Blog Hits

July 1, 2016

Macam magic

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, dalam masa 24 jam je aku dah selamat berada kat rumah sewa sendiri. Baru pagi subuh semalam kot aku tergerak hati nak carik rumah sewa. Alhamdulillah. Terus dapat. Urusan aku sangat dipermudahkan oleh Nya. Syukurrr. Mungkin Allah swt memang nak aku berpindah daripada rumah Tuan Besaq tu agaknya.

Haritu masa cari kerja pun Allah permudahkan urusan. After dah kena 'halau' oleh merekaaku start cari kerja. Dalam masa 3 hari. Pergi interview semua setel. Alhamdulillah syukur. Memang Allah nak aku pergi carik kerja lain. Everything is smooth.

Lepas ni aku akan ingat pesanan khas dari tuan besaq. Katanya:

"Ingat.. lepas ni duduk rumah sewa sendiri. Simpanlah duit. Kikislah perangai suka berjimba"

Kahkah tuan besaq taktau ka, after saya dapat gaji saya bayar dulu segala hutang & insurans & juga kereta saya. Lebih tu baru la untuk perbelanjaan saya. Saya nak berjimba saya punya hal la. Saya guna duit sendiri. Tak guna duit company. Kehkehkeh

Then, tuan besaq pesan lagi.

"Lepasni.. Ingat.. Semua kena bayar sendiri. Rumah, bil letrik, air, makan pe semua"

Haa la tuan besaq. Selama saya duduk dengan tuan besaq, saya tak hadap pun tanggung makan tuan besaq tu. Saya makan je apa yang disediakan. Saya tak pernah komplen pun.

Leganya weh dah duduk rumah sewa sendiri!!! Syukur alhamdulillah :D

Yang saya lupa nak bagitau tuan besaq satu je, bila asyik ada masalah dengan staff, staff bertukar ganti, bila semua pun kau nak halau, maknanya bukan staff yang problem. Employer/leader/boss yang problem. Bawaklah berubah. Ego turunkan. Terima pandangan dan cara orang.

Ramai yg dah pergi dari hidup kau dengan cara tak baik. You are the absolute worst leader of company I may said.

Titik.


No comments:

Followers