Blog Hits

October 2, 2013

Touch Up Belog

Assalamualaikum :)

Sahaja aku memberitahu bahawa aku telah mentacap belog ini kerana.... dia dah lama tak make up. Hihihi. Background nak Eiffel Tower. Kite kan teringin nak panjat satu hari nanti. Dah lama kan tak bercerita kat sini. Dulu gedik betul nak bercerita. Lepas tacap belog tetiba rasa gedik nak bercerita pulak. Biasalah...gedik.

Meh aku cerita.....

Lepas habis praktikal bulan 8 haritu, aku tak balik Kuching pun. Aku stay dengan akak aku kat Bangi. Sekarang kerja part-time jaga roti. Hari hari makan roti. Rezeki. Alhamdulillah. Nasib baik mama tak merajuk dengan kite hehe. Kebetulan, akak aku nak pindah rumah. So, aku tolong la dalam urusan berpindah randah.



Tuan puan ingat tak kisah si Merang? Dia kan dulu gemok sangat. Kucing pun macam manusia. Terdedah dengan penyakit. Kucing pun boleh obes. So, program diet untuk Merang bermula. Makanan dicatu tapi still bagi ikut berat and keperluan dia. As the result, haaa jadi ler kurus macam gambar atas kiri tu. Kalo tak membulat je macam gambar bawah tu. Oleh sebab dia dah kurus, dia boleh telus grill beranda rumah. Curiosity kills the cat. Dia terjun dari tingkat 2. Salah landing. Gigi taring patah, kaki terseliuh and mulut berdarah sikit. Gambar atas kanan tu ialah wajah keinsafan si Merang. Lepas dari tradegi tu, dia tak berani pun nak keluar dari rumah lagi hahah.


Let me introduce you all to Ceki. Ceki ni si puppy comel yang ada dekat tempat akak iolls tinggal. Ada lagi sekor puppy tapi Ceki paling comel *pilihkasih*. Petang petang balik kerja selalu nampak diorang main main dengan mak diorang dekat dengan pintu masuk kat pakgad. Pakgad baik. Selalu bagi makan kat diorang ni. Comel sangat budak ni. Rasa macam nak picit picit je. Tapi tak boleh. Nanti kena saman tak semena. Padahal main dengan anjing je. Bukan menghina apa apa pun. Anjing pun ciptaan Allah swt. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia sia.


Lepas habis belajar banyak masa kan? Bagi aku, kalau tak buat apa apa boleh mati akibat kebosanan. Justeru, aku belajar baking dari Youtube. Youtube je uolls. Belum ada rezeki nak pergi kelas and menuntut ilmu dari mentor-mentor berpengalaman. Heheh saya budak baru belajar. Hodoh je cake. Nasib baik ade anak sedara tolong makan. Anak anak sedara iolls sweet tooth belaka.



Aku kerja part time dekat Putrajaya. Jaga kiosk Jojo's Rotibun & Bakeri dekat kafeteria Kementerian Pendidikan Tinggi. Gambar atas ni ialah pemandangan matahari terbit kat Putrajaya. Bangunan bulat tu adalah PICC (Putrajaya International Convention Centre). Ye, aku keluar rumah pukul 6.15 am. Awal an an? Jika tidak, masakan aku bisa menangkap gambar sunrise itu? Malam pengsan awal. Wuuu magical.


Haritu jumpa cik Ainan Tasneem kat Bangi Gateaway. Dekat sangat dengan rumah. Dek kerana excited bila dapat tau cik Ainan ada show kat situ, aku pun pergilah Bangi Gateaway tu sensorang. Shopping complex ni baru bukak. Irma Hasmie and family pun ada. Husband dia... subhanallah handsome sangat. Tapi aku lagi excited nak jumpa Ainan. Kihkih. Alahai adorable sangat dia nih.




Haritu waktu cuti Hari Malaysia, kitorang pergi Pangsun Heights (nama sebenarnya ialah Air Terjun Pangsun jer pon).Tapi serius tempat ni sangat tinggi. Hew. Tinggi, sejuk, cantik gilos. Air kolam renang ni dipam dari air terjun. Bukan air kolam berklorin. Giler sejuk kat atas tu. Yang paling seronok haruslah Farouq, Hamzah and Raudhah. Tempat percutian paling sesuai bagi mereka yang tak suka panas suka sejuk bajet Puteri Lilin macam iolls and akak iolls. Hiks.


Ingat lagi tak dengan cik Juna? Sekarang member yang jaga. Bila rindu, kite suka cilok gambar Juna dari wechat, instagram, facebook Kokde. Heheh. Juna dah ade kawan. Tak la sunyi kan Juna? Gambar atas kiri tu gambar latest si Juna. Si Juna Golong. Dah besar dah.


Haritu keluar ngan cik Nisa. Kitorang mentawaf MidValley dengan jayanya. Keluar masuk setiap kedai sampai nak patah kaki. Turun naik setiap floor nasib baik tak sesat. Yang penting, aku dapat novel baru Ramlee Awang Murshid. Magis. Weee. Gambar atas kanan tu ialah Mango Loloand Kiwi Lolo from Jonker Sweet. Sedap ngat! Dia macam ABC tapi ais dia kisar sangaaaaat halus. Tempting gila

Panjang pulak cerita. Saje nak tempek gambar kat belog. Dah lama tak buat kot

Till then, 

Wassalam.
Sincerely, Jenn

No comments:

Followers