23 October 2014

Jenn's Throwback: Tak Tersengajakan

Assalamualaikum :)

Pernah tak korang alami situasi ni,

Situasi 1:

Pada suatu hari, seorang rakan anda menegur pensil case seorang classmate anda yang lain.

"Waaa, comel dan besarnya pencil case kau!," kata Merang kepada Chigebu.

Lalu, kau pun turut memuji pencil case Chigebu dengan excited nya.

Tak lama selepas itu, kau ke supermarket mahu membeli barang keperluan dan juga berjimba. Jalan punya jalan, terjumpa seketul pencil case yang comel dan besar. Boleh muat A4 paper.

Lalu, kau pun masukkan dalam shopping cart dan ingin membelinya.

Pada keesokan harinya, kau pun mula menggunakan pencil case yg besar tu ke kelas. Kau masukkan segala nenek datuk stationery dalam pencil case.

Merang pun tegur kau.

"Eee besarnya pensil case kau haha! Nak lawan Chigebu punya ka?", kata Merang dengan penuh excited.

Lalu, engkau pun terpana dan speechless seketika. Cuba mengimbas kembali apakah niat dan asbab engkau yang sebenar nak beli pencil case ni.

Walhal, waktu kau beli tu kau betul betul tak teringat langsung yang Chigebu ada pencil case yang comel dan besar. Kau beli pun sebab kau suka.

That awkward moment...

Akhirnya, kau hanya senyum dan gelak sahaja. Lalu menafikan hal tersebut...

Dan esoknya, kau tak pakai dah pencil case tu lagi... hahaha

Situasi 2:

Kau ada ramai anak sedara. Anak sedara sangat aktif dan bijak bijak alhamdulillah.

Pada suatu hari, kau sedang berkumpul bersama rakan sebaya. Tetiba, keluar topik 'How's Your Semester Break?'.

Engkau pun ceritakan telatah anak sedara kau yang terlebih bijak contohnya seperti dengan hanya menonton educational cartoon such as Blues Clues, Dora the Explorer dan sewaktu dengannya mereka boleh belajar bahasa Inggeris dan bercakap sikit sikit dalam bahasa itu seawal umur 3 tahun.

Lalu, seseorang bersuara...

"Alah, zaman sekarang ada susu DHA bagai. Semua budak budak zaman sekarang bijak pandai", kata Capek sambil buat muka annoyed.

Respon Capek membuatkan kau terpana.

Terlintas di fikiran kau..

'Ermm.. aku ada tersalah cakap ke? Ke terpuji melebih lebih suku sakat keturunan aku dengan tidak sengaja?'

Walhal, kau nak berkongsi pengalaman kau jaga budak budak je bukannya nak berbangga kau ada anak sedara yang bijak pun.

Engkau terdiam. Terbisu. Terkelu.

That awkward moment....

Apabila kau tersalah cakap dan membuatkan orang tersalah anggap apa yang cuba kau sampaikan.

***********************************************************

Ada orang, dia tak boleh terima and tak boleh berkawan dengan orang yang pendiam. Bosan katanya.

Tapi bila ada kawan yang mulut celupar, dia jugak yang makan hati. Melalak tak puas hati.

Lalu, nikmat Tuhan yang manakah telah engkau dustakan lagi?

Peliks.com

***********************************************************

Wassalam.

21 October 2014

Jenn's Throwback: Convocation & Celebration

Assalamualaikum :)

Semalam, 20 Oktober, genaplah setahun dah peristiwa konvokesyen berlaku. Rasa macam cepat je masa berlalu.

Apa je yang telah aku capai dalam setahun ni?

Setahun yang lalu, aku mulakan kehidupan kerja aku dengan bekerja sebagai seorang penjaga booth bakeri kat dalam cafe salah satu kementerian di Putrajaya. Tempat orang bayar PTPTN tu. Mihihi. Aku kerja kat situ dari bulan 9 sampai 12. Terberjumpalah dengan seorang kenalan time U dulu. Dia pun kerja kat situ, tapi kerja office la.

Aku ingat lagi, bila kerjanya jaga booth roti. Semestinya aku kena datang awal kat tempat tu memandangkan pegawai pegawai kerajaan masuk kerja pukul 8. Kat tempat tu pulak ada nursery. Maka, setiap pagi aku hanya menonton je scenery kekelamkabutan cafe di pagi hari. Aku pun turut kelam kabut. Haha.

Masa kerja ni aku belajar macam mana nak melayan customer, mengenal customer, ingat apa yang customer suka. Senang je kerja ni.

Selepas 3 bulan, aku nak upgrade sikit. Jadi, aku pun carilah kerja dekat tempat lain. Alhamdulillah. Datang interview terus diterima kerja. Kerjanya dekat putrajaya jugak.

Kali ni kerja kat butik ibu dan bayi. Kat sini banyak sangat benda aku belajar. Yelah. Butik baby kot. I have zero knowledge about brestfeeding, cloth diaper and baby wearing. Zaman dulu benda benda ni tak berapa nak ditekankan sangat.

Yang baik dan yang buruk. Semua aku banyak belajar dari kerja kat tempat ni. Dari bulan 12 sampai awal bulan 6. Kat sini jugak aku belajar macam mana nak bezakan yang baik dan yang buruk.

