Blog Hits

October 7, 2013

Tips: Kewangan

Assalamualaikum :)

Semalam, aku join satu seminar with my big sis dekat Putrajaya. Seminar yang berbunyi Seminar Wang & Pelaburan 2013 oleh Tuan Shamsuddin Kadir. Gitew.

Meskipun aku masih muda iaitu berumur 22 tahun dan baru habis belajar yang orang kata baru nak bernapas lagi ni, big sis tetap 'heret' saya ke sini. Kerana apa? Kerana saya masih muda. Banyak lagi ilmu yang perlu dituntut termasuklah ilmu kewangan seperti ini.

"We think we smart"

Kata-kata ini aku petik dari mentor keusahawanan waktu aku masih study dulu. Beliau pernah gagal. Antara sebab kegagalan adalah tak cukup ilmu katanya berterus terang. Kekadang kita rasa kita dah cukup, tapi hakikatnya tidak.

:)


Kenali Tuan Shamsuddin Kadir. Pengenalan yang singkat semalam mengklasifikasikan beliau sebagai seorang yang sempoi


Gitew. Siap boleh bedah wang gaji. Hew.

Ilmu yang aku dapat semalam tak mungkin lah dapat aku ceritakan semua kat sini. Justeru, aku pilih yang paling important lah iaitu:

Bagaimana mahu mengurus wang gaji anda?

Tak kisah gaji tu RM600 sebulan ke, RM 10 000 sebulan ke, kerja Cleaner ke, Menteri (apesal Bold ni derr?) ke, tetap kena mahir ilmu pengurusan wang. Hence, tak lah duit tu mengalir ke tempat yang tidak betul dan kita juga tak terdedah kepada keterjebakan hutang. Peh. Ayat tu betul macam tak belut. Eh? Belut pulak.

Tanpa membuang masa aku nak terus bagi contoh

Bahagikan gaji anda kepada tiga bahagian

Katakan gaji anda sebulan adalah sebanyak = RM600

10% = Bayar kepada diri sendiri = RM60
20% = Tabung kecemasan          = RM120
70% = Belanja/Loan                   = RM420

Mari aku definisikan setiap 3 bahagian di atas.

Bayar kepada diri sendiri
Bahagian simpanan. Termasuklah untuk pendidikan. Sebagai contoh, Si Jenn suka gilos dengan seni bakeri. Dia nak gi belajar bakeri guna duit ni la. Hew.

Tabung kecemasan
Malang tidak berbau. Sebagai contoh, Si Jenn suka rempit ngan cik nacos laju laju. Tiba tiba terlanggar semut, jatuh patah kaki. Duit nak bayar kat hospital ambik dari sini la. Heheh.

Belanja/Loan
Kenapa 70%? Memang perbelanjaan kita sebulan ialah daripada 70% jumlah gaji. Sebagai contoh, Si Jenn ni even dia tak kawen lagi tapi belanja kemain. Minyak cik nacos (minyak naik tau), makan (belanja paling banyak), roadtax/insuran cik nacos (insuran diri sendiri pun takde), servis cik nacos, toiletries, skincare product, novel ramlee awang murshid, topup and etc. Jangan berbelanja lebih dari 70% wang gaji.

Bagaimana? Sudahkah anda buat calculation?


Di akhir sesi, Tuan SK menghadiahkan wasiat pusaka untuk setiap yang datang. Alahai sweet. Wasiat beliau adalah seperti yang tertulis atas kertas pink, hijau dan biru.

Wasiat berbunyi...

"untuk hidup senang dan bebas, saya tidak mahu lagi mengubahsuai kereta dengan aksesori"

"saya tidak lagi akan membeli handbag, selagi hutang saya tidak habis"

"untuk hidup senang, saya tidak lagi membeli baju-baju berjenama"

Gitew wasiat pusakanya.

Banyak pengajaran yang aku dapat dari Tuan SK. Salah satunya yang terpenting, jangan mewujudkan kemewahan palsu. Untuk menaikkan harga diri, ramai orang berbelanja lebih daripada apa yang dia mampu. Hidup nampak mewah tapi hutang keliling pinggang. Bila nak kaya?

Tak payah carik contoh lain. Tengok je Si Jenn tu. Baru je habis belajar dah berhutang (PTPTN). Tak kan nanti nak beli kereta and rumah pun nak berhutang? Dah tu? Bila nak kaya nya?

Sebenarnya ada cara untuk tak menambahkan hutang. Aku pun masih kabur lagi dengan ilmu ni. Harapan satu hari nanti dapat join seminar seminar macam ni di kemudian hari.

Ada banyak lagi tips pengurusan wang yang kita boleh pelajari. Google saja and tentukan yang mana satu tuan puan nak ikut. Tak semestinya terikat dengan cara yang sama. Yang paling terbaik (dah paling 'ter' lagi, ini yang kita panggil penegasan), pergi menuntut ilmu dengan orang yang berilmu.

Akhir kata



Till then..

Wassalam

Sincerely,
Jenn.

4 comments:

NeroRulez said...

besar gile semut ko langgar..ko langgar moyang semut je hape..hew3

Jenn said...

tu la pasal. langgar semut boleh sampai patah kaki. hew

NeroRulez said...

mungkin boley buat movie ala2 mcm anaconda..hoho

Jenn said...

semut gergasi

Followers