Blog Hits

January 6, 2015

Jenis Warna Kucing

Assalamualaikum :)

Hai !

Semenjak aku bekerja di klinik haiwan, aku semakin mengenali jenis warna kucing. Yelah, sebelum ini yang aku tau warna kucing tu oren, yang ni hitam, yang sana tu kain buruk. Wahaha. Jahat panggil kucing tu warna kain buruk! Padahal nama dia, para Vet panggil Tortoise Shell.

Kebanyakan owner kucing tak tahu pun warna kucing dia apa waktu mereka mengisi borang details kucingnya. Malah, aku sendiri pun tak tahu warna Chigebu tu warna apa sebenarnya. Nak kata White tak jugak, nak kata Cream tak jugak.

"Alamak dik, akak tak tahu la warna dia apa"

"Ermmm.. warna apa ek?"

Dah aku pulak yang dia tanya balik, getus hati kecil ku, sambil bibir ku tersenyum.

"Errr.. dia warna ni..", seraya mengangkat cage si kucing dengan gagah supaya sama aras dengan kaunter agar aku dapat melihat warnanya.

Kalau jenis warna hitam berdengung, oren, putih tu memang la senang kan. Kalau selain daripada tu semestinya payah sikit.

Oleh itu, ingin sekali daku berkongsi ilmu mengenali jenis warna kucing. Tapi, aku hanya akan kongsi yang betul betul aku tahu lah. Kalau ada tambahan, dengan berbesar hatinya hamba mengedit post ini nanti.

Ok. Kita mulakan dengan kucing kucing popular seluruh dunia.

Pertama sekali...


Siapa tak kenal Garfield, angkat tangan!

Si comel sepanjang zaman ini jenis warnanya 'GINGER TABBY'.

"Ooooo.. kalau oren warna dia Ginger ya?", tanya regular client itu dengan excited.

"Tabby tu apa pulak?"

Tabby tu belang belang. Tengok Garfield, ada belang belang kan? Jika kita lihat populasi kucing di Malaysia, banyak yang belang belang macam ni. Black Tabby, Brown Tabby and Grey Tabby antaranya.

Seterusnya...


Maru the Cat
Jenis warna: TABBY/WHITE

Seterusnya,

Warna kain buruk tadi...


Inilah warna kain buruk yang diperkatakan, atau dikenali sebagai TORTOISE SHELL oleh para Vet.

Eh, kain buruk pun comel tau. Pernah ada kucing warna ni nama dia Xiomara, sempena nama watak dalam cerita Telenovela. Gara-gara Bapak la, minat sangat cerita Mexican yang tiada kesudahan tu.

Did you all know, Venus the Two Faced Cat termasuk dalam kategori warna Tortoise Shell.


Boyfriend saya panggil kucing macam ni, Joker. Dalam cerita Batman tu.


This one is TRICOLOUR, or well-known as CALICO.

Fakta tentang Calico Cat (kucing tiga warna):

"Calico cat and Tortoise Shell, jantinanya hanya Betina or Female"

Ia mempunyai perkaitan dengan genetic traits. Macam manusia, hanya lelaki yang berpotensi besar mendapat rabun warna. 



And this is my Chigebu. Warnanya ialah WHITE/CHOCOLATE.


This is Merang, my big sister's sweetheart.
Jenis warna: CREAM/CHOCOLATE


Grumpy Cat pun warna WHITE/CHOCOLATE.

******************************************************************************

Ini sahajalah buat masa ni. InsyaAllah, nanti kalau ada tambahan. Aku akan edit post ni.

Till then,

Wassalam.

3 comments:

Najib Ariyan said...

Saya sekarang bela kucing kampung dua ekor kaler jingga (oren) ada kat blog saya sana...

salam kenal

Afiqah Azmee said...

comelnyaa mioww. kucing saya warna silver white ekekke. ada jugak nama nama spesifik kann.

Nurul Syafiqa Jenn said...

Afiqah Azmee, ya.

Ada beberapa nama lain jugak untuk jenis warna kucing. :D

Saya share yang saya tahu saja. Jangan segan untuk share ilmu diruangan komen ini juga.

Followers