31 May 2016

Berapa ml air putih yang perlu diminum mengikut berat badan?

Assalamualaikum :)

Dukacitanya dimaklumkan bahawa berat badan kita dah bertambah menjadi 58 kg :( Ini tidak patut. Memang tak patut. Aku berazam nak turunkan hingga 48 kg. Benda pertama yang kena buat ialah minum banyak air putih. 

Haah, banyak. Tapi banyak mana? Pernah korang ambil tahu? Macam mana nak tahu? 

Pergi SINI


Masukkan beratjenis aktiviti korang dan Malaysia ni Tropical. Then, klik "Calculate".


Dah pun dapat jawapannya. So, disiplinkan diri bermula harini untuk ikut panduan ni. InsyaAllah, moga usaha jaga kesihatan tubuh badan diberkati Allah swt. Nak nak masuk bulan puasa ni kan :) Lagi perlu air ni. 

Moga bermanfaat untuk semua. 

Till then.

Wassalam.


28 May 2016

Macam mana nak bezakan Seroja dan Teratai?

Assalamualaikum :)

Sejak habis baca novel Sunan Cinta Nan Sakti, aku terkagum pula dekat watak Seroja yang sangat penyabar dan sangat berahsia. Seroja itu aku tahu nama bunga. Tapi aku tak pernah kenal betul betul rupa bentuk bunga Seroja.

Bila Google, katanya Seroja ni Lotus. Setahu aku lotus tu teratai. Dah macam mana nak bezakan ni? Which one is which one?

 

Kalau tak perhati dengan teliti, dapat ke beza setakat melalui warna? Gambar atas dan gambar bawah, mana satu Seroja mana satu Teratai? Macam mana nak bezakan ni? *stress

Kenapa penting nak bezakan Seroja dan Teratai pulak ni? Haha. Saje. Sebab aku suka nama Seroja.

Dari sedikit pembacaan, dapatlah aku bezakan sekarang. Cara paling senang nak tahu mana satu Seroja mana satu Teratai ialah daripada kedudukan daun dan bunganya :)

Seroja

Bunga Seroja tak terapung di atas air. Biasanya Bunga Seroja letaknya di atas tangkai yang agak panjang menjulang ke atas permukaan air.

Teratai

Manakala Teratai, bunga terapung dan mekar di atas permukaan air. 



Macam tu je ke cara beza dia? Kalau air pasang macam mana agak agak dapat ke bezakan?

Kahkah. Pulak dah soalan tu yang keluar dari benak fikiran ni. Hmmm. Eh tapi tasik takde pasang surut kan?

Nama kedua dua pokok ni pun memang berbeza dalam English. So, can you differentiate between Lotus and Water Lily?

Seroja = Lotus = Nelumbo sp.

Teratai = Water Lily = Nymphaea sp.

You see, the Genus (scientific name) for both types of plant is also different. Maka, perbezaan apakah lagi boleh kita guna untuk kenalpasti kedua dua pokok ini?



I can't find the good references to enhance my knowledge about how to differentiate between Lotus and Water Lily from the internet. Yang pasti, dua dua bunga ni memang berbeza dan selalu dianggap sama.



Picture taken from this blog

Lotus/Seroja ada seed pod. Teringat dulu masa kecik kecik Mama pernah bagi cuba makan biji teratai. Maknanya, tu bukan biji teratai. Ia adalah biji Seroja lah ke? Teratai/Water lily takde seed pod pun?



Yang keliru semakin keliru. Haha. Sekian saja lah.

p/s: Every picture taken from Google search

24 May 2016

Rawang - Bentong - Raub

Assalamualaikum :)

Ada hikmahnya aku berhenti kerja sejak 1 Mei haritu. Bila dapat tahu adik bongsu dapat masuk UiTM Raub, terus volunteer diri nak drive teman Mama ke sana. Perjalanan dari Rawang ke Bentong tak lama sangat, lebih kurang 2 jam setengah.

After berbincang dengan lelaki kecintaan, aku decide nak pinjam duit kawen untuk sponsor kos duit minyak, hotel satu malam and duit makan. Hehe mujur lelaki kecintaan memahami keperluan dan pertolongan masa ni.

