Blog Hits

July 24, 2016

Resepi: Oh My Creamy Butter Prawn

Assalamualaikum :)

Semalam terfikir nak belajar buat butter prawn. Tapi kite suka butter prawn yang creamy tu. Habis je kerja singgah Jaya Grocer then beli daun kari, garlic and susu segar. Bahan lain dah ada kat rumah. Heee.

Google resipi then terus buat. Ada alteration sikit pada resepi asal sebab ada bahan yang takde. Ehee. Takpe, hidup perlu diteruskan. Alhamdulillah menjadi. Rasa sweet and salty tu balance. Cuma kena improve kepekatan kuah dia. :)


RESEPI:

10-15 ekor udang
3 sudu besar butter
2 sudu minyak masak
20 helai daun kari
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blended)
1/2 cawan ikea warna warni (nak tambah boleh je ikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa
9 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

CARA MASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Guna minyak ni tujuannya untuk elakkan butter hangus. Then, baru cairkan butter dalam minyak masak yang dah panas tu.
  2. Goreng garlic sampai jadi brownish dan naik bau sedap!
  3. Masukkan udang udang biar dia bertukar warna keorenan sikit
  4. Pastu, cepat cepat masukkan susu segar!
  5. Masukkan pula daun kari and cili padi. Ahhh dapnya bau daun kari bila dah masuk tu. Hmmm.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa/
Rasa manis and masin kena balance. Baru sedap! :)


Lelaki kecintaan kata kalau udang tu digoreng separuh masak dulu pun sedap gak. Heeee. And then, dia selalu buat tambah dengan telur masin. Sedap betul bila terbayang. Tapi kan, rasanya kalau masukkan daun kari and cili padi dulu pun ok kan. So that, daun kari tu jadi layu sikit and rasa dia makin sebati dengan kuah. Nanti la kite cubaa lagi :D

Till then,
Wassalam


5 comments:

Jamil Hashim said...

sodapnya
singgah syawal
http://belogs.blogspot.my/

Mialia Amelia said...

wahhh, sedapnyaaa <3 dah lama tak makan lauk udang, semenjak2 jadi student ni, hehe

Nurul Syafiqa said...

Haha takpe nanti dah habis belajar boleh dah masak kt rumah :)

mira said...

nampak menarik sangat

Nurul Syafiqa said...

Try it! :D Suka lagi yg creamy daripada yg kering

Followers