Blog Hits

September 17, 2014

30 Days of Challenge (Day 8): 5 Lagu Cinta Kegemaran Jenn

Assalamualaikum :)

Wow I like this topic. Because I love music. ♥

So, the first would be...

More Than Words by Extreme

Selain daripada lagunya yang best, liriknya juga sangat bermakna. Kisahnya, lagu ini ditujukan daripada kekasih kepada kekasih.

Pengajaran pertama yang aku dapat dari lagu ini ialah 'actions speak louder than words'. Pendek cerita, cinta itu bukanlah hanya boleh ditunjukkan melalui kata kata, tetapi perbuatan. Jika benar cinta, buktikanlah. Gittew.

Pengajaran kedua, dont expect others would know and understand how we feel if we dont tell them how we feel. Bukan semua orang ada 6th sense yang boleh detect apakah yang mahu diberitahu melalui perbuatan dan body language yang ditunjukkan.

Pengajaran ketiga, ada ketika sesuatu itu perlu ditunjukkan dengan perbuatan bukan kata kata. Dan ada ketika, sesuatu itu perlu diungkapkan dengan kata kata bukan perbuatan.

Let Her Go by Passenger

Suka lagu ni. Maknanya sangat deeeeeep. Bagi aku, walaupun dia guna words 'her', tak semestinya lagu ni kisahnya tentang lelaki yg tak menghargai kekasihnya sahaja. Tetapi, kita boleh aplikasikan kepada apa apa saja yg dianugerahkan Allah pada kita.

Well, you only need the light when its burning low. Selalunya kita hanya akan hargai sesuatu bila dia dah takde lagi dengan kita. Bila dah takde, baru rasa kehilangan. Lalu, nikmat Tuhan yang manakah telah kita dustakan? Dalam tak sedar, kita telah let go something we really need in life.

Maybe one day u'll understand why, everything u touch surely dies. Apa apa sahaja kepunyaan kita di dunia ini adalah pinjaman. Takde benda yg kekal dalam dunia ni. Maka, bersedialah.

Cinta Hati by Shila Amzah

Lagu ni ceria, bahagia. Happy jer dengar. Tambah tambah lagi suara penyanyi dia sgt sedap.

Cindai by Siti Nurhaliza

Ini lagu putus cinta yang paling aku suka. Lagu cinta lah jugak kan. Hayati liriknya. Biarpun kecewa, tetap juga kesopanan menjadi tunggak utama. Gittew.

Back to December by Taylor Swift

This is one of my favourite singer after Siti Nurhaliza and Ainan Tasneem. Asal bulan Disember je aku belalak replay and replay this song. (Belalak=dengar berjuta kali)

Sampai disini sahaja kisah 5 lagu cinta kegemaran ku. Dengan ini, aku sudahkan dengan lafaz Wassalam.

Till we meet again in the next challenge!


Meet Chigebu (left) and Merang (right) ^_^ Love of my life ♥


No comments:

Followers