12 March 2015

Drama.

Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, aku perhatikan sahaja dua staff baru tempat aku bekerja berbual sesama sendiri.

Syukur tak terhingga aku panjatkan pada Tuhan kerana menghadirkan mereka berdua sebagai rakan sekerja ku. Setidak tidaknya ceria juga hidupku dengan telatah mereka ini.

Leka aku memerhatikan mereka berborak kencang hingga membuatkan aku tertawa sendiri.

"Awak tau tak cerita Asam Pedas Untuk Dia... bla bla bla.... sweet sangat diorang dalam novel!"

"Saya tak baca novel sangat. Tapi, drama yang betul betul saya follow Arianna Rose. Yang tu memang sweet iler iler la!", sambung yang seorang lagi.

Aku diam sahaja. Almaklumlah, jarang tengok tv. Tak mengambil tahu sangat perkembangan dunia.

Speaking about asam pedas, teringat satu masa dahulu, semasa masih dalam fasa mengorat, kekasih hati pernah masakkan asam pedas untuk aku.

Aku namakan cerita cinta antara aku dan kekasih hati aku....

" Asam Pedas Ikan Kembung Untuk Tackle Perut Dia Kemudian Hati, Yours Truly <3 "

Sweet tak sweet? Kahkah.

Kau rasa cerita cinta aku boleh hot tak suatu hari nanti? Meh aku cuba tulis novel nanti.

Sekuel novelnya bertajuk...

" Puding Cinta Vanilla Untuk Mu, Sincerely Yours <3 "

Gitu

Ahai idea dah bernas. Apalagi, untuk buat hidup lebih bermakna, ada baiknya aku tulis novel. Lepas tu cuba nasib hantar draft ke Buku Fixi tapi pastinya kena reject punya sebab Buku Fixi nak tajuk satu perkataan je.

Kalau begitu apa kata pendekkan jadi "Asam", sekuelnya "Vanilla".

Ok what?

Dah.

Jangan nak mengarut sangat ya.


Supper.

Kakak buat puding buah. Ada bubuh swiss role juga.

Doktor Filzah pesan, orang yang ada gastrik tak boleh berlapar. Makan dengan kerap but in small quantity.

Baik, Doktor.

Motif ambik tudung kakak sebagai penyeri gambar?

.

11 March 2015

Hati Kering.

Setelah aku kunyah habis 2 keping cheese Anchor begitu sahaja sebagai supper malam ini, terus aku switch on laptop. Sebelum ke laman blog, aku pasang dulu radio era online.

Entah lagu apa yang dimainkan. Aku biarkan sahaja dengan harapan ada lagu yang aku suka diputarkan. Nak buka Youtube, malas. Takde idea nak dengar lagu apa.

Hari ini, ramai juga yang berkunjung ke klinik. Ada yang bawa kucing kesayangannya untuk suntikan vaksinasi tahunan, ada yang selsema, ada pula yang hilang suara.

Kucing pun boleh hilang suara. Sedikit senyuman tersungging di bibirku.

Waktu operasi klinik pada weekdays adalah daripada jam 2 petang hingga 10 malam. Selalunya malam barulah ramai yang berkunjung ke klinik.

Kalau ramai itu biasa, Almaklumlah, ramai yang bela kucing di Bangi ni. Adakala, jam 11.30 malam barulah client terakhir selesai dikonsultasi oleh vet, preskripsi ubat dan bayar bil.

Pada yang sudah sedia tahu, pasti akan membuat appointment terlebih dahulu sebelum datang. Dengan harapan, tak perlu tunggu lama.

Namun, harapan menjadi layu.

Normal. Jika ke klinik atau hospital, sudah pasti akan tunggu lama. Meskipun appointment telah dibuat.

"Bila turn akak masuk?", tanya wanita itu yang cuba mengawal amarahnya apabila client yang datang kemudian dipanggil masuk dahulu.

"Selepas ni turn Cikpuan. Client tadi dah buat appointment juga",

Belum sempat aku cerita lebih lanjut...

"Baik takyah buat appointment macam ni...", omelnya sambil berlalu pergi.

Aku yang sudah biasa dengan karenah pelbagai manusia, aku biarkan sahaja sambil berlapang dada. Kihkih. Lapang nya hai.

Menjaga kaunter adalah kerja yang mencabar. Kadang kadang aku boleh handle. Kadang kadang baran juga aku dibuatnya.

