Blog Hits

June 7, 2016

Ramadhan 2, 1437H

Assalamualaikum :)

So, puasa tahun ni berazam untuk tak makan secara berlebihan masa berbuka. Dalam 2 hari ni, berjaya jugakla aku mengawal nafsu makan. Kehkeh.

Semalam datang kerajinan nak bake cupcake. Since oven purple aku tu pun under utilised. Apa kata bake cupcake. Eheee. Tepung mix Nona je aku beli. Sponge cake perisa chocolate. Just tinggal nak beli telur 5 bijik and marjerin Buttercup seketoi. Tak lupa sedikit choc chip putih dan choc rice biar cake ang seperti ada choc cair meleleh di dalam nya.

Ramadhan 1

I thought choc chip putih tu duk cantik la atas cupcake tu bila dah masak, sangkaanku meleset rupanya dia tenggelam ke dasar cupcake bila dah keluar oven. Jadilah cupcake takde hiasan. Sekotak instant flour tu boleh buat dalam 15 bijik cupcake saiz besar. 

Aku sempat makan 2 bijik je. Yang banyak makan si anak anak sedara aku. Bagus. Tak sia sia hasil usaha Mateh ni. 

Masuk kerja harini busy benar. Biasalah nak raya, butik busy pack baju baju yang customer order untuk rayalah apa lagi. Eheee. Sakan raya korang eh. Sib baik aku dah ada baju. Tak kuasa shopping lewat lewat.

Oklah, till then.
Wassalam.

3 comments:

Maman Reen said...

But still, ur cupcake nampak sedap. Nyumm nyumm. Btw, Reen follow blog dear ;)

Nurul Syafiqa said...

Haha thanks, Reen! Welcome to my humble blog :) Ok, kite visit blog Reen pulak japgi !

Maman Reen said...

Hehe tq dear.. ;p

Followers