Blog Hits

January 13, 2016

9 Benda patut tahu sebelum pergi Sunway Lagoon

Assalamualaikum :)


Aku tak ingat dah bila last pergi Sunway Lagoon. Mungkin masa aku sekolah rendah kot. Selama ni aku tak terasa nak pergi pun sebab aku lebih suka pergi tempat yg natural, bukan water park macam ni.

Hmmph.. jangan pandang sebelah mata. Sekali dah pergi, suka pulak. Ekeke. Disebabkan dah lama tak pergi, ada banyak sangat improvement yang diorang dah buat. Plus, Sunway Lagoon sangat bersih tempatnya. Tahniah pada administration and cleaner cleaner yang rajin menyapu and memastikan kebersihan Sunway Lagoon sentiasa tiptop.

And list di bawah ni benda yang kita patut tahu la before pergi main kat Sunway Lagoon. Ini yang aku nampak, perhati dan alami. Be ready.

1. Tiger Land

Tigers dekat Sunway Lagoon sihat sihat dan gemuk gemuk. Sangat comel umpama kucing tapi dia besar. Kat Tiger Land, kita boleh tengok Aminyo (bukan nama sebenar) dekat dekat kat satu cermin pemisah. Geram tengok paws nya yang gebu.





Tiba tiba nama Tiger tu Aminyo kan.


2. Pergi Sunway Lagoon wajib main Vuvuzela

I am enjoying my SL trip sliding on the Vuvuzela. Memang tinggi and melambung lambung dibuatnya. Gila tak gempak? Tengok gambar bawah ni.

Google picture
Gempak kan? Melambung lambung la kat vuvuzela tu banyak kali. Awesome gila!

3. Pakai tudung yang pinless

Ada certain slides dekat Water Park, kita dilarang pakai pin tudung, jam, dan apa apa je barangan yang berunsur besi. Bayangkan kalau pakai tudung bawal? Nak kena ikat tudung kat dagu ke hahahah. Maka, pakailah tudung pinless seperti tudung syria atau banyak lagi jenis tudung pinless di pasaran.

4. Makanan dari luar tak boleh bawa masuk

Sedia maklum bahawa makanan kat dalam mahal. Double price dengan kat luar. Maka, sediakan cash yang banyak untuk topup wristband anda. FYI, kat dalam Sunway Lagoon, dia dah banyak guna sistem cashless. Wristband tu kita boleh topup dengan duit, masa nak beli makanan dan minuman nanti dia akan scan wristband kita untuk pembayaran. Dia dah mudahkan untuk kita.

Pinjam gambar wristband jimmy chin

5. Kongsi loker simpan barang

Kongsi loker dengan kawan kawan/family. Loker RM43 lagi banyak barang boleh simpan berbanding loker RM22. Jimat disitu

6. Waterproof/Camera casting

Penting untuk adanya waterproof casting ni. Cuma, kalau nak main slides kat Water Park, dia tak bagi pegang kat tangan or gantung kat leher. Water slides tu kan memang meluncur laju. Kang tak pasal terbang phone/camera korang entah kemana. Nanti pihak Sunway Lagoon jugak yg disalahkan. Dekat area Water Park, memang diorang ada sediakan loker. Of course berbayar. Sebab tu kena sedia banyak cash. Huhu.



Kalau taknak buang duit untuk loker, maka kenalah ada KERJASAMA! 

Kalau pergi dengan ramai ramai, contohnya 6 orang. Senanglah. Sebab nak main dengan pelampung kuning besar tu kan kena berpasangan. So, sementara 2 pairs beratur untuk main slides, 1 pair boleh tolong jagakan barang seperti phone/camera and shades.

Bergilir gilir ya.

7. Pakai sunblock!

Pakaila sunblock. Kasihan kat kulit tu kena cahaya UV matahari. Tak nak hitam satu, taknak kena cancer kulit satu. Panas baq ang

8. Register for Sunway Pals dapat harga tiket lebih murah



Haritu masa nak beli tiket, bos kami sign up Sunway Pals ni. Dapat harga tiket lebih murah iaitu RM96/person sahaja. Yang layak register mesti umurnya 18 tahun ke atas. Katanya boleh beli untuk tiket Tambun and Gambang Water Park jugak dengan harga lebih murah. Haa berbaloi.

Plus, katanya boleh guna untuk beli rumah. Sebab company Sunway ada property.

9. Kena pakai baju renang ke?

Nak pakai boleh, pakai baju biasa pun boleh. Tapi kalau nak main kat Water Park dia, better pakaila. Untuk keselamatan kita jugak. Kalau setakat datang nak main Extreme Park and taknak basah basah, tak payah pun takpe. Panas kot pakai baju renang. 

Rasanya itu je lah kot benda patut tahu before pergi Sunway. Peraturan lain boleh google je website dia


Pergi Sunway Lagoon sempena anniversary bos kami :*

Didoakan bahagia hingga ke syurga.

***********

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn


No comments:

Followers