Blog Hits

March 11, 2015

Hati Kering.

Setelah aku kunyah habis 2 keping cheese Anchor begitu sahaja sebagai supper malam ini, terus aku switch on laptop. Sebelum ke laman blog, aku pasang dulu radio era online.

Entah lagu apa yang dimainkan. Aku biarkan sahaja dengan harapan ada lagu yang aku suka diputarkan. Nak buka Youtube, malas. Takde idea nak dengar lagu apa.

Hari ini, ramai juga yang berkunjung ke klinik. Ada yang bawa kucing kesayangannya untuk suntikan vaksinasi tahunan, ada yang selsema, ada pula yang hilang suara.

Kucing pun boleh hilang suara. Sedikit senyuman tersungging di bibirku.

Waktu operasi klinik pada weekdays adalah daripada jam 2 petang hingga 10 malam. Selalunya malam barulah ramai yang berkunjung ke klinik.

Kalau ramai itu biasa, Almaklumlah, ramai yang bela kucing di Bangi ni. Adakala, jam 11.30 malam barulah client terakhir selesai dikonsultasi oleh vet, preskripsi ubat dan bayar bil.

Pada yang sudah sedia tahu, pasti akan membuat appointment terlebih dahulu sebelum datang. Dengan harapan, tak perlu tunggu lama.

Namun, harapan menjadi layu.

Normal. Jika ke klinik atau hospital, sudah pasti akan tunggu lama. Meskipun appointment telah dibuat.

"Bila turn akak masuk?", tanya wanita itu yang cuba mengawal amarahnya apabila client yang datang kemudian dipanggil masuk dahulu.

"Selepas ni turn Cikpuan. Client tadi dah buat appointment juga",

Belum sempat aku cerita lebih lanjut...

"Baik takyah buat appointment macam ni...", omelnya sambil berlalu pergi.

Aku yang sudah biasa dengan karenah pelbagai manusia, aku biarkan sahaja sambil berlapang dada. Kihkih. Lapang nya hai.

Menjaga kaunter adalah kerja yang mencabar. Kadang kadang aku boleh handle. Kadang kadang baran juga aku dibuatnya.

Tapi hari ni, hati aku kering.

Aku buat muka kering je semasa client itu membuat pembayaran.

Balik dari kerja tadi, aku membuat keputusan untuk memancing.


Pancing blackhead.

Akhirnya, ada lagu yang aku suka diputarkan di radio.

Dalam Hati - Twinnies

Aku gembira



.

2 comments:

cik ery said...

hai cik akk hati kering!rndu nye nk berbelogg

Nurul Syafiqa Jenn said...

Haha jomla cikery!

Suburkan kembali hobi berblogging :D

Followers