Blog Hits

March 7, 2015

Perhati

Aku perhati je dari jauh.

Bukan perhati apa. Perhati macam mana orang berjaya ni berjaya. Berjaya bukan takat berangan sesaja. Tapi, berjaya untuk akhirat juga.

Adakala...

Bukan.

Selalunya, terbentuk awan awan berangan di atas kepala ku.

"Oh, indahnya jika aku berjaya seperti mereka".

Masa tu, tercetus semangat baru dalam diri. Kalau nak berjaya macam mereka, mesti buat apa yang mereka buat.

Orang berjaya ni, dia buat apa yang orang lain tak buat. Fokus. Tak peduli orang kata.


Selalunya...

Api semangat tu menyala sekejap je. Lepas tu, hidup aku back to normal pace.

Oh how I hate that so much!

Tapi aku tak mampu dorong diri aku terus ke depan dengan lajunya.

Kenapa ya?

Kadang kadang aku rasa exhausted sangat.

Tapi, aku paling tak suka kalau hidup tu sama je hari hari.

Hari hari pergi kerja balik kerja. Sama je.

Oh bukanlah aku mengatakan aku tak sukakan kerja aku.

Tidak!

Suka sangat.

Cuma, aku tak suka buat benda yang sama setiap hari. At least, sedikit penambahan dalam ilmu dan jati diri lantas aku amalkannya setiap hari.

Gitu.

Ilmu ni, kena cari. Bukan takat belajar sampai ada segala mak nenek title di depan nama mu, terus kau kata kau insan berilmu.

Aku selalu terfikir, who is me 5 years from now?

Aku rasa aku banyak main lah selama ni.

Kenapa banyak main? Sebab aku rasa hidup ni lama lagi.

Hidup ni tak lama.

At least, aku dah pun buat sesuatu yang bermanfaat sebelum aku mati.


No comments:

Followers