Blog Hits

July 12, 2014

Have You Ever Try Bio-essence Miracle Bio Water?

Assalamualaikum :)

Salam sejahtera ke atas mu. 

Well, have you ever try this?


Sebelum bulan puasa haritu, aku dan kakak aku menceburkan diri ke dalam kolam renang. Pendek kata meluangkan masa untuk bersenam dengan melakukan aktiviti renang.

Oleh sebab kami jenis tak suka aktiviti berpeluh, makanya kami memilih aktiviti renang sebagai senaman harian. Almaklum, puteri lilin. Cair kena panas.  Kalau pun berenang kat kolam renang yang tiada berbumbung, tapi duduk dalam air memang tak panas. Tapi sunburn la.
Hmmm...

Boleh dikatakan, setiap hari pun merajinkan diri pergi berenang. Tak jauh pun. Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk ke kolam renang Presint 16.

Kisahnya, 
Of course kalau agak lama terdedah dengan cahaya matahari cantik yg bersinar gah, pastinya akan sunburn. Bukan sahaja hitam malah kemerahan pula. Lagi lagi kulit sensitif macam aku. Baru kena panas sikit dah merah macam udang bakar.

Waktu study dulu, cukup tak suka berjemur. Grrr. Ambik masa tau nak cerah balik (biarpun tak berapa nak cerah). Paling tak suka kalau muka merah. Almaklum, belajar pun Marine Biology. Dah kalau tak ke laut, apakah pekdahnya?
Nikmat apakah yang telah engkau dustakan?

Gitu.

Mau tak mau tetap kena berjemur. Lalu merah la muka daku. Samalah kes nya dengan aktiviti renang yang baru diceburi ni (waktu study dulu tak reti berenang biarpun bergelar student bio marine). 

Dengan itu, kakak memperkenalkan aku dengan produk tersebut. Bio-essence Miracle Bio Water. Katanya ramai yang beri review yang positif.

2 times cooling, soothing, softening, moisturizing and anti-irritating effects. Vahh!! Even baby yang ada diaper rashes can use this. From hair to toe. Hanya spray sahaja. Mudah sekali.

Mudah, berkesan dan puas hati! Itu yang kita mahu. Really i tell you, kalau muka dah merah spray sahaja dengan Air Bio Ajaib ini. Pasti anda akan merasa 'kesejukan' yang melegakan. Muka pun tak kemerahan selepas beberapa ketika. 

Jadi, aku tak perlu risau dengan kulit yang kemerahan. Sejak itu, aku memegang prinsip "takpe hitam, asalkan pandai berenang". Wahaha. Ini yang aku cari selama ini. Akhirnya berjumpa juga. 

Alhamdulillah.

Setelah memegang prinsip tersebut, maka tercapailah impian dan cita-cita untuk pandai berenang terapung. Tapi takdela pandai sangat. At least, boleh la terapung menyelamatkan nyawa sendiri sebelum bantuan tiba kalau jatuh dalam laut sekalipun. 

So, after raya we decided to continue our swimming activities. Next, bercita cita untuk membeli sepasang baju renang yang lebih sopan lepas ni. InsyaAllah.

******
I have a serious cracked heels. Sangat teruk ya. Then, I bought this. Let see how it works.


Have anyone try this?
Or any suggestion for better cracked heels cream?

******

Selamat bersahur :)

Wassalam.

No comments:

Followers