27 June 2015

Happy Birthday to my blog!

Assalamualaikum

Today is my blog's 4th birthday! Dah 4 tahun ya. How time flies. Aku ingat lagi masa mula mula buat blog. Masa tu 1st year di UMT. Did you know Miss Adiela Ridzuan? The most prettiest freelance muslimah model zaman ini? Tak mungkin tak kenal sebab wajah dia ada dimana mana :)

So, aku kenal dia biasa biasa sahaja. Dia kawan sekolah kepada roommate aku di Matriks Perak. Dia memang cantik dari kecik. Ada lesung pipit yg sangat comel. A very humble in person. Suka buat cookies. Sekali sekala datang bilik bawak cookies ala ala famous amos dia.

Kisahnya, suatu hari aku main Facebook. Adiela post a picture of her (masa tu dia belum jadi model lagi), pakai shawl ada pin bunga ditepi. Some of her friends commented on her photo, "Nak jadi macam Fatin Liyana ke?". Aku tertanya tanya, siapakah Fatin Liyana? Mengapakah namanya disebut sebut.

Since then, I knew about Fatin Liyana. A blogger, suka travel, belajar di Indonesia, a doctor-to-be (pada masa tu). Pretty, and also a freelance muslimah model. Sejak itulah aku berjinak jinak dengan blog. Lepas dari itu, tak sangka pula ramai classmate yang ada blog. Mira, Zati, Iezza, Linda, Awin, and also my best friend, Thira. Maka, follow memfollow lah diantara kami.

Aku akui, post dulu dulu banyak merepek daripada berkongsi sesuatu. Dengan kata lainnya, bukanlah blogging about something bermanfaat sangat pun. Blog ni sebenarnya wujud untuk someone yang mahu share sesuatubukan? The language I used... excuse me for my language. Selalunya aku blog about something yang aku tak puas hati. Dah macam diari. And dear diary tak sepatutnya di 'publish'. LOL.

Tapi, bila baca balik memang geleng kepalalah dengan diri sendiri. Nak delete post post yang tak bermakna, sayang pula. Kenangan. Lagipun, siapalah yang nak baca pun kan. Aku sorang je kahkah. And blogging is one of my way to deal with stress masa zaman belajar dulu.

Mujurlah apabila diri semakin dewasa (hikhik), barulah aku sedar akan kegunaan blog yang sebenar iaitu 'to share something useful'. Maka dengan itu, bermula umur menjangkau 24 tahun, aku gunakan blog ini sebagai medium untuk online business. Or sometimes share some recipes, something new I just found in life, lessons in life, and sewaktu dengannya. 

"Sebaik baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lainnya"

Gitu.

Oh semalam dapat gift dari Mabul. 


These pretty necklaces are given by my boyfriend. Untunglah budak ni, merantau kat tempat tempat cantik je kerja dia. Haa.. jangan tak tahu. Masa zaman belajar dulu, boyfriend saya ialah silent reader blog saya dulu (masa tu belum jadi boyfriend lagi). Haha. Dia stalker :p Dia banyak share gambar gambar under the sea dengan aku, insyaAllah, jika dilanda kerajinan, akan aku share pada semua kecantikan alam ciptaan Tuhan.

Jadi, nak share hadiah ni dengan blog. Selamat hari kejadian luvme0w.blogspot! Cantik kan?

Loket tu diperbuat daripada kulit kerang kerangan. Cantik je ukiran dia. 

Till then.
Wassalam,
Jenn.

24 June 2015

Play The Sims game through the Bluestacks

Assalamualaikum

Dari zaman lepasan SPM lagi, suka sangat main game The Sims. Dulu, adik ada CD. Burn dekat PC, lepas tu main sampai lebam

Bila dah masuk matriks, masuk universiti dah tak dapat main lagi. Sebabnya, takde CD. Tak dapat burn dalam laptop. Lagipun, The Sims ni guna ruang yang sangat banyak. Boleh menyebabkan laptop jadi slow.

Lalu, aku kuburkan sahaja keinginan aku untuk main game tu. Walaupun umur macam dah tak sesuai je nak main kan. Haha.

Sampailah semalam, keinginan untuk main The Sims tak dapat ku bendung lagi. Pelbagai inisiatif telah aku cuba di internet. Namun, gagal.

Sehinggalah aku terjumpa dengan BlueStacks !


