Blog Hits

June 6, 2015

Fokus Kerja Sampai Sakit Kepala

Assalamualaikum

Kisahnya harini tadi, gigih betul aku buat kerja sampai sakit kepala ni. Berpinar pinar rasa kepala otak, tak hilang lagi. Dah lama tak rasa macam ni. 

Last time dulu, aku ingat lagi. Bersengkang mata buat FYP writing. Dengan data yang super banyak. Yang takde migrain pun boleh pitam.


Inilah dia bendanya yang buat aku sakit kepala x_x

Nampak simple. Tapi bernanah jugak mata ni tahan pedih duduk menghadap PC dari pagi tadi. Edit sana edit sini. Tambah design ni design tu. Bila dah siap, itu tak kena ini tak kena.

Finally... biar simple asalkan orang faham.

Mari aku share sikit tips buat poster:

1. Tulisan kemas, terang lagi nyata
2. Not more than 3 colours in one poster otherwise your poster will look messy (lainlah kalau kau graphic designer, haruslah pandai nak guna sejuta warna sekali pun)
3. Jangan tulis panjang panjang sangat info, orang malas nak baca

Seronok jugak membusykan diri ni :') Begini rasanya orang workaholic (puikk baru sehari).

Maka dengan ini, berpeganglah pada prinsip "Kalau tak penat, bosan".

Till then,
Wassalam.

- Jenn

No comments:

Followers