Tapi hari ni, hati aku kering.

Aku buat muka kering je semasa client itu membuat pembayaran.

Balik dari kerja tadi, aku membuat keputusan untuk memancing.


Pancing blackhead.

Akhirnya, ada lagu yang aku suka diputarkan di radio.

Dalam Hati - Twinnies

Aku gembira



.

Mutiara Kelima.

Pagi tadi, kekasih hati tag aku pada satu post di instagram.

Aku pun baca post yang panjang itu. 

Ia mengenai dialog di antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril. 

Nabi bersabda "Wahai Jibril, adakah engkau akan turun ke bumi lagi setelah aku tiada?"

Jibril menjawab "Ya. Aku akan turun untuk mengambil 10 mutiara".

Pada post itu, aku tertarik dengan mutiara kelima. 

"Mutiara kelima yang akan diambil daripada bumi ini ialah rasa malu daripada perempuan. Rasa malu itu kini telah berubah menjadi rasa bangga"


Sobs.

Diakhir zaman ini, marilah berhati hati dengan fitnah dunia.

:'(


8 March 2015

Balik Kampung.

Malam ni, aku dan famili kakak akan pulang ke Rawang. Balik rumah Mama.

Pelik kan?

Hari Ahad baru balik. Orang lain balik kampung hari Jumaat.

Off day kami, every Monday. No cramp no jam. That's all we need.

Pagi tadi, aku bangun lewat. Gara gara nak menjadikan hidup lebih bermakna dengan update blog tiap hari, aku tidur lewat.

Hehehe.

Jangan ulangi ya, Jenn.

I found something interesting today.

It is about SNAIL.

Aku pelik kenapa SNAIL pun boleh jadi bahan skin care. Aku dah terbayang siput babi.

Dekat instagram melobo lobo (melambak) product skin care yang ada tertera tulis SNAIL besar besar. Aku jadi pelik dan eww seketika tatkala pertama kali bersua.

Tapi hari ini aku pun beli jugak....


Nampak tak dia tulis SNAIL besar besar?

Katanya dapat memudarkan parut jerawat ketika mencuci.

I just give it a try. Memandangkan facial wash yang sebelum ni ada SLS, atau nama panjangnya Sodium Lauryth Sulphate. Aku berkira kira untuk tukar facial wash meskipun aku suka facial wash tu.

Pergi ke Guardian lantas mencari SNAIL. Haha takdela. Aku baca dulu baru beli.

Rupanya SNAIL ni ada kuasa untuk repair skin. Wow. Kuasa.

Tengahari tadi, kakak tegur..

"Uuu dah kurang sikit jerawat kamu",

Aku pun rasa perubahan yang sama malah kulit makin cerah. Eceh kau dah kenapa?

Ni semua kerana Allah telah memperjodohkan aku dengan supplement yang diformulasi oleh Medical Doctor sendiri. Siap ada research lagi product mereka ni.

Peh.

Tu pun kakak aku yang recommend, barulah I percaya dan tiada ragu. Barulah boleh mencuba.

Dah 2 kotak aku consume AMARAWHITE. 1 kotak ada 10 sachet. Pepagi minum before breakfast. Sedap sangat macam juice.

Pergilah ke ESKAYVIE dan usha website mereka.

Alhamdulillah

.

Ubah.

Duduk bersila di depan meja Jepun pemberian kekasih hati. Menghadap laptop dan merenung skrin.

Petang tadi, aku sempat memikirkan rencana 'anjakan paradigma' ku. Selama ni, aku perhati je. Apa kata harini aku mulakan perubahan.

Rencana rencana tu aku tulis dalam buku kecik comel warna purple yang aku beli kat Mr DIY. Dah lama tak pergi situ and selalunya accidentally membeli barang comel yang tak patut.

Aku berikan tajuk 'Pelan Perubahan Rutin Seharian'.

Peh. Cukup gempak tak bunyi?

Aku seorang yang sukakan perubahan dan sesuatu yang baru. Aku juga seorang yang jenis cepat demotivated apabila teringat penyesalan masa lalu.

Bila demotivated, habislah pelan aku. I will overthink and overthink and frust sendiri.

Aku pun hairan, kenapa aku macam tu. Huhu. Ambil masa nak move on dan kembali ceria.




Allah swt bersabda, maksudnya...

