30 July 2014

Jenn'Snurul Telah Bertukar Kepada Cats Boutique

Assalamualaikum :)

Ingin saya memaklumkan kepada semua bahawa nama online shop kami telah ditukar. Sekarang, namanya telah bertukar kepada Cats Boutique.

Boleh lihat di ruangan sebelah kanan untuk terus klik pada link Facebook kami :3

Tujuan menukar nama adalah untuk menjadikan online shop kami lebih dekat dengan hati cats lover dan para pencinta kucing. 

Cats Boutique menyediakan merchandise yang diilhamkan daripada kucing seperti accessories (brooch, hijabpin, dll). 

Untuk update terkini, insyaAllah akan terus diupdate di instagram @cats.boutique untuk melihat item terkini. 

Selain itu, adalah menjadi impian saya sejak kecil lagi untuk mengusahakan sebuah cafe comel. Tercetuslah idea bernas yang diilhamkan daripada kakak saya untuk mewujudkan Cat Cafe & Boutique suatu hari nanti.

 Sementelah, kakak saya seorang doktor veterinar yang telah mengusahakan sebuah klinik haiwan sejak 5 tahun yang lalu.
Maka, lebih mudahlah untuk kami mencari pelanggan.

Impian kami adalah untuk menyediakan sebuah cafe dimana cats lover boleh bermain dengan kucing sambil chill out. Macam gempak kan? Setakat ini, Malaysia mempunyai sebuah cats cafe somewhere around KL. 

Doa doakan kami ya. InsyaAllah.


Cats brooch from Cat City anyone? :3
Whatsapp 0179694817

More to come!

Boleh terus ke instagram @cats.boutique untuk update terkini.

****************




Untuk Hari Raya kedua, saya mengenakan baju dari poplook.com juga! :3

Poplook tengah buat contest raya sekarang! Boleh terus ke instagram @poplookshop for more details!

Pakai poplook, yang kurang comel pun boleh jadi terlebih comel. Wakaka. Thank you, Poplook!

Poplook ada kucing tricolour comel nama Poppy. Cute iler iler!

Wassalam.

28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum :)

Sekejap sahaja Ramadhan dah pun pergi meninggalkan kita.
InsyaAllah.
Doakan kita bertemu Ramadhan tahun hadapan ya.

Tahun ini kami sefamili memilih tema warna hitam.
Pada mulanya, aku memanggil ini tema terrorist.
Hihi tapi kakak kata janganlah menggelar diri sebegitu.

Jadi tukar pada tema support Gaza.


Hmmmmm..
kalau tau dari awal dah pilih tudung warna merah or hijau.

Gambar sefamili tak sempat nak ambik lagi.

Nak cakap dress ini from poplook.com.
Suka dress dress comel dari Poplook.
Suka tengok orang pakai Poplook.
Suka Poplook.
Suka Poppy, kucing Poplook! :3

Cotton bawal from Kedai Kecil Bukit Sentosa, owner dia peramah. Moga dimurahkan rezeki ya, Makcik Comel.
^_^

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Wassalam.

17 July 2014

Neutered, spayed & castrated cats

Assalamualaikum :)

Hello, semua!
 Beberapa hari lalu, aku telah dapat memahami sesuatu perkara.

"Apakah bezanya neutered, spayed dan castrated cats?", tanyaku kepada seorang Vet.

Yang aku tahu, semua itu bermaksud kucing yang telah dimandulkan, dikasi atau dikembiri.

Well,
Ada bezanya.
Simple sahaja.

Neutered cats:
Ia bermaksud kucing yang telah dimandulkan. Ia general. Female or male cats can use this term.

Spayed cats:
Ia bermaksud kucing betina yang telah dimandulkan. Spayed female cats.

Castrated cats:
Ia bermaksud kucing jantan yang telah dimandulkan. Castrated male cats.

*************

Apakah kebaikan pemandulan kucing?

