Blog Hits

December 6, 2015

Buku Fixi: Murtad

Assalamualaikum :)


Buku ni dah lama aku beli. Memandangkan mood membaca aku perlu dicetuskan, maka ambik masa lah aku nak habiskan baca semua buku kat rak tu. Ada yang masih dalam plastik lagi.

Perangai pelik aku, bila stress / down / hilang arah / bosan, aku beli buku. Dengan syarat, duit gaji masih ada hahaha.

Ni salah satu kemahuan yang aku tak mampu bendung. Beli tudung, baju, selipar, kasut and etc aku boleh nak kedekut lagi. Kalau buku, jarangla. Kalau aku nak beli, aku beli je.

Ada yang tanya kat ig

"Cuba cerita sikit sinopsis dia pasal apa buku ni?"

Mungkin yang bertanya tu skeptikal dengan perkataan "Murtad". Mungkin dia rasa lepas baca terus jadi murtad.

Rilek aa sis. Meh nak cerita sinopsis sikit.

Murtad ni cerita berkisahkan tentang sepasang kembar bernama Adam & Akhil, diupah untuk membunuh orang orang yang murtad, profesionally.

Loghat utara diorang pekat sangat. Diceritakan berwajah handsome lagi smart. Jalan cerita pun macam hollywood action movie gitu. Kalau buat jadi filem adaptasi mungkin boleh pecah panggung. 

Mungkin.

Memang best cerita ni. Aku habiskan dalam masa 2 hari je. Sampai pukul 4 pagi aku tidur nak tahu kesudahan cerita ni. Dah habis baca pun still tak habis lagi kesudahan dia.

Sebabnya, dia ada sambungan. Tuhan dan Qisas. So, aku kena carik 2 novel ni. Yeah! 

Novel Hunting!

Sekian saja,
Wassalam
Sincerely,
Jenn

2 comments:

syira yaya said...

teringin nak baca novel ni.tapi tak terbeli lagi. hihi :)

Syafiqa said...

Bacalah syira yaya! Saya dah bertukar jadi peminat novel fixi. Haha.

Followers