"Jika sesuatu kaum itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya, maka Dia tidak akan mengubah nasib kaum itu"

Bila kita tak mahu keluar daripada 'kurungan' yang membelenggu, maka selamanya kita fikir kita berada dalam comfort zone.

Hmm.. takde istilah comfort zone di dunia kecuali syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai.

Jadi, selain daripada bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi pakai baju minum susu pergi sekolah, tentunya ada rutin seharian yang boleh aku improve untuk memajukan diri ni.

Pelannya begini...

Untuk instagram @honeycatsboutique , 

Apa kata aku kongsikan gambar gambar menarik yang boleh aku dapat daripada pakcik google. Manusia sukakan benda yang comel, dan berinformasi. At least once a day.

Buat la photoshoot kecil kecilan yang menarik sikit bila nak jual barang. Contohnya begini... 


Cukup comel tak hasil sentuhan jemari ku ini?

Eh tapi kan boleh buat lagi menarik. Letak props comel comel sikit, edit kasi vintage sikit. Pasti kebabom.

Takpe. Boleh try lagi.

Untuk instagram preloved books @syafiqajenn ,

Perlu buat photoshoot yang comel dan gempak lagi lepas ni. Aku perati je selama ni, online boutique yang berjaya seperti radiusite, bella amara, zawara, hanabella and etc tu gambar diorang semua cantik and artistik.

Bagitahu macam mana ladies ladies diluar sana tidak tertarik untuk membeli. Nampak tak permainan psikologi dia?



Contoh gambar yang aku crop dari instagram @bukufixi. Artistik sekali dengan props menarik.

For luvme0w.blogspot ,

Aku decide nak share my daily lessons of life. Any random thing that change or have changed or will change. Hihi.

So, life must go on. Penyesalan masa lalu adalah musuh utama. Masa hadapan masih lagi boleh ditentukan sekarang.

To overcome my over thinking habit, I wanna capture every moment or something I find cute and interesting instead of being so gloomy. Edit kasi cantik juga itu gmbar. Lantas, share kan ia. Kalau ada ayat ayat comel, boleh la letak sekali.

Make my life busy. Read my books. ;)

And also decorate my wall of fame. Kahkah. Kosong je dari awal tahun haritu. Ko ni nak live your to the fullest ke tak ni, Jenn?


Wall of Fame aku dah macam skrin tv apabila telah tiada lagi siaran kan? Tapi takpe, ceria.

Oh, please noticed my birthday cards given by my nephews and niece. How sweet my fruit childs are? :*

Aku bercadang nak put some picture of hope kat wall of fame aku.

Ah takyah nak bercadang sangat. Kena mulakan sekarang!


.

7 March 2015

Perhati

Aku perhati je dari jauh.

Bukan perhati apa. Perhati macam mana orang berjaya ni berjaya. Berjaya bukan takat berangan sesaja. Tapi, berjaya untuk akhirat juga.

Adakala...

Bukan.

Selalunya, terbentuk awan awan berangan di atas kepala ku.

"Oh, indahnya jika aku berjaya seperti mereka".

Masa tu, tercetus semangat baru dalam diri. Kalau nak berjaya macam mereka, mesti buat apa yang mereka buat.

Orang berjaya ni, dia buat apa yang orang lain tak buat. Fokus. Tak peduli orang kata.


Selalunya...

Api semangat tu menyala sekejap je. Lepas tu, hidup aku back to normal pace.

Oh how I hate that so much!

Tapi aku tak mampu dorong diri aku terus ke depan dengan lajunya.

Kenapa ya?

Kadang kadang aku rasa exhausted sangat.

Tapi, aku paling tak suka kalau hidup tu sama je hari hari.

Hari hari pergi kerja balik kerja. Sama je.

Oh bukanlah aku mengatakan aku tak sukakan kerja aku.

Tidak!

Suka sangat.

Cuma, aku tak suka buat benda yang sama setiap hari. At least, sedikit penambahan dalam ilmu dan jati diri lantas aku amalkannya setiap hari.

Gitu.

Ilmu ni, kena cari. Bukan takat belajar sampai ada segala mak nenek title di depan nama mu, terus kau kata kau insan berilmu.

Aku selalu terfikir, who is me 5 years from now?

Aku rasa aku banyak main lah selama ni.

Kenapa banyak main? Sebab aku rasa hidup ni lama lagi.

Hidup ni tak lama.

At least, aku dah pun buat sesuatu yang bermanfaat sebelum aku mati.