Ramai yang berpendapat, pemandulan kucing adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya tidak. Ia banyak kebaikan. Aku hanya tahu sipi sipi (sikit sikit) sahaja. Namun, yang penting, pemandulan adalah salah satu cara untuk kita mengelakkan penyakit serius berjangkit pada kucing kesayangan intan payung batu permata kita.

Kos penjagaan kucing juga tidaklah akan melambung naik tatkala anda mendapati kucing telah dijangkiti penyakit serius seperti leukemia, diabetis, feline immunodeficiency disease dan sebagainya.

Tanyalah vets berdekatan anda untuk mendapatkan komsultasi berguna.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa peka terhadap kebajikan mereka.

"What? Kebajikan? Ia hanya seekor kucing.", kata si polan

Hello mister. Siapa suruh kau kutip/beli/adopt dan etc? Once you kutip, kebajikannya telah jatuh dibawah tanggungjawab mister.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pastikan anda membawa kucing kesayangan anda ke vets untuk mendapatkan vaksin dan kemudiannya pemandulan.

Kenapa?

Tanyalah vets berdekatan anda kerana mereka ahli ilmunya manakala saya pula bukan. Saya hanya ingin menyebarkan kebaikannya.

******

Mahukah anda melabur untuk saham akhirat?

Bersedekah bukan hanya untuk manusia sejagat. Ia juga boleh diberi pada makhluk Allah yang lainnya. Melaburlah untuk saham akhirat dengan membawa stray cats yang berada dikawasan anda ke vets untuk vaksinasi dan pemandulan.

Cer lihat gambar ini :)


Jadi, kalau ada ternampak stray cats yang telinganya seperti dalam gambar diatas jangan pula kita hairan. Hihihi.


WARNING!

Berniat kerana Allah. Jangan pula nanti bila sudah dapat bil garu kepala and refuse to pay.

:)

Wassalam.

12 July 2014

Have You Ever Try Bio-essence Miracle Bio Water?

Assalamualaikum :)

Salam sejahtera ke atas mu. 

Well, have you ever try this?


Sebelum bulan puasa haritu, aku dan kakak aku menceburkan diri ke dalam kolam renang. Pendek kata meluangkan masa untuk bersenam dengan melakukan aktiviti renang.

Oleh sebab kami jenis tak suka aktiviti berpeluh, makanya kami memilih aktiviti renang sebagai senaman harian. Almaklum, puteri lilin. Cair kena panas.  Kalau pun berenang kat kolam renang yang tiada berbumbung, tapi duduk dalam air memang tak panas. Tapi sunburn la.
Hmmm...

Boleh dikatakan, setiap hari pun merajinkan diri pergi berenang. Tak jauh pun. Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk ke kolam renang Presint 16.

Kisahnya, 
Of course kalau agak lama terdedah dengan cahaya matahari cantik yg bersinar gah, pastinya akan sunburn. Bukan sahaja hitam malah kemerahan pula. Lagi lagi kulit sensitif macam aku. Baru kena panas sikit dah merah macam udang bakar.

Waktu study dulu, cukup tak suka berjemur. Grrr. Ambik masa tau nak cerah balik (biarpun tak berapa nak cerah). Paling tak suka kalau muka merah. Almaklum, belajar pun Marine Biology. Dah kalau tak ke laut, apakah pekdahnya?
Nikmat apakah yang telah engkau dustakan?

Gitu.

Mau tak mau tetap kena berjemur. Lalu merah la muka daku. Samalah kes nya dengan aktiviti renang yang baru diceburi ni (waktu study dulu tak reti berenang biarpun bergelar student bio marine). 

Dengan itu, kakak memperkenalkan aku dengan produk tersebut. Bio-essence Miracle Bio Water. Katanya ramai yang beri review yang positif.

2 times cooling, soothing, softening, moisturizing and anti-irritating effects. Vahh!! Even baby yang ada diaper rashes can use this. From hair to toe. Hanya spray sahaja. Mudah sekali.

