Blog Hits

May 4, 2015

Kudat Trip: Kampung Bavang Jamal Part II

Assalamualaikum :)

Kita sambung Part II..

So, 2 hari sebelum flight kami ke Sabah, Rasyid beritahu ada penyu naik untuk bertelur dekat Pantai Bavang Jamal. Makanya, kami dah terlepas peluang tengok penyu naik. Huhu.

Penyu naik untuk bertelur dua hari sebelum flight kami
But, it's okay. Malam first day tu kami tetap ikut Tuan Rolland dan lain lain pergi patrolling. Manalah tahu rezeki ada penyu lain nak naik jugak malam tu.

Rakan sekerja rasyid pun join sekali
For your information, orang kampung di sana memang bersifat truly conservationist. Meskipun mereka tak belajar tinggi macam kita, tapi mereka tetap ada alternatif sendiri untuk memelihara dan memulihara alam sejagat raya ini.

As you know, turtles are one of endangered species in the world. Bayangkan, turtle yang comel ni pun ada yang nak makan dagingnya. Macam takde benda lain nak makan. Mujur, Islam melarang umatnya memakan haiwan yang hidup dalam dua alam. Haa jangan cakap babi je haram ya. Bukak sikit minda tu.

Ditambah dengan incidental catches of turtle, most are caused by towing net. Satu jenis cara penangkapan ikan, yang boleh menyebabkan spesies penyu terperangkap dan tidak boleh escape. Penyu, kalau diterbalikkan pun dia tak mampu nak cecahkan kakinya ke tanah semula. Apatah lagi kalau terperangkap dalam jaring yang sedang ditunda kapal,

Jadi, orang kampung disini dengan segala kudrat yang ada ingin membantu makhluk Tuhan ini untuk terus kekal menyambung generasinya dengan membantu telur telur penyu ini menetas. Mereka kutip telur telur dan letakkan ke hatchery yang mereka buat sendiri.

Telur penyu

Hatchery yang dibuat oleh orang orang kampung sendiri. Sarang telur penyu perlu dipagar untuk mengelakkan pemakan telur seperti biawak, memerang dan..... manusia?
Sewaktu patrolling, kita tak dibenarkan guna lampu suluh. Bila penyu nampak cahaya, dia takkan naik. Penyu ni pemalu sifatnya. Tapi, bawak je lah small torch light in case emergency.

Kami berjalan sepanjang pantai dibantu oleh cahaya bintang bintang dilangit yang begitu cantik! Subhanallah. Banyak gila taburan bintang waktu tu. And the best thing is, first time kami alami sendiri bioluminescent phenomenon caused by plankton dekat pantai ni!

Bila kita pijak pasir yang basah, nanti akan ada keluar cahaya cahaya biru kecil ikut bentuk tapak kaki kita. Macam dalam fairytales pula.

Rasyid cuba snap gambar, unforetunately tak nampak pula.

Lebih kurang beginila rupanya. Cantik, bukan?
Bak kata Rasyid, kami ni kira bertuah sebab datang sini dapat tengok phenomena ni. Izzati punya la excited, melompat lompat sampai terjatuh mini torch light and camera remote dia. But, the bioluminescent is very fascinating. Mujur esok paginya jumpa balik remote tu :'D

Hmmm agak panjang jugak Pantai Bavang Jamal ni sehingga habis tenaga digunakan daripada makanan yg dihidang oleh wife Tuan Rolland petang tadi. Kalau macam ni hari hari, hidup sihat tanpa stress jawabnya.

Sampai je ke port penyu tu bertelur, kami berhenti dan Tuan Rolland ceritakan perihal penyu pada kami. Waktu tu aku dah mengantuk mamai. Tak dapat nak concentrate sangat. Dia tunjukkan turtle track. Laluan penyu. Serupa macam laluan traktor atas pasir.

Turtle track
Kami teruskan perjalanan hingga ke hujung pantai. Malam ni tak bernasib baik, takde penyu yang naik untuk bertelur.

Tapi takpe, malam bersaksikan taburan bintang dan juga bioluminescent plankton di pepasiran pantai dah cukup menggembirakan hati aku.

Dekat hujung pantai tu, kami duduk rehat sebentar. Baring baring tengok bintang. Sempat aku dan Izzati terlelap ya.


Lalu kami berjalan pulang. Sampai je dekat Longhouse Stay, semua pun terlelap tatkala kepala mencecah bantal.

Goodnight, everybody!

To be continued...

No comments:

Followers