Awal bulan 6, aku dah tukar kerja lain. Lebih dekat dengan rumah. Sampai la sekarang.

Alhamdulillah. Mana ada kerja yang senang dalam dunia ni. Kalau nak senang, mesti usaha lebih. Bak kata seseorang, kita kena selalu give and take. Kita nak kan sesuatu, so we need to give something.

Dalam hal ni, kita beri tenaga dan usaha, insyaAllah, Allah akan bagi kita ganjaran yang sepatutnya. Kan?

Tapi jangan sampai lupa akhirat. Sibuk dengan hal dunia dan kejar dunia sampai tak ambil kira soal keberkatan rezeki. Itu tak patut. Bersederhanalah.

Pesanan untuk diri sendiri. Juga orang lain.


No shirt. No shoes. No problem.

Terjun je laut kat belakang tu. 

Today, work start at 2. Now, I need to get ready! 

So long and goodbye.

Wassalam.

20 October 2014

Jenn's Dream: Travelling

Assalamualaikum :)

Benda yang paling teringin nak buat, travelling.

Teringin nak melawat tanah suci dengan orang tersayang.

Teringin nak tengok tempat orang, cantik tak macam kita tengok dalam gambar.

Teringin nak belajar budaya orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

Teringin nak merasa 4 musim, salji luruh bunga and panas.

Teringin travelling dengan kereta api, macam cerita Harry Potter.

Teringin nak menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan untuk manusia ni.

Nak kumpul duit. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan.

Wassalam.

11 October 2014

Jenn's Life Story: I am a Blood Type B

Assalamualaikum.

Haritu, si Jenn rasa sangat berkobar untuk mengetahui apakah blood group dia. Waktu di universiti dulu, memang ada aktiviti lab dimana masing masing extract setitis darah sendiri and buat blood typing.

Tapi, memandangkan tak faham dengan sebetulnya macam mana antigen antigen itu bertindak balas dan boleh tahu kita darah apa, aku jadi confuse dan kurang percaya dengan result yg diperolehi. Almaklumlah, kadar memori si Jenn tak sekuat orang lain. Boleh tangkap sesuatu pelajaran dan sematkannya di dalam hati dengan mudah. Pendek kata, Jenn ni lembab sikit bab bab pelajaran ni.

Maka, si Jenn ke klinik berdekatan rumahnya. Doctor tu peramah lagi baik hati. Jadi, suka pergi klinik tu.

The result is:


Sama macam result yang aku dapat masa lab kat universiti dulu. Klinik tu siap bagi kad lagi.

Jadi, apakah pentingnya mengetahui blood group sendiri?

  1. Bila ada sesuatu yang buruk berlaku pada kita di tengah jalan, ia akan memudahkan pihak hospital di mana mereka tak perlu nak buat blood typing yang mungkin ambil masa yang lama untuk menyelamatkan nyawa kita. Dah dapat kad ni, letakla dalam purse dan bawalah kemana mana.
  2. Kajian telah dibuat mengenai personaliti mengikut blood group. Maka, google dan kenali diri sendiri.
  3. Kita juga boleh mengetahui apakah diet yang elok diambil mengikut blood group. Maka, mozilla firefox dan ambil cakna
Gitu.



Hmm.. ya. Cepat bertukar mood seperti cuaca tu sangat betul. Ada yang betul, ada jugak yang tak.

Nak tahu? Memahami diri sendiri itu adalah lebih sukar berbanding memahami orang lain. Jadi, janganlah marah kalau orang lain tak faham diri kita. Hanya Allah yang Maha Memahami setiap hambaNya.

#pesananpenamparuntukdirisendiri #sedardiri

Oh ya. Aku dah habis baca novel fixi Bisik by Syaihan Syafiq. Hmm.. cerita psiko. Best jugak sebab latar cerita dia berlatarbelakangkan Bangi. Tempat aku tinggal sekarang. Jadi, imaginasi ketika membacanya agak seronok.

Tapi, aku rasa aku tak nak dah beli novel thriller lagi dah selain daripada yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid.

Haha. Maka, nak jadi Hunters, memburu novel Mitos dan Raudhah by RAM pulak lepas ni!

Till we meet again in next "Jenn's blabla: Blerghh"
Haha selamat malam!

Wassalam,
Jenn.

5 October 2014

Jenn's New Book: Bisik by Syaihan Syafiq

Assalamualaikum :)

Dua hari lepas adalah hari yg produktif bagi aku. Pagi pagi dah keluar pergi klinik nak buat medical check up and blood group confirmation. Then, aku rasa macam nak jalan jalan cuci mata. Masuk kerja lepas solat Jumaat, kerja sampai malam. Kerjanya hectic. Productive sangat haritu.

Maka, ke Bangi Gateway lah aku jenjalan cuci mata. Kat situ ada MPH. Tujuan nak carik buku Diagnosis kot kot ada walaupun tau yang buku tu terlajak laris. Tapi takde. Stok belum sampai. Nak mudah beli online je nanti. :3

Usha punya usha aku terjumpa satu buku menarik ni.


Aku nak tahu apa motif dia letak gambar kucing. Maka, aku beli buku ni. Ia kelihatan misteri sekali bagiku. Ehem.

Siapa pernah baca buku ni? 

Semoga diberi keberkatan waktu untuk membacanya.

Wassalam.
Jenn.