, duduk atas rakit hanyut sampai Pantai Tok Jembal ke ape ke. 49 tahun Sarawak maju dalam Malaysia alhamdulillah. 

Uolls ado? ---> psiko gila minah ni

Ayat nak sarcastic kann? Tak payahla Jenn. Tak payah. Sarcastic macam mana pun ayat kau diorang takkan paham punye. They'olls memang suka acenggitu kan. Suka nak bergossip gossip ni. Iolls anti betol orang yang suka sott sett sott sett ni. Anti uolls anti.

Sebelum banyak lagi negative vibes aku muntahkan kat sini, baik aku berambus.

Wassalam
Sincerely, 
Jenn

15 October 2012

Surat Layang Merah Jambu

Assalamualaikum :)

Kalau orang tanya kelas subjek mana yang paling boring untuk sem 5, ni dah semetinya aku jawab kelas Asas Keusahawanan. Boring gila kott! =..= rasa macam nak selalu kembangkuncupkan hidung je bila masuk kelas tu. Taktau la kenapa boring sangat. Lecturer ajar kan main semangat siap ketuk ketuk meja. Aku siap boleh tidor lena kat belakang. kuikuikui :D Nak nak lagi waktu kelas dia memang waktu tidor aku.

Selain daripada menjadi Sleeping Beauty time kelas, aku juga mengasah bakat terpendam dalam mengarang ayat puitis *blah la kau Jenn!*

surat layang merah jambu kepada dot dot dot

Hhhhmmm... Memang susah nak train diri supaya bersungguh sungguh buat sesuatu yang kita tak suka. T_T

Aku tak boleh nak concentrate dalam kelas. Ade je benda melagha yang aku buat. Kalo stress sikit je kompem kepala start berdenyut. Sometimes, aku terfikir, aku dah tak macam aku zaman sekolah and matrix dulu. Gigih sangat. Masuk U jadik macam harromm.

Tapi, takpelah kann. Inilah hidup katenye.

Aku dah tak sabar nak berambus dari UMT ni. Habis U je nanti aku nak pergi belajar seni kulinari. Aku nak belajar buat kek comel comel, buat roti yang sedap gilos, nak belajar masak western food, Arabic food, Japanese food, Malay food especially!

Dah puas membebel. Selamat malam. Adios!

Wassalam.
Sincerely, 
Jenn.

9 October 2012

Milo Goncang

Assalamualaikum =)

milo goncang & gitar member

I'm currently in the 'hectic life time zone'

Maka si pe'release' stress mesti harus ada wajib sentiasa disisi. Selain daripada duduk berteleku di atas sejadah menadah kedua dua telapak tangan dan memohon dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat juga meminta agar diberikan ketenangan hati, minda, emosi dan akal dari Yang Maha Kuasa, MILO GONCANG dan GITAR MEMBER always menjadi ubat penenang hati.

Sekarang busy dengan proposal final year project, writing and presentation sekali. Terasa sangat tekanan hidup. Pimples pun bercamping kat muka T_T

But, that's what we called LIFE. Hidup terasa kosong kalau takde dugaan & cabaran, kann?

Ok lah, nak continue buat literature review and betulkan presentation slide and lab report parasite. *imma busy woman lulz* 

si gigih yg sdg sibuk meneropong lukisan parasite org lain

Wassalam
Sincerely,
Jenn

5 October 2012

Tak Habis Fikir

Assalamualaikum =)

Actually, i have a test tomorrow. Asas Keusahawanan. Sejak dari maghrib tadi aku gigih baca notes dia yang sangat 'ceria' ni. hewhew tinggal 1 topik je lagi.

And aku tak habis fikir lagi macam mana 5 peeps can play one guitar? 0,o'

*ceh! ingatkan tak habis fikir pasal test*

Satu group musician yang diberi nama 'Walk Off The Earth'

Cer usha cover diorang ni....


Awesome gilo kot! Aku baru perasan akan kehadiran mereka di atas bumi ni.

Tengok sekali je aku dah addicted.

Cer try test usha lagu diorang ni pulak


Kenapa entah diorang ni buat lagu comel sangat?

Terus jadik my revision playlist sepanjang membaca notes Asas Keusahawanan yang 'ceria' ni. Hhhmm..

Ok la, Bye.

p/s: aku taip entry ni malam tadi. dah publish tapi tak keluar rupenye... =/ 

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

1 October 2012

EOP Class? It's Time To Lukis Lukis

Assalamualaikum

EOP is stand for English for Occupational Purposes.
Me is currently taking this subject for this semester, unfortunately.. =..= *kasi kembang siket hidung*

Waktu kelas tadi tetiba homesick. Jenn is missing her family especially her nephews and niece. She is unable to smile. Unable to give 100% attention to the lecture. *selama ni penah ke 100%?* Unable to actively take part when the lecturer asking question as he is talking to the moon. LOL. Macam lah selama ni menjawab sangat dalam kelas. *ai jawab dalam hati je. tu pun jawapan menyimpang*

Unable to disturb her friends beside her. Unable to think. Unable to calm herself.

Jenn is only able to drew this during that 2-hours class. Because ai don't like 'kelas malam'. Ai iz exhausted.

Because i'm hungry

Sekarang dah kenyang Alhamdulillah, thank you Allah.
Kbai.
Wassalam.
Sincerely,
Jenn