Blog Hits

April 10, 2015

Thymes Cafe: Sarawak Cuisine

Assalamualaikum :)

Sudah lama juga aku tak pulang ke kampung halaman ku di Kuching. Last balik time raya tahun lepas. 

Aku paling suka kalau raya kat sana. Meriah sangat. Open house dari first raya sampailah hari ketujuh. Memang makan tak berhenti. Syukur Malaysia masih aman.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan keamanan ini untuk kita. Amin.

Oleh sebab dah lama tak balik, aku jadi rindu dengan makanan yang kat sana je boleh dapat :')

All this while, I am craving for mee kolok, laksa sarawak, mi jawa, umai and celorot until I got to know that Hafiz AF dah buka restoran yang menyediakan Sarawak Cuisine omg!

Syukur Hafiz AF seorang yang memahami keperluan rakyat marhaen Sarawak yang berhijrah ke Malaya. Pasti rindu makanan yang hanya boleh dapat kat sana. Sobs :')

Restoran Thymes Cafe terletaknya di Sri Kembangan, Selangor. Traffic selalu sesak disana. Jadi, rancang perjalanan anda. Gunakan Haji Waze untuk memudahkan lagi perjalanan anda.

InsyaAllah, dengan pertolongan Allah melalui teknologi terkini, pasti dapat jumpa Thymes Cafe ini :)


Lokasi:

No 16-G Blok C
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor



Aku sukakan minuman yang light and sejuk. Jadi aku pilih sesuatu yang berbunga. 

A Chrysanthemum Tea.


What is so special about Laksa Sarawak?

Antara laksa yang wujud, Laksa Sarawak paling tempting. Laksa Sarawak guna bihun. Kuahnya bersantan, dimasak dengan perencah istimewa, garnished with prawn, telur dadar dan juga isi ayam yang dicarik carik. Tidak lupa daun ketumbar ditabur ke atasnya.

Sebelum mula makan, perah dulu limau and then the shrimp paste. Gaul rata.

*muncul love di kedua dua belah mataku*

Kebabom!

Dah tak boleh nak berhenti menyuap :3

Tiada setitik kuah pun yang kelihatan dalam mangkuk selepas 10 minit.

Oh, and portion nya banyak juga. Aku kongsi dengan si anak buah, Cik Raudhah semangkuk ni. Lepas tu bloated. Makan kongsi pun boleh bloated dek kerana portion nya seperti tak bagi kita makan dengan sederhana. Kahkah,

Laksa Sarawak kat Thymes Cafe ni memang sedap. Rasa macam balik Kuching je tatkala menyuap Laksa Sarawak itu ke dalam mulut. Kuah dia memang umphh. Rakyat marhaen Sarawak yang pergi situ pasti tak akan menyesal dan kecewa kalau makan Laksa Sarawak kat situ.


A plate of Banana Cheese for dessert.

Rangup di luar, lunak di dalam. Itu yang kita mahu. 

Next time, kalau tahap craving kat mee kolok tak boleh diatasi, pastinya nak seret seseorang teman aku pergi makan kat sini. Aku tak familiar dengan jalan Seri Kembangan, at least boleh sesat bersama.

Hahah.

Tahniah Hafiz AF. Dah la lagu semua best best. Kedai makan pun best. Semoga kekal disitu supaya rakyat marhaen Sarawak dapat lepas rindu.

Wassalam.

No comments:

Followers