26 October 2015

My October 2015 Be Like

Assalamualaikum :)

Hello, is it me you are looking for? :3

Eheh~

Harini terasa mahu menaip. Sedikit life update ingin aku taipkan disini supaya 10 tahun akan datang, insyaAllah, aku boleh baca balik apa aku buat 10 tahun yang lepas. dan tersenyum sendiri (yeke?).

Bulan Oktober 2015.

Bulan yang agak busy. Awal awal bulan busy berpindah. Bukan pindah rumah, tempat kerja yang berpindah. Alhamdulillah, selepas mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan dari langit, akhirnya tempat kerja boleh mula beroperasi macam biasa.

Banyak WhatsApp masuk yang tak sempat reply. Sebab kami ambik masa seminggu tutup untuk pindah. Fuh~

So, kat tempat baru nanti boleh buat Honey Cat Cafe dan Honey Cat Hotel yang, of course, better! Sebab tempat dah luas berbanding kedai lama. Honey Cats Boutique pun boleh tumpang sekaki :3

It can be concluded that my first week of October is very hectic. Mujur dapat dating off day tu. Ihiks~

Second week of October 2015, I got an invitation from my friend for her wedding. Tapi, tak dapat pergi sebab weekend kerja. Off day tu dah penat. Jerebu pulak makin teruk.

Maka dengan ituh, 2 novel (Suspek from Buku Fixi & Jangan Baca Novel Ni) telah aku habiskan sepanjang hari cuti. Ia sangat magic.

Malam baru keluar pergi karaoke sampai pukul 2 bersama famili. Gembira~

The third week of October 2015, mere pyar he Chigebu undergone blood test such as blood typing, blood screening and other test for diseases too.

Please focus on his jingle bells. It's cute.

So, Chigebu is blood type A. Mild diabetic (glucose 9.0, normal 8), and his blood contain a lil bit high calcium level, most probably, it is caused by acidic blood, which is, not very good, according to his Vet's explaination.

Sadly, Chigebu and Merang (my sister's sweetheart) got FIA, Feline Infectious Anaemia. Ada parasit duduk dalam red blood cell dia. Most probably because of stress.

Kasihan anakku itu. So, hari hari kena sumbat dengan supplement, untuk menguatkan sistem imun mereka terhadap penyakit.

Off day minggu ni berlainan sikit daripada sebelumnya. Tidak bosan, malah gembira. Mengheret 2 keponakan pergi menonton wayang. Mujur 2 cerita itu boleh bawak masuk budak.

Goosebumps & The Last Witch Hunter.

Tidak ada yang lebih menggembirakan seorang Piqa apabila dapat menonton movie di cinema yang disukainya. Dan juga makan.

The Fourth week of October.

It's raining everyday here in Bangi. Alhamdulillah. I like musim sejuk Malaysia. Everyday is a rainy day. Jerebu pun makin takde.

I like to see the trees looking very fresh and green. The sun is not too hot and shining beautifully.

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn


6 October 2015

Lunch Date, Short Meet

Assalamualaikum :)

Kami ni bukanlah selalu berjumpa. Masing masing kerja jauh. Hihi. Tapi, aku anggap ini semua memberi kebaikan kepada aku dan dia. Kalau rapat sangat pun tak elok juga.

Orang kata long distance relationship itu banyak cabarannya. Tapi, aku tengok yang dekat pun ada cabarannya. Tak ada bezanya.

Aku memegang prinsip, kalau dah jodoh tak kemana. Asalkan dapat restu orang tua dan doa keluarga. Itu dah cukup baik untuk aku.

Aku pulak jenis suka overthinking, kuat jealous. Mujurlah orang tu memahami. Gadoh macam mana pun, tetap dia jugak yang aku cari.

Apapun, biarlah semuanya sederhana sahaja.

Bukan selalu dia balik KL. Sampai bila kerja kat Sabah pun belum confirm lagi. It's okay. Sesungguhnya, Allah is the best planner.

So, tengahari tadi kitorang berjumpa kat TBS. Tu pun kejap sangat. Sejam pun tak sampai. Tapi dah cukup gembira kot.


Dia memang suka tangkap gambar aku dengan kamera dia. Gambar dia sendiri kurang. 

