Blog Hits

April 1, 2016

Alhamdulillah for today

Assalamualaikum :)

So 2 days ago, my mother's car has arrived from Kuching. Alhamdulillah dah ada kereta nak guna pergi balik kerja :') Sebelum ni, kita berskuter je. Bukanlah menjadi satu masalah berskuter bagi aku. Aku suka. Cuma, kerja balik malam kan perempuan bahaya sikit. Lagipula, aku boleh bawak lebih banyak barang dan selesaikan kerja bertangguh yang tergendala.

Haha sudah bertangguh, tergendala lagi. Hiperbola sikit disitu ;)

Antara kerja bertangguh yang aku maksudkan ialah menyiapkan Honey Cat Parlour. Biasalah, nak memulakan sesuatu memang ada cabaran dan ujiannya. Aku takde kereta. Nak kena beli itu, beli ini untuk cat parlour. Mana boleh nak bawak guna skuter haha.

Memandangkan harini Mama bagi guna kereta dia, so aku terus grab peluang yang ada untuk beli netting, cup board and collar kucing ni



Collar kucing ni untuk kucing kucing yang akan dijadikan 'entertainer' dalam cat parlour nanti. Collar tu beli kat Mr DIY je. Comel pulak ada bell & pearl gitu. Kite grab la tujuh. Hihi. Oh that name tag kite order daripada Instagram @catasticplace. Comel kan? 

Dalam 1 slot maksimum 4 ekor kucing je yang akan menghiburkan pengunjung. Sebab bilik kami guna tak luas pun. Sesuai untuk maksimum 5 orang sahaja. So, bila sampai masa shift je, kucing kucing akan dipakaikan dengan collar masing masing. Haa kucing pun ada kerja shift. 

Penting tau, untuk elakkan kucing jadi stress :) Cats love their me-time.

Alhamdulillah, kerja dah lama tertangguh akhirnya terlaksana juga harini. Just tinggal nak beli sticker kucing untuk 'catified'kan bilik cat parlour nanti :D

Dah siap aku update gambar ya :3

Nama instagram @honeycathouse 
Twitter @honeycathotel 

Wassalam

No comments:

Followers