Blog Hits

March 25, 2016

Si Tompok Cafe, Bangi Sentral

Assalamualaikum :)

Hai, dekat Bangi dah ada cat cafe. Heee. Maka, on 29th February haritu aku request dekat kawan nak pergi situ. Nak jugak merasa pergi cat cafe ni macam mana. Hihi.

Alamat:

No.3-43-03, Jln Medan Pusat Bandar 8A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Landmark:

Bersebelahan bangunan Mee Tarik dan berdepan dengan Jovian Mandagie


RM10/hour FREE Teh O Ais

Bolehlah korang minum minum sambil bermesra dengan kucing kucing dalam cafe ni. Masa pergi dengan kawan tu kami tak makan. Jadi kurang tahu tentang menu yang ada. Sebabnya kawan, dia nak makan kat Mee Tarik bangunan sebelah.

Bangi Sentral memang padat dengan kereta kereta. Susah sikit nak dapat parking. Bangi Sentral memang jadi tempat tumpuan memandangkan banyak butik butik berjenama yang terkenal di media sosial macam Instagram dan Facebook. Hebat mereka ni. Dari online based, dapat buka butik. Memandangkan orang Bangi ni memang suka membeli, memang tak risau dengan income even sewa kedai kat sini tinggi.

Hipster cafe pun banyak kat Bangi Sentral. You might want to try Jigar Cafe. Western food dia sedap. Mee rebus dia pun boleh tahan sedap. Ada banyak hipster cafe kat sini. Pilih je mana mana.



Si Tompok Cafe berhawa dingin, dilengkapi dengan dua air filter berjenama Coway which is very good for air circulation memandangkan kucing ni haiwan berbulu. Nanti bulu dia masuk dalam makanan pulak. Cafe nya luas. Pemandangan kat luar pun boleh tahan nice. 

Kucing kucingnya kucing berbaka. Jenis jenis bulu panjang, British Shorthair & Munchkin. 

Aku bukanlah jenis suka makan dikelilingi kucing. Aku suka kucing tapi tak suka makan atas meja, kucing baring sebelah pinggan. I don't like that. Tapi kalau masuk cat cafe untuk main dengan kucing, aku suka! Haha.

Rasa macam nak pergi semua cat cafe yang ada kat Malaysia ni. Kau tunggu je aku datang. InsyaAllah

Wassalam.

No comments:

Followers