Blog Hits

July 6, 2014

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum :)

Dah lamanya tak jenguk blog ni. Lately, so busy working. Busy with my small business sampai tak sempat nak post barang customer. Nasib baik lah customer tu kawan sendiri wahaha :D kesian Azie, insyaAllah aku post next week before aku balik Kuching.

Oh and sekarang saya sengaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil kecilan. Jual hijabpin bentuk kucing. Comel! Sangat excited bila jumpa hijabpin ni lebih kurang 3 bulan yang lepas. Alhamdulillah, batch pertama sebanyak 60 pcs habis dijual. Sekarang batch kedua ada banyak lagi and ditambah dengan design lain.



Ini adalah salah satu design hijabpin bentuk kucing yang saya ada. Ada banyak lagi design. Kalau berminat boleh ke instashop saya untuk pilih design yang lain. Only RM6 per pieces. Beli 2 untuk hanya RM10 sahaja plus FREE GIFT! Excluding postage ya.

Sebab dia comel dan bentuk kucing la saya jual. Hehe. Cat lovers, bolehlah menggantungkan kekucing disisi kepala raya nanti. Comel sangat! :3




Contoh design yang lain seperti dua gambar di atas :)



Free gift nya ialah si brooch bunga yg macam Cik Ainan Tasneem pakai ni. Saja bagi gift kat Ainan Tasneem sebab saya suka dia ^^ minat daripada belum jadi retis lagi weeheehee. And brooch bunga ni pun ada banyak design.

Back to my entry title, Ramadhan 1435H. 

Harini dah 7 Ramadhan. Dah seminggu. Ada 3 minggu lagi. Puasa tahun ni syok! Dengan family. Kalau tahun lepas sepi berseorangan. Hihi. Alhamdulillah. Tahun ni beraya beramai ramai kat Kuching. Bolehlah merasa rendang tok buatan Puan Mama.

Bagi yang sudah bekerja or to be specific, yang baru bekerja. Jangan lupa bayar zakat and jangan lupa sedia duit raya hihi. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, insyaAllah.

Dan yang sebenarnya, Ramadhan itu adalah masanya untuk kita memperbaiki amal ibadah kita. Dan Syawal itu adalah hari untuk merayakannya. Semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang sentiasa melihat cermin dan memperbaiki diri.

Di kesempatan ini, ingin saya memohon beribu kemaafan kepada semua yang mengenali especially kawan2 time universiti dulu. Kalau ada salah silap moga diampunkan dari hujung rambut ke hujung kaki.

To readers, thank you for reading! Dah lama tak luangkan masa berblogwalking bagai. Vahh! InsyaAllah kalau ada banyak masa nanti kita terjah.

Selamat berpuasa! :D

Wassalam.

No comments:

Followers