Blog Hits

February 7, 2013

Ilmu Baru: Financial Planning

Assalamualaikum :)

Semalam aku dapat ilmu baru! :D Benda yang aku sendiri pun tercari cari selama ni.

"Berdosa kalau tak share kat semua orang..", kata si pemberi ilmu berulang kali.

Maka, dengan sukacitanya, aku nak share ilmu yang kurasakan penting ini. Bukan orang yang dah kerja je boleh guna, tapi student like me yang dapat pinjaman/biasiswa pun boleh.

So, mari kita mulakannya! (^^)

First of all, seorang manusia/company mesti ada 6 akaun. Individually.

6 akaun yang dimaksudkan:

1. Financial Freedom Account
2. Long Term Target Spending
3. Necessity
4. Education
5. Play
6. Charity

Jom! Aku explain satu satu. Mungkin aku kurang mampu untuk explain dengan baik untuk orang orang yang dah bekerja, tapi mungkin student macam aku boleh ikut tips ni.

1. Financial Freedom Account
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Pada pemahaman aku, akaun ni adalah akaun untuk masa depan. Siapa yang belajar akaun mesti tau kan apa  itu Akaun Semasa? Dia macam FFA ni la. Duit dalam akaun ni kita simpan 10% from our income/pinjaman/biasiswa. Don't touch it! Sampai satu masa nanti kita betul betul perlukan duit ni baru kita guna.

2. Long Term Target Spending
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Akaun ni pulak akaun simpanan or tabungan kita bila kita target nak beli something. For example, aku nak beli gitar purple. (keh keh). Maka, 10% from my income/pinjaman/biasiswa aku akan simpan untuk beli gitar sampai satu masa nanti jumlah dia cukup. Then, boleh terus pecut beli gitar dekat kedai gitar.

3. Necessity
(55% from income/pinjaman/biasiswa)

Banyak kan 55% tu? Opkosla. Nama pun NECESSITY. Then, student macam aku ada necessity setiap bulan seperti sewa rumah, bil air 5 elektrik, minyak motor, makan/minum and etc. So, 55% daripada  income/pinjaman/biasiswa akan diperuntukkan HANYA UNTUK NECESSITY. Ini penting ye kawan kawan, mungkin dekat nak habis sem nanti kita tak terkapai kapai sendiri sebab dah takde fulus sebab dah habis guna untuk joli sana sini. 

For example, peruntukan Necessity aku untuk sebulan hanya RM 270.60. Sewa rumah RM 130. So, tinggal hanya RM 140.60 duit belanja untuk sebulan. Minus bil air elektrik bagai hanya tinggal RM 100 mungkin untuk sebulan. Sobs. Sehari boleh belanja RM 3.00 je. Sila makan nasi goreng McFly hari hari, Piqa. Sedap, banyak dan murah, uollz! Only in Terengganu. Promote.

4. Education
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Haa education. Sape kate education just course yang kita ambik dekat U je? Dapat degree/master/PhD tu terus bangga la dicop well-educated?

"Belajar tu tak pernah habis..", kata seorang kawan yang comel kepada saya.

Betul la dia cakap tu. Macam aku, lesen motor, lesen kereta, lesen scuba yang aku nak sangat ambik tu, nak belajar main gitar, nak belajar bakery & pastry tu semuanya ilmu. Malahan, cara membunuh kutu kucing pun ilmu jugak. Ko ingat senang nak tangkap kutu kucing with your bare hands and letak kutu tu antara dua kuku ibu jari and tekan sampai dengar bunyik 'ketik'? Gittew~

Haa, 10% percent from your income/pinjaman/biasiswa. Gunakanlah ia sebaiknya.

5. Play
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Now, playing! Sape yang tak suka enjoy? Abnormal lah sekiranya ada. Yes, 10% from your  income/pinjaman/biasiswa. Simpanlah ia untuk bermain main, birthday celebration, main bowling, karaoke, reward for yourself setelah penat tempuh final exam, test, minggu yang hectic, nak beli baju the poplook ke, nak beli tudung rainbow sekotak ke, nak makan pizza ke ape ke. Sila gunakan 10% ini sahaja.

For example, dalam sebulan, aku hanya dibenarkan oleh diri sendiri untuk berjoli dengan fulus sebanyak RM 49.20 daripada  income/pinjaman/biasiswa sebulan. Hehe.

6. Charity
(5% from income/pinjaman/biasiswa)

Charity. Contribution to others. Kalau ade income tetap, ni lah duit peruntukan untuk kita bagi kat parents & family yang memerlukan. Kalau ade lebih boleh masuk dalam Tabung Palestin. Kalo ada lebih lagi boleh sedekah dekat kawan-kawan. Kalo ade lagi lebih boleh bagi dekat anak-anak yatim and orang orang yang memerlukan. Tak perlu pergi jauh and tangkap gambar. Kalau ada member anak yatim or kurang mampu boleh kasi kat dia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. :)

Ok! Dah siap pun.

Selamat beramal! :)

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

No comments:

Followers