Blog Hits

October 21, 2014

Jenn's Throwback: Convocation & Celebration

Assalamualaikum :)

Semalam, 20 Oktober, genaplah setahun dah peristiwa konvokesyen berlaku. Rasa macam cepat je masa berlalu.

Apa je yang telah aku capai dalam setahun ni?

Setahun yang lalu, aku mulakan kehidupan kerja aku dengan bekerja sebagai seorang penjaga booth bakeri kat dalam cafe salah satu kementerian di Putrajaya. Tempat orang bayar PTPTN tu. Mihihi. Aku kerja kat situ dari bulan 9 sampai 12. Terberjumpalah dengan seorang kenalan time U dulu. Dia pun kerja kat situ, tapi kerja office la.

Aku ingat lagi, bila kerjanya jaga booth roti. Semestinya aku kena datang awal kat tempat tu memandangkan pegawai pegawai kerajaan masuk kerja pukul 8. Kat tempat tu pulak ada nursery. Maka, setiap pagi aku hanya menonton je scenery kekelamkabutan cafe di pagi hari. Aku pun turut kelam kabut. Haha.

Masa kerja ni aku belajar macam mana nak melayan customer, mengenal customer, ingat apa yang customer suka. Senang je kerja ni.

Selepas 3 bulan, aku nak upgrade sikit. Jadi, aku pun carilah kerja dekat tempat lain. Alhamdulillah. Datang interview terus diterima kerja. Kerjanya dekat putrajaya jugak.

Kali ni kerja kat butik ibu dan bayi. Kat sini banyak sangat benda aku belajar. Yelah. Butik baby kot. I have zero knowledge about brestfeeding, cloth diaper and baby wearing. Zaman dulu benda benda ni tak berapa nak ditekankan sangat.

Yang baik dan yang buruk. Semua aku banyak belajar dari kerja kat tempat ni. Dari bulan 12 sampai awal bulan 6. Kat sini jugak aku belajar macam mana nak bezakan yang baik dan yang buruk.

Awal bulan 6, aku dah tukar kerja lain. Lebih dekat dengan rumah. Sampai la sekarang.

Alhamdulillah. Mana ada kerja yang senang dalam dunia ni. Kalau nak senang, mesti usaha lebih. Bak kata seseorang, kita kena selalu give and take. Kita nak kan sesuatu, so we need to give something.

Dalam hal ni, kita beri tenaga dan usaha, insyaAllah, Allah akan bagi kita ganjaran yang sepatutnya. Kan?

Tapi jangan sampai lupa akhirat. Sibuk dengan hal dunia dan kejar dunia sampai tak ambil kira soal keberkatan rezeki. Itu tak patut. Bersederhanalah.

Pesanan untuk diri sendiri. Juga orang lain.


No shirt. No shoes. No problem.

Terjun je laut kat belakang tu. 

Today, work start at 2. Now, I need to get ready! 

So long and goodbye.

Wassalam.

No comments:

Followers