Blog Hits

December 21, 2015

Scalp Treatment, Traditional Massage dan Facial Anti-Stress di Santai Suri Spa, Bangi

Assalamualaikum :)

"Lenguh lenguh kaki and sakit sakit bahu ini. Menanggung kerja kerja seharian di rumah juga di tempat kerja", said the human of 5 anak bulus yang juga bekerja 6 hari seminggu itu.

Nak kata penat sangat bekerja, aku bukan jenis workaholic. Penat fizikal itu biasa, penat hati itu lebih binasa. Bila plan tak jadi pun boleh buat hati aku penat dan tabiat overthinking yang berpisah tiada juga menyebabkan diri ini tidak ceria.

Aku fikir pergi menonton wayang dan beli buku fixi setiap hari cuti itu boleh menceriakan hidup aku, tapi tak juga. Lagi lagi kalau takde movie best yang ditayangkan. Mendapat peluang ke spa ditaja oleh bos (sebab dah capai target income dalam masa seminggu, tajaan spa RM200/staff) tak akan aku lepaskan. Hik Hik.

Meet Faizah, my colleague.
(p/s: I'm wearing Bawal Crepe Lis Floral turquoise colour by @bajubajucantik)


Santai Suri Spa terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Tingkat atas kedai kedai. Theme warna ungu dan hijau menyejukkan mata yang memandang. 




Apa yang aku buat kat spa ni?

Scalp Treatment = RM 45
Traditional Massage = RM 80
Facial Anti Stress = RM 70

Bukan aku yang buat, therapist yang buat, aku tunjuk je sambil bajet bajet RM200, hanya tambah RM 5 duit sendiri. Seronok bila disponsor ya, Piqa.

Scalp Treatment

Scalp Treatment is rawatan kulit kepala. Biasalah wanita bertudung of course rambutnya kepam lalu menyebabkan kulit kepala gatal. Si Piqa pulak jenisnya suka nak garu garu kulit kepala. Aku dengan ringan mulut bertanya dekat therapist tu,

"Scalp treatment ni kena buat selalu ke?"

"Dalam sebulan tu 2 kali je, dik. Tapi sebenarnya nak jaga kulit kepala ni mudah je, boleh syampu hari hari sebabnya kulit kepala ni macam kulit muka. Hari hari keluarkan sebum minyak. Salah satu caranya cuci tiap hari". kata therapist yang berperwatakan lembut tu.

"Oh!", jawab Piqa dengan nada tak percaya. "Ada orang kata tak elok syampu rambut selalu?", tambahnya lagi.

"Tak, sebenarnya takde masalah pun nak cuci hari hari", jelas therapist itu

Ok, statement yang mengatakan tak elok cuci rambut hari hari ialah mitos gais. Mitos.

Traditional Massage 

Sesungguhnya, badan ni memang selalu sakit sakit and lenguh especially bahu. Kali ni berpeluang dapatkan urutan. Peh. Memang sakit kena tekan tekan kat part urat kembang tu, bahu and belakang lutut.

Therapist kata sebab angin. Lagi tips dari therapist,

"Perempuan memang macam ni. Sana sini berangin. Solutionnya kena istiqamah pergi berurut tak kira dah kawen ke belum ke, untuk lancarkan balik peredaran darah. Mandi malam tu one of the cause angin masuk badan. Kalau terpaksa mandi malam, rajin rajin sapu minyak panas kat badan"

Therapist ni urut memang terasa sampai kegelian aku dibuatnya. Tapi kena tahankan je lah. Haha. Sedapnya rasa lepas urut. Will come again sebab masih berangin lagi ni. Tunggu gaji ler jawabnya.

Facial Anti Stress

First time aku dengar nama facial yang straight to the point ni. Tanpa berfikir panjang, terus aku tunjuk je. Facial ni ada urutan sekali. Almaklumlah, kulit pun boleh stress, apatah lagi tuan punya kulit. Santai Suri menggunakan produk Herba Life SKIN for facial treatment. Semuanya wangi!


Dalam tidur tidur ayam aku masa buat facial, sempat juga otak aku intrepet bau wangi scrub jenama FARMASI ni lalu menyebabkan aku terjaga. MasyaAllah wangi sampai rasa nak makan scrub ni.


Therapist tu guna Cherry. Hmmm wangi :3

Tu yang syok kalau buat facial. Semua benda dia bubuh. Kalau buat sendiri jangan harapla. Kesuntokan masa plus malas pula. Haha.

Urutan kat muka masa facial ni relaxing. Jerawat jerawat kecik pun dipicit habis. Sakit jugak tapi aku cool saja walaupun rasa nak terangkat je kaki.

Moga kulit muka ai yang sensitif ni tidak stress lagi.

Chigebu

Inilah wajah salah seekor anak bulus dibawah jagaan. Semua nakal. Pening. Chigebu is mine. Yang 4 ekor lagi jagaan bawah company.

Setiap orang ada spa kesukaan dia. Aku suka spa ni. Berbaloi.

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.



No comments:

Followers