Blog Hits

April 30, 2015

Kudat Trip: Kampung Bavang Jamal Part I

Assalamualaikum :)

Pada pertengahan bulan April 2015, aku pergi bercuti ke Sabah. It is my first time ever to put my feet on the land below the wind!

Sabah Negeri di Bawah Bayu
(The land below the wind)

I am so nervous sebab first time bercuti bukan dengan family. And it is my first time to buy a backpack :D

Aku bersama 2 orang rakan. Yang seorang memang bekerja di Kudat, Encik Rasyid, my classmate. Dan seorang lagi ialah my housemate, roommate, classmate during Universiti dulu iaitu Izzati Zahari (akusayangkoreng.blogspot). Kami pergi selama 4 hari 3 malam. I will share to all of you part by part.

So, me and my friends were from KLIA2, flying to Kota Kinabalu by Air Asia. Okay. Perihal tambang, kita mesti beli awal tau. Kami beli 2 months before. InsyaAllah dapatla harga berbaloi.

Sampai sahaja di KLIA2, kami naik bas ke Teksi Station. Tambang RM 5/person. Tempat di mana semua pakcik teksi berkumpul menunggu mereka mereka yang nak ke Kudat, Ranau, Tawau, Semporna dan etc.

Satu hari hanya ada satu trip sahaja. Trip to Kudat by pakcik teksi untuk satu hari adalah RM 210. Jika penumpang ada 7 orang bolehlah bahagi. Jadi, kami dapat RM 30/person sahaja masa tu.

Menanti dengan sabar tunggu teksi gerak untuk cukupkan 7 orang
Perjalanan mengambil masa 3 jam. Tapi, oleh sebab pakcik teksi kami bawak macam Vin Diesel, maka kami sampai setengah jam lebih awal. Hihi.

Sampai sahaja di Kudat, Rasyid telah menyewa kereta Viva untuk memudahkan lagi perjalanan kami. RM 150/day.


Berangkatlah kami ke Kampung Bavang Jamal. Our first place to stay that night. Longhouse Stay. Tempat ni dimiliki oleh Tuan Rolland. He is also the Vice President of Kudat Turtle Conversation Centre, tempat Rasyid bekerja.

Satu bilik untuk 2 orang. Tanpa kipas. Jangan risau! Memang dah sejuk :'D

Toilet terletak di luar.

RM 75/night. With meals! :D

The best part is meal disediakan oleh Rolland's wife. Yang best nya lagi, kami dihidangkan dengan beras yang ditanam sendiri, sayur tanam sendiri, ikan tangkap sendiri. And masakannya memang sangat sedap!

Tempatnya sangat tenang. Sejuk. Dekat dengan pantai!

Jadi, petang itu kami berjalan jalan kat pantai sebentar.



Jalan nak ke pantai tu ada sungai kecil. Sejuk sangat air dia.
Sampai je ke tempat ni, terus hati dan minda tu rasa tenang je.

Aman. Bahagia. Ceria. Damai.
(nama rumah sukan time sekolah dulu)

Ok. This is Part I ya.

Later, if I got time, I will update the Part II.

Till then.
Wassalam.

No comments:

Followers