Mama nak bermalam di Bentong, so kami pilih Tras Mutiara Hotel, Bentong. Kite kasi 4/5 star to this hotel because their service is soooooo goood! Bersebelahan dengan Old Town White Coffee dan stesen minyak Petronas. Charge bilik satu malam ialah RM 119 untuk 1 queen size dan 1 single bed.

Perjalanan dari Bentong ke Raub mengambil masa selama 30 minit je. Cuma jalannya terasa jauh! Pemandangan, masyaAllah, cantik! Gunung ganang berlapis lapis dengan kabus pepagi. Tetapi, hati hati sebab jalan ni selalu orang bawak laju sampai sondol sondol kite tak sabar nak potong. Kite bawak 80-90 km/hour je sebab kite sayang nyawa orang tersayang dan orang lain.


Cantiknya UiTM Raub ni. Tempat baru memang la semua cantik. Kolej ada lift sebab ada lebih 5 tingkat. Medan selera besar gile namate. Tak perlu sibuk nak ada transport sebab tak jauh mana pun nak menapak ke library bagai.

Bersyukurlah wahai anak muda.

Disebabkan sampai ke Raub dalam pukul 5 petang sempat la kitorang tengok tengok sebelum register esoknya.

Malam tu... jeng jeng jeng


Dinner at Ikan Bakar Sri Tanjung, Bentong. Kalau pergi sini please jangan tak try makan seafood kat sini eh. Sedapnya masyaAllah! Yang ada kat Bangi pun tak sesedap ni. Ocean Hauz pun kalah ni. Hmmmm.

Menu malam tu:

Sotong goreng tepung 3 ekor
Ikan kerapu bakar saiz sederhana masak sambal petai
Kailan ikan masin
3 nasi putih
2 teh limau panas
1 carrot susu

kaching = RM70 sahaja

Jangan komplen mahal sebab memang sedap ya and yang penting fresh! Hihi. Bukan dongengan semata.

Pendek kata, aku berpuas hati dan gembira dapat travel short gateway whatever you call it macam ni :) Alhamdulillah. My Qicici dah sampai Pahang. Looking forward for the next gateway with Qicici in the future!

Till then. 

Wassalam.

14 May 2016

Gambar gambar jello cake yang menggetar deria lidah korang

Assalamualaikum :)

Haaa lately ni suka share gambar dessert cecantik. Kali ni nak share gambar gambar jello cake. Memang buat terasa ingin nak buat.

Kalau rasa kek itu mainstream untuk birthday, cubalah buat jello cake ni.











Terliur dak?

Jomlah ke dapur dan try buat ;)



12 May 2016

Dekorasi kek wanita Russia ini menggamit perhatian ramai

Assalamualaikum :)

Bila tengok kek macam ni, nak makan pun sayang kan? Cantik dan flawless sangat!

Hasil tangan wanita Russia ini menggamit perhatian ramai melalui laman Instagram nya. Belum pernah lagi tengok kek shiny frosting macam ni. Dan tak terfikir pun kan sebelum ni?

Jom tengok gambar gambar kek hasil tangan Olga Noskova ni










Orangnya secantik kek nya :)


Instagram: olganoskova


Birthday Giveaway by Wanaseoby.com

Assalamualaikum :)


Saya tag

Yaya Cendana
Alya Adriana
CikLa



11 May 2016

10 gambar dekorasi kek yang kreatif!

Assalamualaikum :)


1. Kek lego


2. Kek jam


3. Kek haiwan comel!


4. Kek game 


5. Kek sofa


6. Kek kawen yang lain daripada yang lain


7. Kek bumi!


8. Kek untuk ulat buku, maybe?


9. Kek bantal


10. Kek burger


Kreatif benar decorator kek kek ni. Suka sangat kek ulat buku tu. Dan paling tak boleh nak fikir macam mana dia boleh buat kek bumi tu? So kreatif!

Korang suka yang mana?


2 May 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Assalamualaikum :)

Pada 1 Mei 2016, iaitu semalam, aku ada trip to Bukit Batu Putih. Dah lama teringin nak pergi. Tengok gambar orang share, cantik tempat dia. Bila dah pergi sendiri, memang cantik macam dalam gambar diorang tangkap tu.

