Blog Hits

October 6, 2015

Lunch Date, Short Meet

Assalamualaikum :)

Kami ni bukanlah selalu berjumpa. Masing masing kerja jauh. Hihi. Tapi, aku anggap ini semua memberi kebaikan kepada aku dan dia. Kalau rapat sangat pun tak elok juga.

Orang kata long distance relationship itu banyak cabarannya. Tapi, aku tengok yang dekat pun ada cabarannya. Tak ada bezanya.

Aku memegang prinsip, kalau dah jodoh tak kemana. Asalkan dapat restu orang tua dan doa keluarga. Itu dah cukup baik untuk aku.

Aku pulak jenis suka overthinking, kuat jealous. Mujurlah orang tu memahami. Gadoh macam mana pun, tetap dia jugak yang aku cari.

Apapun, biarlah semuanya sederhana sahaja.

Bukan selalu dia balik KL. Sampai bila kerja kat Sabah pun belum confirm lagi. It's okay. Sesungguhnya, Allah is the best planner.

So, tengahari tadi kitorang berjumpa kat TBS. Tu pun kejap sangat. Sejam pun tak sampai. Tapi dah cukup gembira kot.


Dia memang suka tangkap gambar aku dengan kamera dia. Gambar dia sendiri kurang. 

Eh entah kenapa nak tulis pasal dia malam ni. Aku jarang nak tulis pasal cintun cintun ni. Tapi malam ni fefeeling dia ada. Jadi, tulis je lah.

Yang sebenarnya ada banyak benda menganggu fikiran. Sampai kadang kadang rasa jauh dengan Tuhan. Bila selalu sangat emosi marah tu susah dikawal, aku jadi terkilan. Menyesal. Tapi bila tak marah, lagi buat aku tertekan.

Aku tak reti dan tak pandai nak kawal dah emosi ni. Pantang la ada yang buat aku penat, bertambah penat, for sure aku mengamuk.

Aku dah tak larat, aku rasa nak lari je jauh jauh. Sebab selalu aku perati, manusia ni suka lepas tangan.Suka lepas tanggungjawab kat orang lain.

Tapi lari tak menyelesaikan masalah pun. Aku mintak diri ini jadi lebih rasional dalam pemikiran, lebih bersabar, lebih tenang. 

Hidup kat dunia ni Piqa, takde yang senang. Semua ujian.

Sabar dan solat. InsyaAllah, lulus cemerlang.

Hopefully, lepas ni janganlah mengamuk macam orang gila lagi. Breath in, gah!

"Everybody is struggling" - Pocikk

Good night & be strong

2 comments:

airylle eqqwan said...

pewwiitttt...nnti jemput la..nk jgak rasa nasi mnyak senior...hehehe

Syafiqa said...

Hahaha nasi minyak senior, beras nya pun x wujud lagi. Junior punya nasi minyak siap dulu kot :p

Followers