Blog Hits

April 27, 2016

3 cara untuk hidup lebih tenang

Assalamualaikum :)

Sejak dua tiga hari ni, aku mengalami konflik hati. Bukan mudah untuk kita cari diri kita semula. Bukan mudah untuk kita lupa. Bukan juga mudah untuk kita menjaga hubungan sesama manusia.

Hablum minalllah
Hablum minan nas

Pentingnya jaga hubungan antara manusia.

Nabi tak pernah tak senyum dulu sebelum bercakap dengan seseorang. Dalam keadaan sedang beremosi, dapat ke kita ikut cara Nabi ni?

Aku kalau drive, senang nak bengang dan marah kalau kereta depan tak bagi signal. Kereta belakang pulak asyik cucuk cucuk kita. Mulalah mulut kita ni nak membebel tak sudah. Kutuk kereta depan, kutuk kereta belakang. Mulalah, press minyak nak show off bahawa kita lah manusia yang paling cekap drive kereta (katanya). 

Tanpa kita sedar (kerana ikut emosi), kita mungkin membahayakan orang lain.

Scroll media sosial (fb, twitter, instagram, dll), tengok orang post gambar berbahagia berdua, gambar makan sedap, gambar ootd baju lawa lawa dan gambar orang dapat hadiah beg tangan berjenama daripada suami. Dalam hati hasad dengki mula bercambah. Mulalah nak kutuk orang ni menunjuk nunjuk, ujub, riak dan takbur. 

Tanpa kite sedar (kerana hasad dengki), hati kita sebenarnya yang kotor sebab asyik tengok salah orang lain je (yang bagi kau je benda tu salah, bagi orang lain tak). Nak tunjuk apa sebenarnya? Kau lah manusia paling humble dalam dunia?


Sebab tu aku suka Prof Dr Muhaya. Dia hari hari ingatkan kita pasal audit diri sendiri. Bukan cari salah orang lain.

Meh nak kongsi cara mendapatkan kehidupan yang tenang

1. Jangan banyak cakap
2. Jangan banyak cakap
3. Jangan banyak cakap

...kecuali bermanfaat.

Simple. 

Siapa yang tak ikut cara ni, ingatlah memang dunia itu bulat. Apa yang kau ludah, kau jilat balik nanti akhirnya. Jaga jaga.

Wassalam.


4 comments:

sofie adie said...

setuju sangat! but easy said than done...huhuhuhu

Nurul Syafiqa said...

Kan. Easy said than done :) But, we can always try.

munirah mansor said...

betul tu. sebaiknya diam kalau tak tahu nak cakap apa

Nurul Syafiqa said...

Yang penting, audit diri sendiri dulu

Followers