Blog Hits

September 26, 2014

Jenn's Story: Acne Breakout and Infused Water

Assalamualaikum :)

Some people are lucky. They dont have to worry about acne breakouts. They eat whatever they want but still they dont have to face this trouble. Mereka tak perlu bersusah payah nak jaga betul betul kecantikan kulit sebab dah memang sedia cantik kurniaan Illahi. You guys are so lucky :3

Some people like me are less fortunate. Not unlucky, but less fortunate. Sesungguhnya, ciptaan Allah itu cantik belaka. Yang buruk datang dari diri kita sendiri.

Banyak penyebabnya. Antaranya cara pemakanan, kurang aktif, tak jaga kebersihan, malas and etc. Terus terang aku ni jenis yang nak cantik tapi malas. Haha. Sebab tu masalah tak selesai.

*gelak tutup mulut with smiling eyes*

Selain itu, aku pulak jenis tak mudah percaya nak try produk yang boleh menjadikan kulit gebu lagi cantik dalam masa sesingkat cuma. Nonsense! Jadi, kalau boleh nak mengamalkan treatment yang se'natural' mungkin dan tak bersusah payah bagai nak rak.

Mesti semua dah tahu apa itu infused water. The way to help our body detoxifying all the toxic in the body. Selain sedap lagi menyedapkan tekak juga menyegarkan, ia juga mudah untuk dibuat dan disimpan.

Menurut Mia from Asian Beauty Secret (Youtube) dalam salah satu videonya, acne breakouts yang muncul di bahagian wajah tertentu menandakan ada masalah di bahagian organ tertentu. Ia boleh disebabkan oleh stress dan juga pemakanan. Juga disebabkan toxic daripada apa yang kita makan.

Wah. Cara pemakanan jugalah yang disebut setiap kali bercakap tentang kesihatan kan? Ajaran Islam juga menekankan cara pemakanan mengikut sunnah Nabi untuk kekal sihat supaya boleh beribadah dengan sempurna.

We are what we eat.

Maka, si Jenn mahu try resepi kehidupan ni. Bukan try, tapi mahu mula mengamalkan supaya masalah acne breakouts akan kurang menghinggapi dan menghantui Jenn lagi. InsyaAllah.


Resepi infused water by Jenn: 

Actually ilham dari kakak Jenn, Puan Nurul Honey.

Bahan bahan:
- Seuncang teh hijau
- Sebiji lemon
- Sesudu madu
- Filtered water sesedap rasa

Cara cara:
- Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
- Sambil tu bolehla menghiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
- Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
- Isikan filtered water sehingga separuh botol
- Remove uncang teh hijau dan ketepikan
- Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
- Isi filtered water sehingga penuh sebotol
- Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk
- Uncang teh hijau yang suam suam tadi bolehlah ditekap tekap kan ke wajah yang ada banyak acne tu. Double treatment in and out! Gah!

Siap dah infused water by Jenn inspired by Puan Nurul Honey kita. Esok pagi bolehlah minum sejurus bangun dari tido. Haa jangan lupa solat subuh dan berdoa agar dipermudahkan urusan merawat acne breakouts. Gitu. Kepada Allah jualah kita meletakkan sejuta harapan ♥

Kalau Jenn, dia jenis tak sabar. Di guna filtered water yang sejuk. Boleh terus minum. Wah ka ka!

Update blog di hening pagi yang damai. Biasalah tu. Walaupun penat, mata payah nak lelap. Takpe. Weekdays kite masuk kerja after zuhur.

Sampai disini sahaja kisah Jenn.

Till we meet again.
Selamat malam ♥

Sincerely,
Jenn.

Wassalam.


2 comments:

cik ery said...

awak awak.
letak stoberi sedap jugak taw. hee
sy selalu buat air sejuk lemon stoberi je. hee

Nurul Syafiqa said...

Yeke? Takut masam sgt. Tak masam ea?

Followers