Blog Hits

April 29, 2016

Let go

Assalamualaikum :)

Kadang kadang kita kena melepaskan sesuatu yang kita rasa ia baik untuk kita sedangkan ianya lebih membawa keburukan untuk kita. Kita masih meletakkan harapan bahawa suatu hari nanti ia akan berhasil. Tanpa kita sedar yang ia sebenarnya membawa lebih banyak potential persengketaan di kemudian hari.

Kata kata itu senang diungkap. Namun, kita selalu dengar pepatah English mengatakan, "Action speak louder than words". Ya, pepatah Melayu nya pula, "Cakap tak serupa bikin".

Manusia mudah berjanji. Bahayanya kita apabila menaruh harapan terlalu tinggi pada janji itu. Ada baiknya, kita bersederhana saja apabila orang lain memberi janji pada kita.

Apabila dah termakan janji, akhirnya kita yang kecewa. Terus, mereka memberikan lagi kata kata menabur janji. 

That's it!

Lepaskan saja.


Kita harus sedar, kadang kadang ia bukan impian kita. Bukan apa yang kita nak buat. Kita lihat ia lebih banyak mengundang masalah di kemudian hari. Dan akan lebih menyakiti hati kita lagi. Dan akhirnya kita akan frust menonggeng kerana akhirnya nanti semua salah kita.

Rezeki Allah itu luas sekali.

Berhijrahlah. Adakalanya, kita perlukan penghijrahan. InsyaAllah, kita akan temui sesuatu yang berbeza dan lebih baik. Hidup di dunia tak perlu berebut rebut. 

Sekian saja

Wassalam


2 comments:

sofie adie said...

yup...setuju dengan entri nih..kadng kita perlukan penghijrahan utk sesuatu perubahan...

Nurul Syafiqa said...

Doakan yang terbaik dan minta yang baik baik pada Allah :)

Followers