Tak lama pun masa diambil untuk sampai ke peak. Dalam lebih kurang 30 minit je. Track dia (lebih kurang 200m kot) taklah mencabar sangat macam Bohey Dulang tapi cukup buat kau berpeluh tiak. Hehe. Dia ada turun naik bukit. Kalau Bohey Dulang, kau naik bukit je tak de turun naik gila curam hoho.

So, we are into the woods today :)

Kami berlapan semuanya. Ada kawan baru, ada kawan lama. Yang lain pangkat adik adik je kecuali Tinah (baju belang hijau), kitorang sebaya. Even dah lama duk Bangi, kitorang berdua tak pernah lagi berjumpa haha. Kebetulan masing masing tweet nak tengok laut, nature bagai. Aku pun ajak la Tinah sekali :) Tinah ni kawan sekelas time matriks perak dulu. Dah 6 tahun tak jumpa.

Sampai dah kat puncak heee. Memang cantik, sangat cantik! Tapi peak dia tak luas sangat. Dalam 15 orang je boleh duduk atas untuk tangkap gambar. Kecik je kawasan berbatuan putih tu. Aku mencari cari batu putih tapi tidak kelihatan pula.


Subhanallah pemandangan dia perghhh best gila. Tapi, kalau nak betul betul lama duduk atas ambik masa menikmati lautan ciptaan Allah ni, kenala pergi waktu sunrise. Takla panas sangat haha. Kitorang sampai atas dalam pukul 10-11 pagi gitu. Memang berkerut wajah disimbah cahaya mentari.

Antara senyum dan berkerut


Aku paksa Paijah (baju hitam) tangkap gambar biar nampak kapal layar tu untuk aku haha. Sebab dia nampak cantik je. Ingat tak dulu masa kecik kecik cikgu suruh kite lukis pemandangan laut wajib ada kapal layar ni ok.


Haa ni dia adik adik yang membawa kami kesini. Thank you la adik adik sudi ajak. Yang 3 orang kanan ni semua kawan Farah (tudung emerald green). Kawan dia la ajak pergi. Farah ajak kami. Aku ajak Tinah. Jadilah berlapan. Sorang lagi tolong tangkap gambar.


Masa ni kitorang tengah berbincang masalah dunia yang paling sukar nak selesaikan sambil berehat lepas turun dari peak berbatuan. "Kita nak pergi mana lepas ni?" "Kite nak makan kat mane?"

Haih sukar betul membuat keputusan.


Perjalanan balik diteruskan. Turun dari bukit tu lalu jalan pantai. Haaa nampak pantai apa lagi main la air sikit sikit haha. Nak mandi panas pula. Dah pukul 12 tengahari.


Pantai dia cantik, air jernih kebiruan. Tapi dalam gambar ni tak nampak cantik.

Kamera kite tak lawa :( Kalaulah ada orang tu huhu



Satu je yang aku kurang berkenan. Aku jumpa banyak sampah. Botol plastikbekas plastik and everything is plastic. Dengar sini nak cakap. Kita ni sama sama makhluk tinggal atas bumi yang sama. Makhluk yang kita nampak yang kita tak nampak semua tinggal atas bumi ni dicipta Tuhan yang sama. 

Sama samalah menjaga. Kita masuk tempat dia, janganlah buat aniaya. Benda ni semua datang daripada tangan yang membeli. Then, jagalah tangan tu. Ada sampah, buang dalam tong disediakan. Kalau takde, pegang dulu or letak dalam beg. Tak rugi pun.

Jangan viralkan tempat cantik cantik dalam dunia kalau yang datang ke tempat tu nanti ramai jenis yang tak tau menghargai kebersihan alam. Aku cukup annoyed. Better tempat tu takde manusia yang kacau.

As a graduan marin biologi, aku tahu apa kesannya plastik pada hidupan laut. Semua ni semua orang pun mungkin dah baca kat Facebook atau mana mana artikel orang share kan. Jangan pejam mata. Please be responsible. If you can't, don't call yourself a TRAVELLER or a BACKPACKER or a whatever you claim for.

Aku cukup annoyed.

That's all from me :)

Wassalam
Sincerely,
Jenn.