Blog Hits

June 21, 2016

Ramadhan 15, 1437H

Assalamualaikum :)

Sejak Ramadhan tahun lepas lagi kite nampak orang share gambar berbuka berjemaah kat dataran Perbadanan Putrajaya tu. Sweetnya duk makan atas tikar beramai ramai macam tu. Hihi. Tahun ni pun nampak member sekolah share gambar kat IG & Facebook. Terasa teringin pulak nak merasa.

Lepas tu, viral pulak pau berbentuk mushroom kat Bazar Ramadhan Putrajaya. Lagi lah buat hati teringin nak jejak kaki ke situ. 

Dengan gigih ajak kawan yang kerja kat Putrajaya tu berbuka sama. Pick up dia kat rumah then terus shoot ke bazar. Bazar ni terletak berdepan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya tu. Seberang jalan je. Sampai sampai bazar terus cari gerai pau mushroom. Jap nak bagi pantun tiga kerat sempena Ramadhan

Pergi bazar nak beli pau mushroom,
Pau habis
Hahaha

Gitu. Takpelah takde rezeki haritu :) Punya panjang barisan dia. Kreatif sangat akak akak pau tu buat pau hipster sampai viral. Tahniah!

 

Macam ni lah rupa pau mushroom. Pinjam gambar eh, Putery Memory ;)

Takpe, tepung pelita sedap tak hancur walau plastik dia aku bawak tunggang terbalik dalam beg tu menggantikan pau cendawan ni tadi. Dapp tepung pelita dia. Kenapa entah buat dessert sedap sangat macam ni :')


Food truck pun ada kat sini. Berdepan je dengan dataran ni. Macam macam makanan yang ada korang pilih je apa nak. Solat Maghrib? Don't worry, boleh jalan kaki je ke Masjid Besi belakang tu. Cantik sangat mesejid ni. Pastu boleh terus Isyak berjemaah and tarawih.


Thanks to Ween yang sudi teman aku yang keseorangan hahaha. Terimalah muka pendek kami.


Masing masing tangan pendek, monopod pun takde. Tak dapat hasil gambar wajah runcing. Kahkah. By the way, cantikkan building belakang tu. Bak kata Ween, bangunan Alladin.

Till then,
Wassalam.

4 comments:

sofie adie said...

pau tu....kreatif sgt aih!

Nurul Syafiqa said...

Hihi sangat kan. And comel!

AinAthirah Anuar said...

Syoknya bebrbuka dkt dataran :D Comel pau tu! ><

Nurul Syafiqa said...

Comel kan :) Macam sedap je.

Followers