25 April 2013

Prof. Dr. Muhaya, Such an Inspirational Woman

Assalamualaikum :)

Prof Dr Muhaya Mohamad. Such an inspirational woman.


Seorang pakar mata dan pembedahan LASIK, kata-katanya sangat lembut, memberi inspirasi dan motivasi. Enough said :)

Matlamat beliau ialah menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran KETUHANAN dan bukannya KEEGOAN. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai.

Setiap kali dengar Prof Dr Muhaya kat Youtube, lepas satu satu batu berat jatuh atas kepala sendiri. Dush! Dush! *terasa lettew*

Siapa nak bahagia dan membahagiakan orang orang tersayang? Jom join aku dengar motivation and inspiration from this beautiful lady :)

Wassalam
With love,
Jenn

13 April 2013

Lindsey Stirling, the awesome violin girl

Assalamualaikum :)

Cuti midsem nak habis. Ahad dah start kelas balik. Hihi

Aku suka muzik. Aku suka addict and fall in love with people who can play music instrument fantastically creative giler vavi munyer ai tell u :3 hew hew

Dari pagi tadi lagi aku dah melekat depan laptop buat assignment. Bila takde idea nak dicurahkan dalam assignment, mulalah tangan gatai pi layan youtube. Godek godek youtube aku pun layan la video video cover si Megan Nicole yang suara sedap gila vavi munyer tu. Mula mula tengok Megan Nicole cover lagu Just Give Me A Reason (P!nk ft. Nate Ruess). Aku suka giler vavi munyer kat suara Nate Ruess ni. Suka giler vavi munyer lah.

Pastu dah habis layan tu layan lak lagu Starship yang Megan Nicole cover. Dari video ni la aku kenal Si Lindsey Stirling ni. Mak aih jemah! Bila dengar muzik muzik dia kat youtube aku terus jatuh cinta giler vavi munyer la. Awat la awesome sangat weyy? Sambil main violin tu dia boleh menari. Comel giler vavi munyer! 

Ahakz. Mai la menggila giler vavi munyer obses together with me. Kalo line tenet laju memang syok giler vavi munyer la ai tell u. Kalo jenis lembab macam siput vavi tu jangan marah ye. Sabar itu separuh daripada iman. :) 

Tekan SINI

Kalau ikutkan hati nak je download semua video dia. Tapi encik IDM ada problems sikek (Ganu slamg). Takpe la, nasib baik line laju an an an? Ai like WiFi Corner Lot! Har har.

tak yah nak awesome sangat la Lindsey!


Crystallize - Lindsey Stirling

Aku suka semua video dia. Tapi yang ni paling comel kot. Tapi ada je lagi yang lagi comel. Eh tengok sendiri la. Stress nak pilih mana satu tau? Rambang mata. Semua best! :D

Ok, it's already 12:44 am in the morning and it's raining. Thank you Allah! Haritu dapat ilmu baru daripada satu post orang share kat FB. Recite surah al-Kauthar waktu hujan. InsyaAllah doa dimakbulkan. :)

Hiburan, hiburan jugak. Akhirat jangan lupa naa. 

Sekian.
Wassalam.
With love,
Jenn.

10 April 2013

Ampunkan Aku

Assalamualaikum :)

Dengan rasa rendah diri, mengakui bahawa manusia seperti aku begitu banyak khilafnya, ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala salah silap yang telah aku lakukan. Dosa dengan Allah, insyaAllah diampunkan. Dosa dengan manusia? 

Prof Dr Muhaya selalu berpesan, audit diri, jangan tengok aib orang lain. tengok aib sendiri, jangan merasakan diri ini lebih baik daripada sesiapa pun  di atas muka bumi ini. Kerana kuasa menghukum bukan terletak pada manusia tetapi Allah.

Jodoh pertemuan di tangan Allah, but don't forget, ajal maut juga di tangan Allah. Takut tak sempat. Aku mintak ampun hari ni jugak.

