Blog Hits

October 14, 2013

Resepi: Biskut Batik Cappucino

Assalamualaikum :)

Haritu aku macam dah lama tak makan Kek Batik. So, hasrat di hati ni nak la buat. Huhu. Housemate kite kat Ganu dulu, Azifah Yusof, dia niaga Kek Batik tau. Kek Batik dia sedap medap ai tell you.

Dulu, waktu kecik kecik (keciklah sangat), kitorang adik beradik selalu jugak buat Kek Batik tapi kitorang buh telur. Yang Azi punya tak buh telur. So, hasrat di hati nak 'tera' lah.

But, unforetunately, Kek Batik aku tak jadi. Dia tak masuk dalam freezer pun dia dah keras kejong. Nak potong pun separuh mati. Haha. Hanya Bibik yang mampu potong dengan cantik.

Alkisahnya, aku buh satu tin susu pekat tu. Sepatutnya, separuh je uolls. Pastu Azi cakap kena tambah air sikit sikit sampailah adunan tu jadi cair secukupnya.

Justeru, terjadilah Biskut Batik Cappucino accidentally. Tak jadi keknya -.-

Maka, terkocoh kocoh lah aku ke kedai runcit berhampiran untuk membeli bebahannya:


Sebungkus biskut Marie perisa Cappucino
Setin susu pekat
Sebungkus kecil Vico
Seketul butter
Kacang blender untuk hiasan

Acane nak buat:

  1. Baca Bismillah dan berselawatlah bagi yang muslim. Niatkan dalam hati nak menggumbirakan perut orang orang yang makan hasil tangan mung ni.
  2. Patah 4 biskut Marie. Semua dalam sebungkus biskut tu.
  3. Cairkan butter dalam kuali.
  4. Tambah setin susu pekat. Kacau sebati.
  5. Then, bolehlah masukkan Vico sikit demi sikit. Kacau hingga betul betul sebati dan takde ketul ketul Vico.
  6. Next, masukkan biskut dan gaul hingga semua biskut tersalut adunan coklat.
  7. Masukkan dalam loyang or tupperware. Tekan tekan kasi padat and rapat.
  8. Tabur taburkan kacang blender sebagai hiasan. Optional.
  9. Boleh letak dalam freezer or letak je atas meja pun boleh.


Siap pun Biskut Batik Cappucino versi Jenn.

Bibik and Big Sis kite cakap rasa dia macam karamel. Gitew


Amaran:

Mintalah orang yang lebih dewasa atau yang gagah perkasa untuk potong biskut ni. Aku tak mampu nak potong dengan cantik macam Bibik buat. Kalau aku yang potong nanti dia jadi biskut Marie balik. Hiks.

Till then, 
sekian saja dari Jenn.

Sincerely,
Jenn.

******************************************************************************

Actually, aku update belog time tengah kerja ni. Sekarang jam menunjukkan pukul 9.40 pagi. Kerja aku jaga kiosk roti dalam Kafeteria Kementerian Pengajian Tinggi. Of course lah waktu waktu cenggini ahkak and abam semua dah masuk ofis. Plagian (keluar lagi Indon dia), esok Hari Raya Haji. Maka, kafeteria ni sedikit sunyilah. Ramai yang ambik cuti balik kampung. Waktu sibuk aku dari pukul 7.00-9.00 pagi dan pukul 12.30-2.30 petang. Haruslah waktu breakfast and lunch bukan?

So, takkan pule aku nak duduk tercongok tenung siling and dinding lawa kafe ni dari pukul 9.00-12.30 petang dan 2.30-4.30 petang. Masa yang ada haruslah diisi dengan aktiviti berpekdah seperti menghupdate resepi yang aku try dalam belog ni. Barulah iolls boleh mengikitirafkan hari hari gua sebagai 'Productive Day'.

 Namun, ada juga suara sumbang mengatakan...

"Jaga roti ke online?", kata ahkak bulat berseragam putih seluar hitam kepada 2 orang lagi rakannya yang juga bulat dan berseragam serupa sambil berjalan keluar dari kafeteria selepas melantak breakfast dengan nada sindiran.

Automatically, kepala aku berpusing 180 darjah mencari empunya suara sumbang dan raut wajah. Haih terus panas muka iolls. Nasib baik aircond cafe ni sejuk.  Bolehlah menyejukkan hati yang panas sebentar tadi. Kalau ikutkan hati gua, mau aje aku golek golekkan beliau sampai masuk dalam Tasik Putrajaya tuh.

********************************************************************************

2 comments:

haslinda said...

sabar ye piqa... mulut tempayan boleh tutup, mulut org, kalau ada zip pn belum tentu boleh tutup sempurna... hehe...

ohhh, ni rasa nk try jugak resepi ni. adoi, gemok laaa org asik masak makan masak makan je kijo nye. heheheh :)

selamat hari raya aidil adha piqa :)

Nurul Syafiqa said...

itulah pasal huhu

haha takpe, sambil menggumbirakan perut orang2 tersayang.

belum ade rezeki lagi nak try resepi cookies linda. aim lepas ni nak beli mesin pemukul tu. kalau manual patah lah tangan ini hiks.

Followers