Blog Hits

September 27, 2015

Kelebihan Cat Pine Wood Litter

Assalamualaikum :)

Saya nak share advantage of using this type of cat litter to your cats, and also to you, yes, you! The cat owner out there!

1. Kurang bau

Untuk cat owner yang membela kucing secara indoor iaitu di dalam cage dan di dalam rumah (especially yang tinggal di apartment or condo) pasti berdepan masalah bau. Walaupun saya sukakan kucing, tapi paling tak suka bau busuk dia. Urghh.

Setelah menggunakan pine wood cat litter untuk lebih setahun lamanya, saya dapati cat litter jenis ini yang paling kurang baunya. Kurang tengik. Kurang hanyir

2. Kurang toksik

Pine wood litter ini dihasilkan dengan menggunakan habuk kayu/papan dan dijadikan dalam bentuk pellets seperti ini:

Ihsan Google

Yang kelakarnya, kalau customer yang tak pernah tengok/guna wood litter jenis inidiorang ingat makanan rabbit. Hahah. Mujur tak beli untuk rabbit makan. Sampai ke sudah rabbit dia kelaparan, customer juga hairan kenapa rabbit dia tak nak makan.

3. Kurang belanja

Dan yang sebenarnya, tersangatlah jimatnya bila guna wood litter ni. Satu guni wood litter seberat 10kg bertahan selama lebih 2 bulan untuk 2 ekor kucing yang saya jaga.

"Like, seriously?", kata makcik vogue itu pada saya.

Kalau nak tahu, wood litter ni akan mengembang apabila terkena cecair. Oleh itu, hanya perlu letak a layer of wood litter in your cat's litter box. Kalau letak banyak, maka ia akan melimpah ruah dan memperbanyak kerja kerja cleaning anda tiap hari.

Almaklum, kucing saya minum banyak. Kencing juga banyak.

Ihsan Google

Haa begini. Just one layer sahaja. Bila kucing anda poops, scoop sahaja poops nya. Tak perlu buang semua. Bila kucing anda pee, hanya scoop area yg basah sahaja. Kalau masih ada biji biji pellets, masih boleh guna. Hanya tambah pellets bila perlu.

For hygiene, buang semua litter apabila 75% telah bertukar menjadi serbuk kayu. Cuci litter box dan tambahkan yg baru.

Jagalah kebersihan, agar anda dan kucing anda HAPPY!

Kebaikan ini juga dikongsikan oleh mereka:

Cats Wonderland
Dear Cuddly Cats
Kucing Malaysia

Till then,

Wassalam.

No comments:

Followers