Blog Hits

March 12, 2015

Drama.

Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, aku perhatikan sahaja dua staff baru tempat aku bekerja berbual sesama sendiri.

Syukur tak terhingga aku panjatkan pada Tuhan kerana menghadirkan mereka berdua sebagai rakan sekerja ku. Setidak tidaknya ceria juga hidupku dengan telatah mereka ini.

Leka aku memerhatikan mereka berborak kencang hingga membuatkan aku tertawa sendiri.

"Awak tau tak cerita Asam Pedas Untuk Dia... bla bla bla.... sweet sangat diorang dalam novel!"

"Saya tak baca novel sangat. Tapi, drama yang betul betul saya follow Arianna Rose. Yang tu memang sweet iler iler la!", sambung yang seorang lagi.

Aku diam sahaja. Almaklumlah, jarang tengok tv. Tak mengambil tahu sangat perkembangan dunia.

Speaking about asam pedas, teringat satu masa dahulu, semasa masih dalam fasa mengorat, kekasih hati pernah masakkan asam pedas untuk aku.

Aku namakan cerita cinta antara aku dan kekasih hati aku....

" Asam Pedas Ikan Kembung Untuk Tackle Perut Dia Kemudian Hati, Yours Truly <3 "

Sweet tak sweet? Kahkah.

Kau rasa cerita cinta aku boleh hot tak suatu hari nanti? Meh aku cuba tulis novel nanti.

Sekuel novelnya bertajuk...

" Puding Cinta Vanilla Untuk Mu, Sincerely Yours <3 "

Gitu

Ahai idea dah bernas. Apalagi, untuk buat hidup lebih bermakna, ada baiknya aku tulis novel. Lepas tu cuba nasib hantar draft ke Buku Fixi tapi pastinya kena reject punya sebab Buku Fixi nak tajuk satu perkataan je.

Kalau begitu apa kata pendekkan jadi "Asam", sekuelnya "Vanilla".

Ok what?

Dah.

Jangan nak mengarut sangat ya.


Supper.

Kakak buat puding buah. Ada bubuh swiss role juga.

Doktor Filzah pesan, orang yang ada gastrik tak boleh berlapar. Makan dengan kerap but in small quantity.

Baik, Doktor.

Motif ambik tudung kakak sebagai penyeri gambar?

.

No comments:

Followers