Blog Hits

July 17, 2014

Neutered, spayed & castrated cats

Assalamualaikum :)

Hello, semua!
 Beberapa hari lalu, aku telah dapat memahami sesuatu perkara.

"Apakah bezanya neutered, spayed dan castrated cats?", tanyaku kepada seorang Vet.

Yang aku tahu, semua itu bermaksud kucing yang telah dimandulkan, dikasi atau dikembiri.

Well,
Ada bezanya.
Simple sahaja.

Neutered cats:
Ia bermaksud kucing yang telah dimandulkan. Ia general. Female or male cats can use this term.

Spayed cats:
Ia bermaksud kucing betina yang telah dimandulkan. Spayed female cats.

Castrated cats:
Ia bermaksud kucing jantan yang telah dimandulkan. Castrated male cats.

*************

Apakah kebaikan pemandulan kucing?

Ramai yang berpendapat, pemandulan kucing adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya tidak. Ia banyak kebaikan. Aku hanya tahu sipi sipi (sikit sikit) sahaja. Namun, yang penting, pemandulan adalah salah satu cara untuk kita mengelakkan penyakit serius berjangkit pada kucing kesayangan intan payung batu permata kita.

Kos penjagaan kucing juga tidaklah akan melambung naik tatkala anda mendapati kucing telah dijangkiti penyakit serius seperti leukemia, diabetis, feline immunodeficiency disease dan sebagainya.

Tanyalah vets berdekatan anda untuk mendapatkan komsultasi berguna.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa peka terhadap kebajikan mereka.

"What? Kebajikan? Ia hanya seekor kucing.", kata si polan

Hello mister. Siapa suruh kau kutip/beli/adopt dan etc? Once you kutip, kebajikannya telah jatuh dibawah tanggungjawab mister.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pastikan anda membawa kucing kesayangan anda ke vets untuk mendapatkan vaksin dan kemudiannya pemandulan.

Kenapa?

Tanyalah vets berdekatan anda kerana mereka ahli ilmunya manakala saya pula bukan. Saya hanya ingin menyebarkan kebaikannya.

******

Mahukah anda melabur untuk saham akhirat?

Bersedekah bukan hanya untuk manusia sejagat. Ia juga boleh diberi pada makhluk Allah yang lainnya. Melaburlah untuk saham akhirat dengan membawa stray cats yang berada dikawasan anda ke vets untuk vaksinasi dan pemandulan.

Cer lihat gambar ini :)


Jadi, kalau ada ternampak stray cats yang telinganya seperti dalam gambar diatas jangan pula kita hairan. Hihihi.


WARNING!

Berniat kerana Allah. Jangan pula nanti bila sudah dapat bil garu kepala and refuse to pay.

:)

Wassalam.

No comments:

Followers