Mudah, berkesan dan puas hati! Itu yang kita mahu. Really i tell you, kalau muka dah merah spray sahaja dengan Air Bio Ajaib ini. Pasti anda akan merasa 'kesejukan' yang melegakan. Muka pun tak kemerahan selepas beberapa ketika. 

Jadi, aku tak perlu risau dengan kulit yang kemerahan. Sejak itu, aku memegang prinsip "takpe hitam, asalkan pandai berenang". Wahaha. Ini yang aku cari selama ini. Akhirnya berjumpa juga. 

Alhamdulillah.

Setelah memegang prinsip tersebut, maka tercapailah impian dan cita-cita untuk pandai berenang terapung. Tapi takdela pandai sangat. At least, boleh la terapung menyelamatkan nyawa sendiri sebelum bantuan tiba kalau jatuh dalam laut sekalipun. 

So, after raya we decided to continue our swimming activities. Next, bercita cita untuk membeli sepasang baju renang yang lebih sopan lepas ni. InsyaAllah.

******
I have a serious cracked heels. Sangat teruk ya. Then, I bought this. Let see how it works.


Have anyone try this?
Or any suggestion for better cracked heels cream?

******

Selamat bersahur :)

Wassalam.

6 July 2014

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum :)

Dah lamanya tak jenguk blog ni. Lately, so busy working. Busy with my small business sampai tak sempat nak post barang customer. Nasib baik lah customer tu kawan sendiri wahaha :D kesian Azie, insyaAllah aku post next week before aku balik Kuching.

Oh and sekarang saya sengaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil kecilan. Jual hijabpin bentuk kucing. Comel! Sangat excited bila jumpa hijabpin ni lebih kurang 3 bulan yang lepas. Alhamdulillah, batch pertama sebanyak 60 pcs habis dijual. Sekarang batch kedua ada banyak lagi and ditambah dengan design lain.



Ini adalah salah satu design hijabpin bentuk kucing yang saya ada. Ada banyak lagi design. Kalau berminat boleh ke instashop saya untuk pilih design yang lain. Only RM6 per pieces. Beli 2 untuk hanya RM10 sahaja plus FREE GIFT! Excluding postage ya.

Sebab dia comel dan bentuk kucing la saya jual. Hehe. Cat lovers, bolehlah menggantungkan kekucing disisi kepala raya nanti. Comel sangat! :3




Contoh design yang lain seperti dua gambar di atas :)



Free gift nya ialah si brooch bunga yg macam Cik Ainan Tasneem pakai ni. Saja bagi gift kat Ainan Tasneem sebab saya suka dia ^^ minat daripada belum jadi retis lagi weeheehee. And brooch bunga ni pun ada banyak design.

Back to my entry title, Ramadhan 1435H. 

Harini dah 7 Ramadhan. Dah seminggu. Ada 3 minggu lagi. Puasa tahun ni syok! Dengan family. Kalau tahun lepas sepi berseorangan. Hihi. Alhamdulillah. Tahun ni beraya beramai ramai kat Kuching. Bolehlah merasa rendang tok buatan Puan Mama.

Bagi yang sudah bekerja or to be specific, yang baru bekerja. Jangan lupa bayar zakat and jangan lupa sedia duit raya hihi. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, insyaAllah.

Dan yang sebenarnya, Ramadhan itu adalah masanya untuk kita memperbaiki amal ibadah kita. Dan Syawal itu adalah hari untuk merayakannya. Semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang sentiasa melihat cermin dan memperbaiki diri.

Di kesempatan ini, ingin saya memohon beribu kemaafan kepada semua yang mengenali especially kawan2 time universiti dulu. Kalau ada salah silap moga diampunkan dari hujung rambut ke hujung kaki.

To readers, thank you for reading! Dah lama tak luangkan masa berblogwalking bagai. Vahh! InsyaAllah kalau ada banyak masa nanti kita terjah.

Selamat berpuasa! :D

Wassalam.