Blog Hits

February 5, 2013

Aku dan Lipan

Assalamualaikum :)

Hai! Baru balik dari bercuti! (^^)v

"Bercuti dari kerja kerja haqiqi...", kata kakak iolls berulang kali.

Ya, memang pun. Kerja bukan haqiqi aku pegi bawak Farouq, Hamzah and Raudhah pergi swimming pool pagi pagi, makan, tidor, bangun, makan lagi, petang pergi playground pulak, balik, makan lagi, tidor. Inilah yang daku lakukan sejak 4 hari yang lepas.

Syok! Bukan selalu boleh bermalas malasan begini kenz? Tak fikir dah pasal duniawi. Eh? Tak. Adala jugak terfikir hal duniawi.

*flashcard bertulis TUNGGU and TERIMA bermain di kotak minda berulang kali. Aku tak tau nak pilih mana satu. Tolong! Penat otak dah ni*

Aku & Lipan

Aku geli and takut dengan lipan.


Cukuplah gambar beliau kecik macam ni. Geli pulak aku tengok.

Kisahnya, aku selalu jumpa lipan kat mana je aku pergi. Seriyau tahu? Sampai akak aku cakap aku ni ade kembar dengan lipan. Dah lah lipan yang aku jumpa semuanya yang panjang sejengkal and warna merah geli geli. Dah la jalan laju. Lagi buat aku seriyau. Dahla berbisa. Seriyau seriyau.

Kat mana je yang aku tak pernah jumpa lipan panjang sejengkal? Dalam washing machine pun boleh. Aku pun tak mengerti macam mane dia boleh masuk dalam washing machine. And kenapa orang lain tak pernah jumpa lipan kat tempat yang aku jumpa. Ini aneh. Jodoh kuat mungkin.

Tapi tak pernah lagi jumpa yang macam dalam gambar tu. Kalo jumpa mesti histeria.

Lalu, curiosity seekor kucing telah merasuk diri. Aku pun google la ade tak kisah mitos pasal kembar dengan lipan. Tapi takde pun.

Ini semua poyo! =..=

Wassalam
With love, 
Jenn. 

2 comments:

putree said...

hahaha!! cari mitos kambing ngan cicak.. kot ada.

Jenn Syafiqa said...

kenape kambing dgn cicak? =_='

Followers