Application ini membolehkan kita menggunakan laptop seperti kita menggunakan Android! Disebabkan The Sims FreePlayer  hanya boleh di 'install' dengan telefon pintar Android, makanya di PC tak boleh download dan install jika tiada BlueStacks ni.

Phone yg ada kecil je memorinya. Saiz pun kecil je. Maka, tak sesuai lah nak install game ni sebabnya nanti phone boleh cepat 'pergi'. Lainlah kalau guna Tablet. Screen besarpuas lah main.

Alangkah gembiranya hati apabila dapat tahu the key to the solution!

Maka, dengan ini dapatlah aku main game The Sims dengan bahagianya :D

Bukan game ni je yg boleh, banyak lagi Apps lain yg boleh diinstall melalui BlueStacks ni. Facebook boleh, Twitter. Pendek kata yang ada dalam Google Play tu semua boleh install, InsyaAllah.

Dia macam ko ada handphone kedua, namun besar lagi berat dan ada keyboard yg fizikal. Bukan digital. Gitu.



Sesiapa yang nak cubaboleh Google 'BlueStacks'. Download dan install dalam laptop. Ikut arahan yang diberi.

Dan, kalau ada masalah untuk Zoom In dan Zoom Out, boleh cari 'Assistive Zoom (Root)' Apps dan install dalam BlueStacks! It's works for me :D 

Bagi yang tak faham, kalau telefon pintar, kita boleh cubit sikit supaya boleh Zoom In kan? Kalau laptop tak dapat la nak buat macam tu. Screen laptop bukan touchscreen kan. Faham?

Dan aku nasihatkan, kalau tengah guna BlueStacks, jangan guna program lain contohnya, Media Player, Google Chrome, or tengok video di Youtube ke. Confirm, program lain tu akan tersangkut sangkut.

Oklah, happy trying!

Good night!

Wassalam,
Jenn



17 June 2015

Mere pyar.

Assalamualaikum

Tarikh mula puasa dah pun diumumkan. Mabruk! Bertemu lagi dengan Ramadhan :')

Saya suka bulan Ramadhan kerana.... (lengkapkan slogan).

... kerana Allah taala. Gitu!

Setiap orang mesti ada banyak sangat memori masa bulan puasa. Hanya kita dan Allah sahaja yang tahu ya. Ehem.

Oh by the way, mere pyar he...


After over one year of beauty sleep, akhirnya dia kembali ke pangkuan. Hmm rosak teruk kata orang yang service kan tu. Motherboard rosak. Hew. 

Since 2010, tak mungkin lah takde apa yang rosak kan? Apepun bersyukur kerana dah boleh mula buat paperwork for Cat Hotel & Boutique. May Allah gives me strength to tepis perasaan malas dan membuang masa.

Wey, hidup ini singkat. Maka, gunakanlah masa yang dipinjamkan oleh Allah untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lainnya.

Sebaik baik manusia ialah bermanfaat bagi manusia yang lainnya. Kan.


Hmmm.. jisim badan sudah menaik ke 50.3 kg. What the... Maka, dengan itu, kenalah manfaatkan masa untuk selalu dan RAJIN bersenam. Bukan berlingkar di atas katil dengan malasnya di pagi hari.

Sejak consume Eskayvie Nutrelle yang memang terbukti berkesan menyahtoksin dan mengurangkan masalah sembelit pada aku, aku rasa badan aku naik. Aku rasa aku makan macam biasa je kot. 

Klik ESKAYVIE untuk baca tentang mereka dengan lebih lanjut.

Hmm mungkin jugak sebab aku dah berada pada tahap ketiga. Iaitu, tahap OPTIMIZE. Tahap di mana Nutrelle membantu dalam penyerapan nutrient yang optimum daripada makanan yg dimakan. 

Bukan tak nak bersenam, tapi kan aku kerja sampai malam. Hahah. Adakalanya pukul 12 baru sampai rumah. Penat. Thus, I would not be able to be a morning person. Heh. Mujur kerja start tengahari

Ahhh.. alasan!


12 June 2015

Akaun.

Assalamualaikum

Akhirnya, siap jugak buat akaun untuk company sendiri. Main tampal tampal resit. Setiap benda yang kita beli dengan duit company, kenalah simpan resitnya.

