Blog Hits

July 15, 2016

Pengalaman ber"housemate"

Assalamualaikum

Tadi scroll twitter, ternampak iklan budak ni cari housemate. Antara kriteria/info yang ada dalam iklan tu ialah "housemate baik buat hal sendiri". Aku pun macam.. Hmmm. Macam mana tu eh? Define "housemate baik buat hal sendiri" jap. Haha.

Teringat pengalaman dulu masa student lagi. First time duduk rumah sewa masa final year (2012/2013). Aku dengan 3 orang kawan yang sama course. Dalam rumah yang sama ada jugak orang lain macam akak akak Master, junior course berbeza.

Isu yang timbul pada masa tu ialah TEMPAT PARKING. Hahaha. Selalu berebut. Memang boleh muat 1 je kereta dekat porch tu. Aku berskuter. Kawan aku, Zati berkereta. Then, akak akak Master tu sorang satu kereta dia. Junior pun ada kereta, ada motor. Imagine the selutness/kesempitan. Masing masing macam tak nak beralah masa tu. Haha. Aku dengan coursemate selalu nak rebut parking kereta sebab kereta Zati jarang berada di bawah lindungan porch. Balik kelas je mesti dah ada kereta park kat porch tu. Skuter aku pun. Hahaha.

Pastu isu LEPAS MASAK TAK KEMAS DAPUR. Haa yang ni cukup buat mata sakit. Haha. Minyak terpercik kat dinding, sinki kotor, kuali lepas menggoreng tak cuci lepas guna, kesan potong potong bawang kat atas washing machine (guna sebagai meja) and banyak lagi la. Bagi aku, boleh buat mata sakit. Bagi orang lain, tak tahula. It is subjective. Hehe.

Isu TAK BUANG SAMPAH IKUT JADUAL. Haha yang ni memang sangat besar isu dia. Memang la ada jadual. Tapi kan kalau dah kita yang guna dapur time tu pulak memang sampah kita banyak, kenapa nak tunggu orang yang bertugas esok yang buang kan. Macam tak adil la. Agak agak la kalau nak ikut jadual pun. Supposedly, lepas masak especially kalau ada siang ikan/ayam/udang benda benda berbau mengundang lalat ni baik buang cepat cepat before dia berulat.

Ada lagi isu. Isu BORAK BERJEMAAH KETAWA MENGILAI. Ni adik adik junior la. Happy betul kan diorang sampai mengilai ketawa. Memang menganggu konsentrasi masa tu haha. Sebab diorang jenis suara besar. Bila cakap tu sampai ke tingkat atas pun dengar. 

Ni isu masa first time duduk rumah sewa. Yang ni nak cerita rumah sewa kedua pulak.

Rumah sewa kedua ni time internship (2013). Housemate masa tu semua akak akak yang dah bekerja. Bujang ada, yang dah kawen tapi LDR pun ada. Masa masuk rumah petang tu semua takde, aku sorang je dalam bilik kemas dan susun atur barang. Bila dah dekat nak Maghrib barulah semua orang ada. Aku pun duduk rileks je la dalam bilik. Rumah ni apartment. Tak macam yang sebelum ni. Takde isu parking. 

Tapi yang jadi isu nya bila diorang ni kata aku ni TAK BERTEGUR DENGAN DIORANG. What? Aku baru duduk tak sampai sehari kot. Tetiba nak kata aku sombong ni dah kenapa :'(

Akak akak tu jenis SARCASTIC. Very sarcastic. Dari dalam bilik lagi aku dah dengar diorang macam sindir aku ni tak keluar bilik tegur sapa dengan diorang. Aku baru je nak adapt kot :(((( Nasib baiklah internship 2 bulan je. Memang selama dua bulan tu aku tak suka dngan diorang punya perangai hahahaha. Dah la ceridak/pengotor namate. Part kebersihan dapur tu la aku rasa nak ceramah je akak akak ni. Haha.

Nasib baik aku tak berseorangan. Lepas seminggu ada sorang akak ni baik sangat jadi roommate aku. Sampai sekarang masih contact dengan dia. Dengan dia je aku suka. Haha.

Tu cerita rumah sewa kedua. Yg ni nak cerita kisah rumah sewa ketiga pulak. Yakni, rumah sewa sekarang. 

Rumah ni so far ok je. Takde isu isu sangat sebab semuaaa peramah dan baik je. Kadang kadang ajak kite makan sekali tapi aku segan selalunya tak join. Roommate je aku belum jumpa sebab dia tak masuk lagi. Maybe lusa or tulat kot dia masuk. 

Housemate bilik lain baik je. Adik adik internship umur 21-22 tahun. First time masuk masa angkat barang diorang yang tolong. Suka bergurau. Housemate bilik satu lagi ada yg sebaya dengan aku. Bekerja. Pun peramah. Tak sombong. Tak sarkastik. Haha. So far alhamdulillah ok je lah. :)

Jadi, nak define "housemate baik buat hal sendiri" tu macam mana? Haha. Sebab masing masing kena bertanggungjawab dengan rumah sewa. And then, takkan housemate dalam kesusahan kita tak tolong kot. Walaupun housemate tu kita tak suka, takkan sampai hati tak tolong dan buat hal sendiri je.


1 comment:

Shafuhan Smab said...

menarikk entri ni awak, saya pun alami benda sama, kadangg stress pun ada tapi buat tak tahu je :) moga terus kuat awakk.

Followers