Ampunkan aku.

Wassalam
With love,
Jenn

1 April 2013

The Fall and Rise of Si Jenn

Assalamualaikum :)

Dalam 2 minggu yang lepas, hidup seolah olah dirasakan tidak bermakna. Murung je. Semua yang aku buat macam tak kena. Rasa nak pergi terjun laut je. Alkisahnya, aku pergi belajar motor. Hehe cikgu panggil suruh belajar and ambik test cepat cepat sebab lesen L nak mapuh (mati) dah 9/4/2013 nanti. Ye, sepanjang hidup ni aku tak pernah lagi bawak motor biasa yang ada gear. Almaklumlah, tittew ade skuter je. Hanya perlu start enjin and press minyak dan shiuungg jalan.

Ambik test motor adalah antara dugaan terbesar dalam hidup. Ehem. Pathetic, isn't it? Siap kandas lagi kat titian. Sobs. Ni belum lagi nak meniti titan siratul mustaqim. *gulp* Nasib baik ujian jalanraya lulus. Tak la sedih sangat.

So, semalam test ulangan kat bahagian titian, kon, brek kecemasan, pusingan 8 and selekoh tajam. And bagi yang tak tahu, bila dah sampai papan tanda TAMAT tu, kita kena double stand kan motor tu. Heh dengan kekuatan yang Allah pinjamkan dekat aku waktu tu, alhamdulillah, macam makan kacang je aku buat. Harharhar waktu belajar nokk harromm dia tak bergerak langsung. Siap mintak someone ajarkan. Hewhew :3

Bercakap pasal titian tu, aku berjaya jugak buat. Tak jatuh titi, tak tongkat kaki, tak kurang daripada 7 saat.

Ini semua berkat doa family dan rakan rakan yang sentiasa support gua! :')

The Fall of Si Jenn phenomenon tu tak terasa sangat bila ade si Pocikk yang always bagi kata kata semangat, selalu teman kite kat simpang tunggu sampai cikgu datang ambik pepagi.

And not to forget, Kaklong tittew, Kakchik tittew and Kaksu tittew pun tak putus putus bagi semangat and doa bagi kita tak jatuh titi lagi. Sobs.

Pastu kan, Cik Aine and Cik Nisa, jenjiran seberang jalan aku pun tak lupa nak bagi semangat kat aku. Huhu Ya Allah, thank you for giving me these people as my friend. May Allah always bless them. 

Ni Kaklong tittew <3
Yang tudung biru tu Kaksu tittew <3

Tudung turquoise tu Kakchik tittew <3

Yang tengah tengah tu Cik Aine tittew <3

Yang tudung merah baju kuning tu Cik Nisa tittew <3
Haa ni Cik Nemo tittew <3
Diorang ni la yang bagi semangat <3 Thank you korang :')

Yang ni si pocikk saye <3

And the last but not least...

Jeng...

Jeng...

Jeng...

The Rise of Si Jenn phenomenon

Kaklong tittew kate kening kita tebai :3

Kalau main The Sims 3, mood dia sekarang hijau. Hehe :D

Nak tengok magic skin tak?


Mampu nak ada kulit licin macam ni? InsyaAllah satu hari nanti. Yakinlah bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya :)

Ok. Itu je lah nak cerita pun pasal 'The Fall and Rise of Si Jenn. Hidup siapa yang takde jatuh bangun nya? Oh lupa nak cakap kenapa semua orang pakai baju warna terang ngat aih. Sebab 2 hari lepas bebudak Marine Biology UMT ada Majlis Makan Malam Permarina. Bagi final year student macam kami kami ni, ni lah dinner terakhir kitorang. Nanti takde dah. Ada candle light dinner je. Hew hew :3

Lepas ni FYP pulak.

"Your project, your priority, your final performance"

Rabbi yassir wala tu'asir. Semoga dipermudahkan. :)

Till then,
Wassalam
With love,
Jenn.