Blog Hits

June 12, 2015

Akaun.

Assalamualaikum

Akhirnya, siap jugak buat akaun untuk company sendiri. Main tampal tampal resit. Setiap benda yang kita beli dengan duit company, kenalah simpan resitnya.

Contoh:

Oil fuel
Belian stok
Invois
Office upkeep
Parking
Tol

Bukan tampal tampal resit je, rekod akaun pun kena buat. Berapa duit masuk, berapa duit keluar. Untuk rekod akaun, aku guna Google Sheets.

Google Sheets ni aku kira selamat lah kalau taknak file dalam komputer tu hilang sebab virus ke ape ke kan. Bila guna Google Sheets, dia akan automatically save akaun kita secara online.

Kalau nak ada Google Sheets, sign up akaun Gmail dulu :)

Semua ni aku belajar dengan kakak. Belajar cara urus akaun company dia. As an assistant dekat klinik dia, tugas aku jugak tolong dia buat akaun.

Tampal resit, masukkan dalam akaun company dia. My sis punya lebih complicated because dia punya company Sdn Bhd. Mine is baru Enterprise. Aku hanya create table account yg simple je.

Setahun jagung. Hehe. InsyaAllah. Doakan company ni berkembang and boleh bertukar pada Sdn Bhd jugak.


Jaga jaga.
Sekarang ni ada yang perhati kite buat kerja.
Sebab tu aku dapat siapkan akaun
Hehehehe

Poskad ni aku pos pada diri sendiri masa pergi Trip to Utara haritu. Aku dan family singgah ke Purrfect Cat Cafe di Penang. Kucing dalam gambar tu ialah salah seekor kucing kat cat cafe tu.

Boleh usha instagram @purrfectcatcafe untuk tengok gambar gambar yang menarik.

Till then,
Wassalam.


No comments:

Followers