Blog Hits

October 11, 2014

Jenn's Life Story: I am a Blood Type B

Assalamualaikum.

Haritu, si Jenn rasa sangat berkobar untuk mengetahui apakah blood group dia. Waktu di universiti dulu, memang ada aktiviti lab dimana masing masing extract setitis darah sendiri and buat blood typing.

Tapi, memandangkan tak faham dengan sebetulnya macam mana antigen antigen itu bertindak balas dan boleh tahu kita darah apa, aku jadi confuse dan kurang percaya dengan result yg diperolehi. Almaklumlah, kadar memori si Jenn tak sekuat orang lain. Boleh tangkap sesuatu pelajaran dan sematkannya di dalam hati dengan mudah. Pendek kata, Jenn ni lembab sikit bab bab pelajaran ni.

Maka, si Jenn ke klinik berdekatan rumahnya. Doctor tu peramah lagi baik hati. Jadi, suka pergi klinik tu.

The result is:


Sama macam result yang aku dapat masa lab kat universiti dulu. Klinik tu siap bagi kad lagi.

Jadi, apakah pentingnya mengetahui blood group sendiri?

  1. Bila ada sesuatu yang buruk berlaku pada kita di tengah jalan, ia akan memudahkan pihak hospital di mana mereka tak perlu nak buat blood typing yang mungkin ambil masa yang lama untuk menyelamatkan nyawa kita. Dah dapat kad ni, letakla dalam purse dan bawalah kemana mana.
  2. Kajian telah dibuat mengenai personaliti mengikut blood group. Maka, google dan kenali diri sendiri.
  3. Kita juga boleh mengetahui apakah diet yang elok diambil mengikut blood group. Maka, mozilla firefox dan ambil cakna
Gitu.



Hmm.. ya. Cepat bertukar mood seperti cuaca tu sangat betul. Ada yang betul, ada jugak yang tak.

Nak tahu? Memahami diri sendiri itu adalah lebih sukar berbanding memahami orang lain. Jadi, janganlah marah kalau orang lain tak faham diri kita. Hanya Allah yang Maha Memahami setiap hambaNya.

#pesananpenamparuntukdirisendiri #sedardiri

Oh ya. Aku dah habis baca novel fixi Bisik by Syaihan Syafiq. Hmm.. cerita psiko. Best jugak sebab latar cerita dia berlatarbelakangkan Bangi. Tempat aku tinggal sekarang. Jadi, imaginasi ketika membacanya agak seronok.

Tapi, aku rasa aku tak nak dah beli novel thriller lagi dah selain daripada yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid.

Haha. Maka, nak jadi Hunters, memburu novel Mitos dan Raudhah by RAM pulak lepas ni!

Till we meet again in next "Jenn's blabla: Blerghh"
Haha selamat malam!

Wassalam,
Jenn.

No comments:

Followers