Blog Hits

December 28, 2015

Daily Foodie: Day 2

Assalamualaikum :)

Nak tukar nama la untuk post ni haha. Macam cliche je diari diet. Daily Foodie la sudah. Tak reti la nak diet diet ni. Hmmm. Takpela. Asalkan jaga portion and pergi bersenam.

Breakfast:


Semalam pergi wedding kat Dewan Gemilang UKM (UKM ada dewan kawen rupanya), dapat goodies cookies comel dan sedap ni. Tak minat sangat benda manis leting ni. Tapi disebabkan lapar and nak pergi kerja dah, telan la 2 3 ketul. Ya Allah, kencing manis begini. *sorok bawah katil*

Then, singgah Shell beli roti Gardenia Coklat and Mighty White Tuna Chili. Pedas baq ang (first time makan). Pukul 11 makan satu, pukul 1 makan satu. Sebabnya perut ini cepat lapar. Orang gastrik tak baik tahan makan.

Lunch:

Keluar lunch pukul 2.30 pm. Menunya berbunyi begini.

White rice with fried drumstick, fresh salad, coconut gravy and sambal belacan. Lime iced!

*bunyi menu dalam english kan kedengaran lebih sedap*

Dinner:

Ni yg buat diet lari ni. Hmmm :(

Kakak masak  tuna grilled with turmeric powder, broccoli with dried shrimps soup, and cabbage in soy sauce soup  ditambah dengan blended dried chilli in soy sauce (sambal kicap je).

Bagaimana masakan dirumah tidak bertambah nasi? :( Lagi lagi makan ramai ramai dengan famili. Mama and bapak pun ada, baru sampai petang tadi dari Rawang.

Disebabkan ini semua, fikir fikir balik, diari diet tak perlu menjadi. Tukar la jadi daily foodie. Nak share kat semua kecantikan makanan tu macam mana. Haha.

Excercise: ?

Harini seorang colleague tak dapat datang kerja disebabkan hal kecemasan. Maka saya kena tolong cleaning bilik bilik kucing termasuk cat hotel, ward and isolation room.  Esok cuti, so kena mop lantai dengan disinfectant. 

Dari tingkat 3, tingkat 2 dan tingkat 1 kena mop. Haa cukup la tu workout nya. Tadi lepas dinner pun mop lantai gak. *Piqa dan mop berpisah tiada*

Topik tambahan: Teh Air Mata Duyung


Lepas dinner tadi, teringin Teh Air Mata Duyung panas panas. Ciri ciri teh ni ialah warna cair (tak pekat and pahit) dan juga kurang manis :)

Ayah saya yang bagi nama tu. Dia selalu tegur, "siapa buat air teh air mata duyung ni? takde rasa teh" ujarnya tanpa nada marah malah meneguk sehingga habis secawan.

"Elok la minum teh mata duyung, kurang manis. Lebih sihat. Bahaha", jeritku dari ruang tamu.

***********************

Sekian,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.



No comments:

Followers