Blog Hits

June 24, 2015

Play The Sims game through the Bluestacks

Assalamualaikum

Dari zaman lepasan SPM lagi, suka sangat main game The Sims. Dulu, adik ada CD. Burn dekat PC, lepas tu main sampai lebam

Bila dah masuk matriks, masuk universiti dah tak dapat main lagi. Sebabnya, takde CD. Tak dapat burn dalam laptop. Lagipun, The Sims ni guna ruang yang sangat banyak. Boleh menyebabkan laptop jadi slow.

Lalu, aku kuburkan sahaja keinginan aku untuk main game tu. Walaupun umur macam dah tak sesuai je nak main kan. Haha.

Sampailah semalam, keinginan untuk main The Sims tak dapat ku bendung lagi. Pelbagai inisiatif telah aku cuba di internet. Namun, gagal.

Sehinggalah aku terjumpa dengan BlueStacks !


Application ini membolehkan kita menggunakan laptop seperti kita menggunakan Android! Disebabkan The Sims FreePlayer  hanya boleh di 'install' dengan telefon pintar Android, makanya di PC tak boleh download dan install jika tiada BlueStacks ni.

Phone yg ada kecil je memorinya. Saiz pun kecil je. Maka, tak sesuai lah nak install game ni sebabnya nanti phone boleh cepat 'pergi'. Lainlah kalau guna Tablet. Screen besarpuas lah main.

Alangkah gembiranya hati apabila dapat tahu the key to the solution!

Maka, dengan ini dapatlah aku main game The Sims dengan bahagianya :D

Bukan game ni je yg boleh, banyak lagi Apps lain yg boleh diinstall melalui BlueStacks ni. Facebook boleh, Twitter. Pendek kata yang ada dalam Google Play tu semua boleh install, InsyaAllah.

Dia macam ko ada handphone kedua, namun besar lagi berat dan ada keyboard yg fizikal. Bukan digital. Gitu.



Sesiapa yang nak cubaboleh Google 'BlueStacks'. Download dan install dalam laptop. Ikut arahan yang diberi.

Dan, kalau ada masalah untuk Zoom In dan Zoom Out, boleh cari 'Assistive Zoom (Root)' Apps dan install dalam BlueStacks! It's works for me :D 

Bagi yang tak faham, kalau telefon pintar, kita boleh cubit sikit supaya boleh Zoom In kan? Kalau laptop tak dapat la nak buat macam tu. Screen laptop bukan touchscreen kan. Faham?

Dan aku nasihatkan, kalau tengah guna BlueStacks, jangan guna program lain contohnya, Media Player, Google Chrome, or tengok video di Youtube ke. Confirm, program lain tu akan tersangkut sangkut.

Oklah, happy trying!

Good night!

Wassalam,
Jenn



No comments:

Followers