Eh entah kenapa nak tulis pasal dia malam ni. Aku jarang nak tulis pasal cintun cintun ni. Tapi malam ni fefeeling dia ada. Jadi, tulis je lah.

Yang sebenarnya ada banyak benda menganggu fikiran. Sampai kadang kadang rasa jauh dengan Tuhan. Bila selalu sangat emosi marah tu susah dikawal, aku jadi terkilan. Menyesal. Tapi bila tak marah, lagi buat aku tertekan.

Aku tak reti dan tak pandai nak kawal dah emosi ni. Pantang la ada yang buat aku penat, bertambah penat, for sure aku mengamuk.

Aku dah tak larat, aku rasa nak lari je jauh jauh. Sebab selalu aku perati, manusia ni suka lepas tangan.Suka lepas tanggungjawab kat orang lain.

Tapi lari tak menyelesaikan masalah pun. Aku mintak diri ini jadi lebih rasional dalam pemikiran, lebih bersabar, lebih tenang. 

Hidup kat dunia ni Piqa, takde yang senang. Semua ujian.

Sabar dan solat. InsyaAllah, lulus cemerlang.

Hopefully, lepas ni janganlah mengamuk macam orang gila lagi. Breath in, gah!

"Everybody is struggling" - Pocikk

Good night & be strong

3 October 2015

Semporna Trip: Bohey Dulang Island

Assalamualaikum :)

September 2015, terjejaklah kaki ini ke bumi Semporna dan pulau pulaunya. Semporna memang cantik lautnya. Biru turquoise. 

So, my friends and I went to Bohey Dulang Island for hiking!

Kami sewa bot dari Kembara Pulau Semporna untuk bawa kami ke Pulau Bohey Dulang. Bilabong Scuba pula menyediakan pakej tempat tinggal di Mabul Island dan juga set snorkeling sekali. Office HQ mereka terletak di Semporna. 

Seawal pagi jam 7, kami ke Semporna Jetty menunggu bot. Kena pergi awal, kalau lambat sikit je, kena berbaris tunggu nak naik Bohey Dulang nanti. Perjalanan dari jeti ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa dalam sejam. 

Jeti Bohey Dulang

Dah pun sampai! As you can see the crystal clear water. Subhanallah so pretty! Tempat hiking ini dinamakan Taman Marin Tun Sakaran. 

Diiringi oleh seorang staff yang akan lead kami ke atas, maka bermulalah pendakian sepanjang 600m track. Kedengaran macam dekat kan. Tapi... peh!


Kalau tak silap, papan tanda ni dekat point 100m. Dek kerana track nya memang curam dan kurang stamina, begitulah wajah kesemputan. 

Untuk mereka yang jarang bersenam, bersedialah muntah di point ke 500m. Kahkah!

Setiap 200m, kami akan berhenti rehat sekejap. Bagi yang tak biasa, bersedialah mengalami perut senak. Haha.

Bohey Dulang from above

Mendaki itu memang bukan mudah, berbekalkan semangat yg hampir rapuh, dan sahabat sahabat yang baik dan memahami, berjaya jugak sampai puncak. Alhamdulillah

Look at the scenery from above!!!!

Cantik sangat :')

Selepas 15 minit aku yang hampir patah semangat mencari balik nafas dan tenaga, barulah aku dapat berdiri dan menikmati keindahan alam. Ok hilang penat. Hhmmm.







Some of them are my classmate masa universiti. Some of them are my seniors. Some of them are my classmate's friends. Rasyid, Lili Amira, Siva, Kak Atiqah, Nicole, Azlan, Kim Jong Il (Lao Ding Wei) and Shion.

I like them. They are funny XD

Meskipun jerebu, still silau tak dapat buka mata. Selepas 45 minit dan berpuluh puluh gambar diambil, barulah kami turun semula ke jeti. Masa tu ramai manusia dari segenap dunia tengah beratur nak naik atas. 

Kalau nak naik ataskena group by group. Tak boleh ramai ramai. On the way nak turun tu, berselisih dengan seorang ibu dan ayah. Dua dua kendong baby! Ya Allah, I wonder how strong and determined they are. Aku nak bawak diri pun dah separuh nyawa. Diorang bawak baby kot.

Fuhh! Hebat sekali.

Sampai disini sahaja kisah saya mendaki Bohey Dulang. Till we meet again.

Wassalam.