Contoh:

Oil fuel
Belian stok
Invois
Office upkeep
Parking
Tol

Bukan tampal tampal resit je, rekod akaun pun kena buat. Berapa duit masuk, berapa duit keluar. Untuk rekod akaun, aku guna Google Sheets.

Google Sheets ni aku kira selamat lah kalau taknak file dalam komputer tu hilang sebab virus ke ape ke kan. Bila guna Google Sheets, dia akan automatically save akaun kita secara online.

Kalau nak ada Google Sheets, sign up akaun Gmail dulu :)

Semua ni aku belajar dengan kakak. Belajar cara urus akaun company dia. As an assistant dekat klinik dia, tugas aku jugak tolong dia buat akaun.

Tampal resit, masukkan dalam akaun company dia. My sis punya lebih complicated because dia punya company Sdn Bhd. Mine is baru Enterprise. Aku hanya create table account yg simple je.

Setahun jagung. Hehe. InsyaAllah. Doakan company ni berkembang and boleh bertukar pada Sdn Bhd jugak.


Jaga jaga.
Sekarang ni ada yang perhati kite buat kerja.
Sebab tu aku dapat siapkan akaun
Hehehehe

Poskad ni aku pos pada diri sendiri masa pergi Trip to Utara haritu. Aku dan family singgah ke Purrfect Cat Cafe di Penang. Kucing dalam gambar tu ialah salah seekor kucing kat cat cafe tu.

Boleh usha instagram @purrfectcatcafe untuk tengok gambar gambar yang menarik.

Till then,
Wassalam.


6 June 2015

Fokus Kerja Sampai Sakit Kepala

Assalamualaikum

Kisahnya harini tadi, gigih betul aku buat kerja sampai sakit kepala ni. Berpinar pinar rasa kepala otak, tak hilang lagi. Dah lama tak rasa macam ni. 

Last time dulu, aku ingat lagi. Bersengkang mata buat FYP writing. Dengan data yang super banyak. Yang takde migrain pun boleh pitam.


Inilah dia bendanya yang buat aku sakit kepala x_x

Nampak simple. Tapi bernanah jugak mata ni tahan pedih duduk menghadap PC dari pagi tadi. Edit sana edit sini. Tambah design ni design tu. Bila dah siap, itu tak kena ini tak kena.

Finally... biar simple asalkan orang faham.

Mari aku share sikit tips buat poster:

1. Tulisan kemas, terang lagi nyata
2. Not more than 3 colours in one poster otherwise your poster will look messy (lainlah kalau kau graphic designer, haruslah pandai nak guna sejuta warna sekali pun)
3. Jangan tulis panjang panjang sangat info, orang malas nak baca

Seronok jugak membusykan diri ni :') Begini rasanya orang workaholic (puikk baru sehari).

Maka dengan ini, berpeganglah pada prinsip "Kalau tak penat, bosan".

Till then,
Wassalam.

- Jenn

5 June 2015

Quote of The Day

Assalamualaikum

Al Ghazali wisely said that,

"To get what you love, you must be patient with what you hate"

Ya, it's true.

It's not easy but it's not impossible. 

Everybody have dreams (what you love), but, sometimes there are obstacles (what you hate) in front of us. Something we hate. Something we must face no matter what.

Disebabkan itu, semangat untuk kejar cita cita tu jatuh merudum bak tanah runtuh. Kau takde hati or tawar hati nak buat apa pun. Plan banyak. Idea mencurah curah. Tapi langsung takde mood nak lancarkan idea dan plan yang dah bersedia nak melimpah keluar.

Bila kau bersemangat nak buat, masa pulak takde sebab sibuk dengan kerja yang patut kau selesaikan dulu. Kau mula exhausted. Kau kecewa sebab dah bazirkan masa dengan sia sia. Yelah, dah penat, tak larat nak bekerja lagi.

Tahu tak perasan tu sangat mengecewakan dan buat kau down. Down sangat, sampai rasa nak pergi berhijrah dan buat apa sahaja yang kau suka tanpa terikat dengan apa apa pun.

Yeah, you think that you will live happily ever after. Tetapi, perancangan Allah swt lah yang terbaik. Ada sebabnya kenapa Allah letakkan kau kat tempat ni sebelum dia bagi apa yang terbaik untuk kau.

Learn to appreciate every moment
Fill your heart with love
Have faith
Husnuzon
Ingat Dia ketika senang/gembira

InsyaAllah

Yang benar,
Jenn